Selamat berpuasa semua!
Tahun pertama berpuasa tanpa Ibu, tahun kedua tanpa Abah.
Dah takda panggilan sahur dari Ibu.
Dah takda panggilan tanya masak apa berbuka hari ni.
Dah takda panggilan tanya masak apa berbuka hari ni.
=(
Jujurnya, memang down rasa nak sambut puasa tapi Allah kan dah kata,
bersedih jangan berlebih-lebih.
Insha Allah, cuba juga buang sedih dengan busy kan diri. Bulan Ramadan kan macam-macam aktiviti. Jom la kita upgrade segala amalan kita dan moga kita dipertemukan dengan malam Lailatulqadar.
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
— (QS.Ali ‘Imran:139)
Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan. Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang.
Allahuakbar, sedih baca, Hugs!!!!
BalasPadamSesungguhnya juju dapat selami apa sahabat rasa, ya Allah, suatu hari nanti semua orang akan lalui kan, cepat atau lambat je. SubhanaAllah, semoga baik2 hari ramadan utk sahabat. amin