Selasa, 18 Oktober 2022

Hello Escape Penang!

Salam semua,

Sementara ada mood ni, moh la kita update cerita ke Penang pada mid September lepas. Banyak tempat pergi, tapi terpaling best nak tulis dulu adalah ke Escape ni.

Happy dan seronok ke sini tapi tu lah, partner yang kata nak sehidup semati tu, haha, banyak aktiviti dia takmo buat sebab gayat bab aktiviti yang melibatkan ketinggian. Banyak la aktiviti kita kena skip.

Hello Escape! Kami datangggggg!

Ke Escape dengan Mama (adik arwah Ibu). Sempat juga singgah dan bermalam rumah Mama. Request untuk Mama masak kari sotong (sebab rindu masakan arwah Ibu), tapi masa tak mengizinkan. Itinerari pack nau dengan macam-macam aktiviti.

Harga tiket ke Escape boleh tengok di sini. Sebelum nak datang tu, sila upload gambar muka sebab nak masuk kena scan muka di pintu masuk.

I tak buat haritu so lambat la sikit dapat masuk sebab kena daftarkan muka sensorang dulu, baru boleh masuk. 

Masuk-masuk je terus buat aktiviti ni. Haha. Berbulu je pasangan hidup I.

Sling Shot kot nama aktiviti ni. Ahkakkk sukaaaaaaaaaaa. Ditembak ke udara then jatuh ke bawah. Time terbang ke udara tu best, time jatuh, Ya Allah rasa nak putus nyawa. Jeritan tak payah cakap la, kuat yang amat. Hilang semua stress kerja =p

Kat Escape ni ada 35 aktiviti basah dan kering yang korang boleh cuba. Siapa yang suka adventure tu memang enjoy kat sini. Pergi dengan suami (yang takut tinggi) dan anak-anak (yang lagi suka aktiviti air), memang krik krik ajelah mak nakkkk. Mama lak, atas faktor umur kata dia, volunteer jaga si adik je.

Adik try Monkey School, aktiviti berhalangan untuk kanak-kanak. Untuk dewasa boleh cuba Monkey Business. Anak-anak memang aim kolam je datang. Memang berzikir ajelah suruh habiskan cepat aktiviti di darat ni.




Malas nak dengar zikir air kekanak, kita skip ajelah aktiviti darat terus ke air. Kan main senyum sampai telinga semua bila dapat main air sampai suruh makan pun tak nak. Berendam la semua sampai lebam.

Yang ini time nak buat Monkey Business (Halangan di Udara). Ada tiga level kat sini yang perlu di lalui. Kami buat Level 1 je. I jadi orang pertama, follow by Reezqy, Kakak dan Azreen.

Menyesal jadi orang pertama sebab kau takda pilihan. Suka tak suka halangan tu, kau kena buat juga. Nak patah balik, tak boleh. Kang kena staf kat situ selamatkan. Plus, kalau Ommak takut,  anak jadi lagi takut. Kena la pejam-pejam mata  dan buat-buat berani je nak habiskan halangan.



Salah satu contoh  halangan. Nampak macam mudah kan, tapi kalau masuk dalam tu, benda ni bergoyang-goyang. Dah la tergantung di udara! 

Time halangan yang ni, I macam risau tak celuihhh. Haha! Badan beso kan =p Inform Azreen nak patah balik, dia kata, jangan mengada. You bukan besar mana, masuk je lah. Muat! 

Alhamdulillah muat dan lepas haha.

Yang banyak berdrama kat atas tu, of course la I. Siap Azreen tolak aje time flying fox sebab suruh jalan tak gerak-gerak. Kita tak takut tinggi wakkk, tapi kita takut halangan tu putus  =p 




Kat sini juga ada macam-macam slide yang anak-anak memang suka nau. Tapi masalah dia, nak sampai ke tempat slide ni semua kena mendaki banyak tangga. Mengah mak nakkkk.

Macam longest slide ni pula, kena naik Chair lift (buaian udara). Takkan nak biar kekanak naik sendiri, so memang kena temankan mereka. Apaknya memang surrender dengan alasan, kang dia pening siapa  nak drive balik. So, I la kena take over gilir-gilir dengan Mama.

Rupanya banyak rekod video (zaman reels kan =p ) dari gambar time kat sini. Ada juga gambar yang tak patuh shariah so kita simpan untuk rekod sendiri je la.

Overall,  Ommak enjoy dan anak happy datang sini tapi penat. Kalau suruh pergi lagi ke sini, kita suka je sebab kita memang enjoyyyy. 

TIPS: I baca review orang, nak pi sini pi hari Ahad, tak ramai orang. Ahad, orang dah mula keluar pulau, so tak ramai. Kami pun pergi hari Ahad, orang ada tapi tak sesak. Takde beratur lama untuk tunggu turn.

Till we meet again Escape, Penang! =)



Selasa, 26 Julai 2022

Minggu sukan!

Salam semua,

Macam biasa, hujung-hujung bulan baru muncul kat sini. Haha!
Minggu ni rasa lega sebab Sukan antara Jabatan di tempat kerja dah habis pada jumaat lepas.

Dalam kesibukan kerja, sempat jugalah menyelit tiga acara. Konon, bila nak masuk four series ni, dah malas nak berkecimpung dalam bidang persukanan (haha), tapi mana boleh tahan uiii, dua tahun takda aktiviti gini. Moh la kita bermandi peluh dan mandi matahari.

Tahun ni, pertama kalinya bersua dengan ahli kumpulan jabatan baharu. Kalau dulu I dalam Gugusan (grouping) B, now jabatan I dimasukkan dalam Gugusan A. 

Dipinang untuk join Team Netball. I terima je sambil inform, jadi simpanan pun takpa since ramai yang muda-muda. Sekali kena main position GD. Belasah je la labu! Takde rezeki kami. Dapat nombor 4. Mata pun sengit je. Takpe, kita cuba lagi tahun depan  ya team!

Rival kawan sendiri. Haha. Tahniah Kak Mas! Team dia Juara.


Aktiviti sukan macam ni bagi peluang kat kita keluar dari 'akuarium' sekejap sambil jumpa orang. Dapatlah release dari kesibukan kerja untuk seketika.


Sukan kedua yang I join, Bola Tampar. Makanan I ni. Haha! I dilantik jadi Pengurus pasukan. Ok lah, dapat pengalaman baru. Kena cari orang, arange tempat latihan, uruskan pendaftaran dan segalanya berkaitan kumpulan dan ketika perlawanan. Dapat cari sponsor juga untuk Tshirt. 

Alhamdulillah, kami Juara. Kalau ada pingat, memang dapat emas la =)

Kawan bola tampar dari zaman bujang sampai dah beranak-pinak. Semua rival! =p

Sukan ketiga yang I join, acara olahraga, 4 x 100m wanita veteren. Veteren ko! Masih tak dapat terima kenyataan dah masuk ketegori veteren =p

Team Olahraga pun dapat Juara keseluruhan. Tahniah pada semua Atlet yang  hebat-hebat. I menumpang tuah je.

Team 4x100m wanita veteren, tempat kedua. Alhamdulillah, di usia 39 tahun, mampu berlari lagi walau dah tak berapa laju macam dulu tapi puas hati dapat pecut 100m =)

Juara Bola Tampar Wanita. Antara ahli yang dapat hadir untuk acara penyampaian hadiah. Seronoknya dapat main bola tampar semula. Lama sangat dah rehat.

Dan, rezeki Gugusan A juga menjadi Juara Kesuluruhan. Lama katanya mereka menanti untuk bergelar juara keseluruhan ni. Tahniah Gugusan A! Kekalkan kecemerlangan untuk next year juga, Insha Allah.

Bidan terjun, membantu Urusetia buat announcement pemenang. Kita layannnn kan je lah =)

Till then semua!
Wassalam.


Rabu, 6 Julai 2022

16 tahun!


Alhamdulillah, hari ni genap 16 tahun berkhidmat di tempat bekerja sekarang. Allah dah tulis, rezekinya memang di sini dan tetap setia, Insha Allah hingga ke pencen =)

Moga Allah swt teruskan kurniakan  kesihatan yang baik dan terus sihat untuk terus berkhidmat di sini.  Harini juga ambil result blood screening test. HB dan glukos (yang ini hmmm,selagi suka kupi2 gitulah nampaknya =p) masih border line. Main-main jaga makan dan busy dengan rutin harian kannn, hadap ajelah.

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, dan aku berlindung kepadamu dari sikap penakut dan kedekut dan lingkungan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Khamis, 26 Mei 2022

Tiba-tiba raya! Aidilfitri 2022

Salam semua,

Dah 25 Syawal baru berkesempatan nak update cerita raya. Busy bethoool raya ni! Minggu pertama beraya sakan. Minggu kedua raya dah masuk office konon nak buat puasa enam tapi red flag. Minggu kedua dan ketiga juga penuh dengan jemputan beraya di pejabat, saudara mara dan sambutan raya di sekolah anak. Alhamdulillah, semuanya rezeki. Bersyukur sangat dengan nikmat raya yang Allah kembalikan semula.
 

Tahun ini semua dikejutkan dengan pemergian Ramadan yang tiba-tiba. Kami, elok dah sampai masjid konon nak last terawih, tapi diberitakan yang esok raya. Walaupun risau rendang apa semua tak buat lagi, tetap masuk dulu masjid untuk solat Isyak berjemaah. Time ni, mercun memang dah dumdamdumdam meraikan raya esoknya.

Kami, kekal tenang. Balik solat, singgah Shell beli kupi. Then telefon mak mertua, makcik-makcik yang ada sambil gelak-gelak bercerita yang esok raya. Telefon adik juga minta defrost apa yang patut.

Berkat raya terkejut, tiba-tiba husband pandai iron baju raya. Haha. Untuk pertama kalinya sepanjang kahwin, suami iron baju raya termasuk baju kami juga. Dia risau kot kang pagi raya baju tak iron lagi, lambat nak pergi solat raya.

Kalut-kalut nak pi mana? Haha. Pukul 3 pagi juga siap semua, masak rendang, kuah kacang, rebus nasi impit, kukus periuk kera dan buat sambal bali. Semua menu yang arwah Ibu mesti buat di pagi raya ada. Lemang pun adik pi ambil pukul 2 pagi.

Pukul 5.30 pagi I bangun. Blender bawang nak buat mee goreng, terus yang lain pun bangun sebab terkejut pagi buta ada bunyi blender. Tak payah susah-susah nak kejut mandi sunat pagi raya dah Abah! Guna blender je.


Lepas solat sunat Aidilfitri, kami terus ke rumah pertama yang wajib diziarahi di pagi raya. Rumah 'baru' Ibu dan Abah. Since sampai awal,  dan orang tak ramai lagi, snap la sekeping gambar kenangan.
Tak complete gambar sekeluarga sebab adik kedua beraya di rumah mertua, di Terengganu. 

Selesai ziarah kubur, kami meneruskan ziarah saudara-mara yang tinggal berdekatan dengan rumah ja.  Lima buah rumah semuanya. 




Then lepas zuhur, gerak ke Mantin ke rumah kakak arwah Abah. Dapatlah berjumpa saudara-mara belah Abah sebab semua adik-beradik Abah memang berkumpul petang raya di sana.

Dengan sepupu-sepupu side Abah

Baju raya pun dah tukar time ni sebab time raya kat Melaka, Iman Raneeya tumpahkan air sirap 😅

Hari kedua Syawal dah di Nilai dengan warna tema shades of blue pakai apa yang ada je. Petang tu kami ziarah kakak Sulung arwah Abah. Plan asal nak ziarah Maklong side suami tapi tak jadi pula sebab suami nak pergi dengan adik-beradiknya.

Third Syawal, balik ke Melaka semula lepas tolong Mak Mertua masak hidangan untuk tetamu yang nak datang berkunjung. Konon nak elak jem, tersesat ke highway viral ni. Ada pula yang offer ambilkan gambar, teruslah kami posing beriya. Yellow for third Syawal.

Raya keempat, buat plan gila. Haha. Dah penat makan lemang rendang kuih raya kan! Yang boys pi tengok wayang cerita Dr. Strange, kami yang gegirl pi window shopping sambil kopi-kopi. Ada pula taman binatang di AEON Bandar Raya Melaka dibahagian atas, bagi la chance kekanak kenal binatang.


Raya kelima kami buat makan-makan dan sambut birthday. Dah takda orang tua ni, kena buat makan-makan, jemput orang, baru ada orang datang.

Sabtu, 6 Syawal, ziarah pakcik di Negeri Sembilan then I terus balik semula ke Nilai sebab nak rehat Ahad tu. Kena la rehat sebab Isnin dah nak mula kerja dan anak pun akan sekolah setelah bercuti panjang.

Alhamdulillah, meriah juga raya kami tahun ini walaupun terfikir-fikir macam manalah raya pertama kami tanpa Ibu, dapat ziarah semua makcik dan pakcik.  Ada hikmahnya la raya terkejut ni, Allah swt nak bagi peluang kepada semua enjoy raya tanpa banyak fikir ;) 

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

 Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :
“Ya dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.” ((Hadis Riwayat Luqman Hakim))

Khamis, 12 Mei 2022

Ucapan dan kek harijadi ‘terakhir’ dari Ibu

 Salam semua,


Happy birthday Ain!
Alhamdulillah untuk pertambahan umur yang masih dipinjamkan Allah. 

Every year memang tertunggu-tunggu birthday wish dari Ibu. Nampaknya untuk tahun-tahun akan datang, kena ulang baca wish arwah Ibu tahun lepas ni je la.

Last year, Ibu beriya nak beli kek padahal dia tahu I nak avoid kek sebab konon nak kurus time tu. Haha. Tapi dalam  berjuang melawan sakit, disuruhnya Azreen pi cari kek juga. 

Terfikir juga,  Ibu memang tunggu dapat merai birthday semua anaknya (Amy (Feb), Ikin dan Wan (Mac), I (Mei)) dulu baru dia 'pergi'. Kalau ikutkan, time Ibu diserang covid (Mac) pun, teruk juga keadaan Ibu, kena denggi pula lepas tu, tapi Ibu survive time tu dan tetap bertahan hingga Mei, then Ibu 'pergi' pada bulan Jun.

Apapun, terima kasih Ibu untuk kenangan ini. Terima kasih kerana melahirkan Ain dan menjadi Ibu yang terbaik buat Ain dan adik-adik. Insha Allah, moga arwah Ibu dan Abah tenang di sana, dan di tempatkan di kalangan para solihin.

"Ya Allah, ampunilah dosa ku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihi aku sewaktu masih kecil.”

Isnin, 9 Mei 2022

Selamat #hurryraya2022


Selamat Hurry Raya 2022 rakan-rakan blogger!
Bila ingat raya haritu, masih tergelak lagi sampai harini.
Rasa kelakar sebab tiba-tiba je raya =p

Nanti lah kita cerita panjang.
Ni nak mencari mood mula kerja selepas bercuti panjang, so menulis sikit nak bagi mood kerja datang dan bekerja dengan cemerlang. Haha.

Selamat bekerja semua =)



 

Rabu, 27 April 2022

Iftar dengan adik-adik

Salam 23 Ramadan semua!

Makin hujung puasa, makin tak sempat nak menulis blog. Drama korea pun tak sempat tengok bulan puasa ni (Alhamdulillah =p )  Memasak pun, Ya Allah, makin takda idea. Ulang balik menu minggu pertama. Menunggu juga ni kalau suami offer iftar kat luar (hai B!

Sabtu lepas, direzekikan berbuka dengan adik-adik. Sebelum ni ada berbuka sama-sama tapi kat rumah kakak Abah. Yang ini, our first Iftar tanpa Ibu dan Abah, kami-kami aja takde orang lain. 

My plan nak balik Melaka, berbuka di rumah arwah Ibu dan arwah Abah (takde balik lagi since puasa) tapi sebab adik kedua akan beraya di rumah mertua tahun ni (Terengganu), dia ajak check in hotel ja. Nak happy happy tenang-tenang katanya. Anak-anak pun dah penat terkurung kat rumah.

Adik kedua juga request semua pakai baju raya. Nak ambil gambar sesama sebab nanti raya pertama dia kat Terengganu. Ok, kita ikutkan ajelah. So, moh kita ke Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Nasiblah ada bilik kosong sebab Jumaat baru cari bilik. 

Sebenarnya nak ambil pakej Iftar kat hotel tapi last minute plan kan,  mana ada dah, pakej Iftar kat hotel dah penuh.  Kita tapau je lah food dan berbuka di bilik hotel je la. I order juga food kat Food Panda buat tambah-tambah lauk. Adik ketiga order minuman.

Comel kan? Adik tapau makanan kat Kafe Kampung Kaw. Sebab mangkuk tingkat ni comel, dia beli sekali haha. Satu set dia ambik, satu set lagi dia bagi I.

Sesambil tu celebrate awal juga birthday Raneeya dan Reezqy. Saje nak bagi anak-anak happy makan kek.

Cucu Atok yang cantik manis!  Tu ayat Abah i kalau cucu-cucu dia balik. Dah tak dapat dengar dah Bah ayat ni =(  

Bagus juga iftar kat bilik hotel, lepas berbuka terus solat berjemaah. 

Lepas solat, bawa kekanak jalan-jalan sekitar kawasan hotel. Meriah juga ya hotel di bulan puasa. 

My adik-beradik. Yatim piatu dah kami. Allah pinjamkan Ibu Abah 38 tahun saja (ikut umur I). 

Lengkap. Alhamdulillah, dapat berkumpul sama-sama di bulan yang mulia ni. Moga ukhwah kami tetap utuh, dijauhkan dari segala penyakit hasad dengki, hidup bahagia dan Insha Allah moga kami dapat berkumpul sekeluarga di 'sana' nanti.

Esoknya kami Sahur di Cafe Hotel sebab dapat complimentary breakfast (muslim dapat sahur). Tambah duit untuk kanak-kanak je RM15.00 seorang.

Matahari dah naik, bawa semua ni mandi kolam. Dari semalam berzikir nak kolam. Kita bagi la peluang mereka bergumbira sambil berdoa takda yang nak buka puasa haha.

Sambil mandi macam-macam soalan mereka ni.

Mamilong, saya tertelan air, batal la puasa saya
Takpa, tertelan tu tak sengaja. Masih puasa lagi

Mamii, takpa ke kita mandi kolam?
Tak salah pun. Jangan saja-saja minum air kolam tu tak boleh. Nanti batal puasa. Takkan abang nak minum air kolam yang tak bersih tu kan?

Pukul 12.00 kami check out dan masing-masing pulang ke rumah sendiri. Alhamdulillah, yang mandi kolam pun, puasanya bertahan sampai ke petang. Masuk kereta je dah pengsan, kepenatan mandi kolam.