Salam semua,
Alhamdulillah, dah 18 hari umat Islam berpuasa hari ini. Alhamdulillah, syukur juga, masih diberi kesihatan yang baik untuk terus menunaikan ibadah puasa dan sihat lagi untuk memasak =)
Dua tahun lepas, hujung Ramadan I demam ya. Siksa betul beraya pakai mask. So, this year, seram nak minum air yang jual-jual kat luar. Togok je la air suam atau air sejuk coway je time berbuka.
Hari ni nak share antara menu yang I masak untuk dua minggu puasa ni. Macam-macam menu dari pelabagai negeri dan negara.
Ni kirim jiran, lepas tu I lupa. Tengok Reezqy jinjing plastik pegang benda ni, terus ingat dia beli mercun. Haha! Roti joniyespapa sedap rupanya.
Kakak nak laksa, siap mak kau order! Kejiranan I ni pun ada jual macam-macam, so kuih ke, lauk pauk pun, kalau ada masa tu, I order je. Takyah sesusah pi Pasar Ramdan.
Moh ke Jepun! Ada haritu rasa nak berbuka sup-sup makan daging dan maggi. Zassss, kita mengoden. Beli sikit sushi nak mode Jepun.
Dah seminggu puasa, rindu nasi lemak. Tak lengah terus masak. Nasi lemak I kena ada kangkung, nak bagi complete rasa makan nasi lemak.
Ada iftar perdana kat surau. Kita bawa Sambal Goreng Jawa.
Terasa nak makan rebus-rebus. Buat masak pindang (gambar kat bawah), lawankan dengan sayur ni dan sambal belacan. Ada goreng ayam juga untuk kanak-kanak.
Husband nak berbuka nasi Ayam. As you wish my love! Tarrrraaaa, nasi ayam siap!
Masak pindang, gu dengan sayur kat atas tu.
Menu kegemaran kakak, nasi daging. Miii kita ke utaghaaaa naaaa!
Malam 15 Ramadan, kita merendang. Buat cair-cair sikit sebab anak-anak nak ada kuah-kuah.
Ada jiran teringin vietnam roll i buat. Moh la kita tunaikan. Ni pun menu favorite kakak juga ni. I tak berapa gemar. I cicah ayam je dengan sos hijau tu.
Kak Ipar belanja iftar luar. Gantung periuk la kita rehat dari memasak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan