Jumaat, 7 Mac 2025

Kenduri rumah Makcik

Salam,

Kalau arwah Ibu masih ada lagi, mesti Ibu pun dah sibuk juga sebelum puasa buat kenduri sambut puasa. 

Ingat lagi tahun 2021, dalam bulan April Ibu baru sihat dari covid, beriya dia nak buat kenduri. I marah sebab ibu tak berapa sihat, condition dia tak berapa baik, tapi makcik beriya suruh ikutkan je. Rupanya, bulan Jun, Ibu pergi. =(

Now, tradisi tu masih dibuat oleh adik arwah Ibu, Makcik. Bila dia kenduri, dia akan panggil kami tolong masak sekali.

Makcik suruh jemput juga adik beradik arwah Abah. Alhamdulillah, Mak Usu dan Kak Lang (anak arwah Kakak Abah) turun Melaka memenuhi jemputan.

Yang terpaling sibuk! Haha. Tugas utama kena masak nasi dan memastikan nasi kenduri cukup. 

Geng dapur tak cukup korum. Amy ada usrah kat KL, Suhaili tak dapat cuti dan Suhaila ada kenduri kahwin kawan dia rasanya.

Gegirls.


The Imans!


Kan I dah kata, terpalin sibuk orang lain tak boleh challenge! =p 
Gurau je la! Kat luar tu orang kampung ramai je merewang sebenarnya.


With my girls!


The boys yang dah makin membesar semuanya.

I tak tunggu sampai habis kenduri pun sebab ada jemputan kahwin anak officemate pula di Nilai.

|
Tahniah Kak Ina terima menantu sulung. Sampai Nilai, around 2pm, 3.30 gerak balik rumah sempat zuhur di rumah je.


Anak buah Kak Ina ni school mate si Abang. So takde lah dia bosan pi kenduri sebab ada kawan.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan