Makin hujung puasa, makin tak sempat nak menulis blog. Drama korea pun tak sempat tengok bulan puasa ni (Alhamdulillah =p ) Memasak pun, Ya Allah, makin takda idea. Ulang balik menu minggu pertama. Menunggu juga ni kalau suami offer iftar kat luar (hai B!)
Sabtu lepas, direzekikan berbuka dengan adik-adik. Sebelum ni ada berbuka sama-sama tapi kat rumah kakak Abah. Yang ini, our first Iftar tanpa Ibu dan Abah, kami-kami aja takde orang lain.
My plan nak balik Melaka, berbuka di rumah arwah Ibu dan arwah Abah (takde balik lagi since puasa) tapi sebab adik kedua akan beraya di rumah mertua tahun ni (Terengganu), dia ajak check in hotel ja. Nak happy happy tenang-tenang katanya. Anak-anak pun dah penat terkurung kat rumah.
Adik kedua juga request semua pakai baju raya. Nak ambil gambar sesama sebab nanti raya pertama dia kat Terengganu. Ok, kita ikutkan ajelah. So, moh kita ke Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Nasiblah ada bilik kosong sebab Jumaat baru cari bilik.

Sebenarnya nak ambil pakej Iftar kat hotel tapi last minute plan kan, mana ada dah, pakej Iftar kat hotel dah penuh. Kita tapau je lah food dan berbuka di bilik hotel je la. I order juga food kat Food Panda buat tambah-tambah lauk. Adik ketiga order minuman.
Comel kan? Adik tapau makanan kat Kafe Kampung Kaw. Sebab mangkuk tingkat ni comel, dia beli sekali haha. Satu set dia ambik, satu set lagi dia bagi I.
Sesambil tu celebrate awal juga birthday Raneeya dan Reezqy. Saje nak bagi anak-anak happy makan kek.
Cucu Atok yang cantik manis! Tu ayat Abah i kalau cucu-cucu dia balik. Dah tak dapat dengar dah Bah ayat ni =(
Lengkap. Alhamdulillah, dapat berkumpul sama-sama di bulan yang mulia ni. Moga ukhwah kami tetap utuh, dijauhkan dari segala penyakit hasad dengki, hidup bahagia dan Insha Allah moga kami dapat berkumpul sekeluarga di 'sana' nanti.
Esoknya kami Sahur di Cafe Hotel sebab dapat complimentary breakfast (muslim dapat sahur). Tambah duit untuk kanak-kanak je RM15.00 seorang.
Matahari dah naik, bawa semua ni mandi kolam. Dari semalam berzikir nak kolam. Kita bagi la peluang mereka bergumbira sambil berdoa takda yang nak buka puasa haha.
Comel kan? Adik tapau makanan kat Kafe Kampung Kaw. Sebab mangkuk tingkat ni comel, dia beli sekali haha. Satu set dia ambik, satu set lagi dia bagi I.
Sesambil tu celebrate awal juga birthday Raneeya dan Reezqy. Saje nak bagi anak-anak happy makan kek.
Cucu Atok yang cantik manis! Tu ayat Abah i kalau cucu-cucu dia balik. Dah tak dapat dengar dah Bah ayat ni =(
Bagus juga iftar kat bilik hotel, lepas berbuka terus solat berjemaah.
Lepas solat, bawa kekanak jalan-jalan sekitar kawasan hotel. Meriah juga ya hotel di bulan puasa.
My adik-beradik. Yatim piatu dah kami. Allah pinjamkan Ibu Abah 38 tahun saja (ikut umur I).
Esoknya kami Sahur di Cafe Hotel sebab dapat complimentary breakfast (muslim dapat sahur). Tambah duit untuk kanak-kanak je RM15.00 seorang.
Matahari dah naik, bawa semua ni mandi kolam. Dari semalam berzikir nak kolam. Kita bagi la peluang mereka bergumbira sambil berdoa takda yang nak buka puasa haha.
Sambil mandi macam-macam soalan mereka ni.
Mamilong, saya tertelan air, batal la puasa saya
Mamilong, saya tertelan air, batal la puasa saya
Takpa, tertelan tu tak sengaja. Masih puasa lagi
Mamii, takpa ke kita mandi kolam?
Mamii, takpa ke kita mandi kolam?
Tak salah pun. Jangan saja-saja minum air kolam tu tak boleh. Nanti batal puasa. Takkan abang nak minum air kolam yang tak bersih tu kan?
Pukul 12.00 kami check out dan masing-masing pulang ke rumah sendiri. Alhamdulillah, yang mandi kolam pun, puasanya bertahan sampai ke petang. Masuk kereta je dah pengsan, kepenatan mandi kolam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan