Rabu, 5 Mac 2025

Gambar program AI DAY

Salam semua, 

Post lagi tentang program yang lepas. Ada gambar-gambar yang nak disimpan buat kenangan.

Program AI Day ni, lebih kurang macam seminar, ada Keynote Speaker, Parallel Session, ada majlis perasmian dan ruang pameran juga. Perserta sasaran untuk program ni adalah Pegawai ICT dari Universiti awam dan wakil industri. Sesi yang paling mendebarkan adalah part Majlis Perasmian sebab dirasmikan oleh Timbalan Menteri, so protokolnya banyak la kat situ.

Dalam banyak sarapan kat hotel tu, yang ini menarik minat I. Pulut boleh pilih nak makan dengan kelapa manis, ayam goreng atau ikan masin. I ambil tiga-tiga haha. Sedap!

Bilik Urusetia. Jauh sikit dari tempat program. Satu sampai 10 000 langkah juga la berulang-alik. Tu yang habis program I terus booking tukang urut. 

Kadang-kadang kena tumpang duduk kat Team Multimedia. Hebat diorang ni, dari sebelum majlis sibuk, time majlis lagi sibuk, habis majlis pun sibuk lagi handle part sijil bagai.

Malam perasmian. Kami beli sendiri baju batik kat Tiktok demi nak sama dan nampak lah teamwork tu. Depan tu, Chinese, dia punya risau asik tanya ke takpa ke pakai baju batik kuning. Kalau tak ok dia nak cari  baju lain. I jawab ok je sebab bukan ada jemputan raja-raja. Hebat effort dia siap cari juga baju batik untuk bos-bos international dia sebab dress code malam tu batik.

Para Urusetia! Kami tak ramai, tapi kami cuba juga realisasikan segala amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh Puan Pengarah dan Puan Timbalan Pengarah.

Adik-adik semua ni. Kawan debar dan cemas sesama dan gosip mana yang patut haha!

Kak urus yang setia, cukup masa je bunyikan loceng sebab kita taknak drag masa ya. Kami penat, takmo program habis lewat.

with adik-adik manis


Team Admin di awal majlis.  Seorang lagi hilang sebab ada je yang nak diuruskan.

Debaran sebelum majlis perasmian bermula with Team Multimedia.

Menyempat aja mana plug yang kosong nak buat kerja.



Muka lega lepas majlis perasmian selesai. Alhamdulillah!
 

1 ulasan:

  1. MasyaAllah Tabarakallah.. hebat 🥳👏🏻👏🏻 multi talented, serba boleh semuanya..

    BalasPadam