Salam semua,
Happy birthday Ain!
Alhamdulillah untuk pertambahan umur yang masih dipinjamkan Allah.
Every year memang tertunggu-tunggu birthday wish dari Ibu. Nampaknya untuk tahun-tahun akan datang, kena ulang baca wish arwah Ibu tahun lepas ni je la.
Last year, Ibu beriya nak beli kek padahal dia tahu I nak avoid kek sebab konon nak kurus time tu. Haha. Tapi dalam berjuang melawan sakit, disuruhnya Azreen pi cari kek juga.
Terfikir juga, Ibu memang tunggu dapat merai birthday semua anaknya (Amy (Feb), Ikin dan Wan (Mac), I (Mei)) dulu baru dia 'pergi'. Kalau ikutkan, time Ibu diserang covid (Mac) pun, teruk juga keadaan Ibu, kena denggi pula lepas tu, tapi Ibu survive time tu dan tetap bertahan hingga Mei, then Ibu 'pergi' pada bulan Jun.
Apapun, terima kasih Ibu untuk kenangan ini. Terima kasih kerana melahirkan Ain dan menjadi Ibu yang terbaik buat Ain dan adik-adik. Insha Allah, moga arwah Ibu dan Abah tenang di sana, dan di tempatkan di kalangan para solihin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan