Khamis, 31 Disember 2020

Good bye 2020!


Good bye 2020, hello 2021!
Alhamdulillah for the blessings & lessons.

Rabu, 16 Disember 2020

Selamat jalan Abah!

Salam semua, 

Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Abah saya, Abu Samah Samsudin yang telah kembali kepada Penciptanya pada 9 Disember 2020. 

Al Fatihah.

Dah 7 hari Abah pergi. Semua terasa macam mimpi.
Bukan tak terima kenyataan, cuma, masih dalam kesedihan, masih payah nak melepaskan.



Semuanya macam mimpi bah. Tak tergambar perasaan ni. Bila orang tanya ok, I jawab ok je. Yang dah pernah rasa kehilangan, tahulah macam mana keadaannya. 


Rumah baru Abah. Corner lot, tepi sungai. Tenang dan mendamaikan. Moga Abah tenang di sana. 
Nanti-nanti dah ready Ain tulis lagi bah. Banyak nak cerita.

Alhamdulillah segala urusan pengebumian Abah mudah dan lancar. Terima kasih atas bantuan semua orang kampung, saudara-mara dan kawan-kawan semua.
Terima kasih juga atas ucapan dan kiriman doa untuk arwah Abah. Tak terbalas satu-satu semua ucapan dan doanya. Moga yang baik-baik juga berbalik kepada anda semua.
Mohon maafkan segala dosa Abah. Sekiranya Abah ada berhutang boleh maklum kepada keluarga kami.
“Allahumma firlahu warhamhu waafihi wafu`anhu”
Al-Fatihah
Abu Samah Samsudin
31.3.1953-9.12.2020


Sabtu, 12 Disember 2020

Catatan Pemergian Abah

 

4 Disember 2020 

Ada perbincangan penting tentang Setiausaha sepatutnya tapi balik aja Melaka pagi tu lepas Subuh sebab Abah ada temujanji dengan pakar. Lagipun kalau bab jumpa pakar, memang adik-adik tolak pada I, so terpaksa la tinggalkan perbincangan penting tu. Sampai rumah Ibu bagi tahu, Abah takda selera, asyik muntah dengan cirit-birit. Ada satu rasa terdetik, tapi macam biasalah, sentiasa cuba positif.

Time masuk rumah, Abah cakap, nak solat zuhur, tapi bagi tahu masih awal lagi bah, dhuha la dulu.

Abah tanya lagi kau sapa? Dalam gelak cuba berlawak dan jawab, Fazura ni bah tapi dah bertudung. 

Sambil menunggu pakar di hospital, Abah lain dari kebiasaan. Dia senyap aja di kerusi rodanya. Selalu kalau 2-3 jam menunggu pasti dah riuh mulutnya. Sesekali Abah minta baringkan kerusi roda sebab belakangnya sakit. Adik minta bawa abah ke emergency je sebab abah sakit perut. Tapi a day before abah dah pergi klinik so I rasa better jumpa pakar dulu minta pandangannya. 

Lepas berjumpa pakar hati rasa happy sebab Pakar kata rebakan kanser Abah makin menurun. Cakap pada pakar tentang keadaan Abah sekarang tapi semua soalan pakar, Abah yang dulu jawab. Rasa nak marah aja sebab Abah tak bagi cakap yang sebenarnya. Dia kata, nanti macam-macam doktor buat, dia nak balik tak nak duduk hospital. Kita ikut ajalah. Malas nak berlawan cakap. 

Dalam kereta dua tiga kali Abah nak muntah. Kita get ready ajalah tadah kain. Balik rumah pun Abah masih takda selera nak makan. Sebelum balik petang tu, salam Abah, dia pesan, Kau balik tau kak. Kau kena balik. 

 Iya bah, kita jawab sambil salam dan cium dahi Abah.

 

5 Disember 2020

Adik bagi tahu, nak bawa Abah ke emergency sebab Abah makin sakit perut. Tengahari dia bagi tahu dari Alor Gajah nak transfer Abah pergi Melaka. Adik minta pandangan semua sebab Doktor nak intubate sebab jantung Abah makin lemah. Doktor maklum juga buah pinggang Abah dah tak berfungsi, suggest untuk buat dialisis di Hospital Melaka.

Fikir keadaan Abah semalam, I ajak Azreen balik. PM jiran-jiran tanya siapa ada printer nak tumpang print borang rentas negeri. Kemas baju semua, then kat Balai berdrama. Polis tak nak lepas, I jawab I tetap akan balik juga. IC pula boleh tertinggal kat printer pejabat sebab buat salinanIC untuk ke Balai.

Sampai hospital Melaka sama masanya dengan ambulan Abah dari Alor Gajah. Doktor panggil waris dan terangkan segalanya. Doktor minta persetujuan semua waris. Sambil call Ibu, terangkan condition Abah sambil menangis bertiga di luar Bahagian Kecemasan. Doktor maklum family kena bersedia sebab bila masa aja Abah boleh pergi lepas mesin pernafasan di buka. Ibu setuju untuk bawa balik Abah.

Di Bahagian Kecemasan, I tanya pada seorang  Doktor perempuan Melayu. Betul ke keputusan I bawa balik Abah ni? Dia jawab, betul puan. Hospital dah tak boleh buat apa. Lebih baik pesakit habiskan masa dengan keluarga. Puan boleh bisik kalimah syahadah pada Abah. Ajar Abah mengucap.

Rasa macam mimpi. Semua berlaku sekelip mata. Jujurnya kami belum bersedia.

Dalam pada itu maklum juga pada saudara mara keadaan Abah. Hati tetap juga kuat kata, belum masa Abah pergi.

Bawa balik Abah, Doctor declare Admit on Own Risk (AOR). Semua dah menunggu di rumah. I minta masa pada petugas, bila kami dah ready, barulah mesin dibuka. Petugas Ambulan pesan, doa banyak-banyak. Semuanya ikut ketahanan pesakit. Ada yang bertahan 20minit, ada yang 2 jam, ada yang dua minggu malah ada yang kuat bertahan sehingga dua bulan. Dada abah berombak kuat lepas mesin dibuka. Tak henti-henti kami lafazkan kalimah syahadah ditelinganya. Saudara yang hadir bacakan yasin  bersama jiran-jiran.

Pukul 2 pagi Abah buka mata. Bila kami panggil dia bagi reaksi. Lepas tu dia kata dia lapar. Oleh kerana tak tahu nak buat apa sebab ada wayar dihidung, kami decide hantar Abah ke hospital semula.

 


 6 Disember 2020

Dalam Ambulan abah suruh ke dapur, tengok apa yang ada. Abah lapar. I cakap nak ke hospital ni bah, Abah sakit. Dia tetap kata Abah nak balik rumah.

Lepas solat subuh, Doktor panggil waris. I terkejut tengok Abah elok aja mukanya. Doktor kata, based on laporan Abah, dia pun terkejut tengok Abah. Jarang berlaku macam ni.

Doktor tanya Abah, Pakcik sihat ke?
Abah jawab, sihat, dah boleh balik rumah.
Gelak besar Doktor tu. Dia cakap pada Abah lagi, kita nak rawat Abah dulu. Kena duduk hospital.

Abah bila dipanggil dia macam khayal cakap pasal adik-adik. Lepas tu tanya pasal emak. I assume abah hypo sebab tak makan apa-apa tapi Doktor dah pasang drip untuk bekalkan nutrisi. Tukar-tukar dengan adik masuk emergency room tengok Abah. Pakcik dan Abang sepupu pun datang borak dengan Abah. Diorang cakap, elok bersih aja muka Abah. Tak macam sakit.

Lega hati dengar. Mungkin keajaibanNya nak bagi masa kami lebih lama dengan Abah.

Doktor yang bertukar shift  marah. Dia kata hospital memang dah tak boleh buat apa, you tak faham ke condition Abah you. Kami explain kami nak hospital bantu mana yang boleh ajalah, kami nak Abah dapat air, ada ubat. Kami tak tahu nak buat apa, memang harapkan hospital. Dapat satu malam pun cukuplah.

Tukar shift dengan adik-adik jaga Abah. Biarlah sama-sama merasa jaga Abah.

7 Disember 2020

Abah dah tak sedar sebab Doktor bagi morfin. Kami bawa Abah balik. I pun sempat lari sekejap ke Nilai, pass over kerja dan minta cuti pada Bos.

Kami decide untuk stopkan morfin dengan harapan Abah akan buka mata. Nafasnya laju. Memang sentiasa pantau. Setiap malam memang panggil orang masjid baca yasin. Ustaz pun dah pesan, jangan tinggalkan Abah. Sentiasa ajar mengucap kalimah syahadah.

Malam tu juga cakap kat Ibu pasal nafas Abah yang dah nampak lain. Pesan juga kat Ibu, minta Ibu lepaskan dan redhakan lah segalanya. Bisikkan juga di telinga Abah, jangan risaukan kami bah. Ain akan tengok adik-adik dan macam-macam lagi ucapan ikhlas dari hati.

Berat nak melepaskan tapi Abah dah lama berjuang. Dah tiba masa Abah berehat dari ujian dan sakit dunia. Muka Abah memang macam orang tidur. Cuma nafasnya aja yg ada berbunyi bunyi. Kakak saudara kata, kesan dari intubate, memang akan ada goresan pada tekak.

Saudara mara juga datang berziarah. Semua ucapa benda yang sama. Abah nampak sihat, Insha Allah akan sembuh.


8 Disember 2020

Tetap terus bacakan Yasin dan mengaji untuk Abah. Adik tiba-tiba bagi tahu Abah buang air besar. Berempat kami cuba tukar diapers Abah, tapi  bila chek, takda pun. Sambil tergelak, kami cakap, main-mainlah Abah ni.

Petang tu cakap dengan wife cousin, minta ajar bagi Abah susu. As kata, dia mungkin lambat sebab tunggu cousin balik. Lambat pun kami tunggu, janji dapat bagi susu pada Abah. Allahu, rupanya itulah makanan terakhir yang kami suap untuk Abah. Malam tu juga terasa terlalu mengantuk dalam pukul 12.30 malam, suruh Azreen tolong ganti kejap mengaji untuk Abah.

Terjaga pukul 3.00 pagi, tukar dengan adik pula. Tiada apa-apa tanda. Abah seperti tu juga, seakan tidur malam dengan lagu dengkurnya.

 9 Disember 2020

Tengah malam tu sambil mengaji, sambil pegang tangan Abah, rasa macam nak snap gambar. Tapi handphone jauh so cakap, esok lah. Kalau Abah sedar tu, mesti dia cakap, gambar kak, gambar. Kau semua nak ambil gambar.

Nasib Ain ambik gambar Bah, now itu je kenangan yang Ain ada dengan Abah tau. Abah baca doa pun Ain rekod. Boleh dengar suara Abah lagi šŸ˜¢

Lepas Subuh, tengok kepala Abah mengiring ke kiri, tempat ibu duduk sebelum solat Subuh. Sambil luruskan kepala Abah, cakap, apa abah ni, tengok sana. Meh tengok Ain ni. Hari ni dah Rabu bah, buka la mata. Tengok dada abah dah tak bunyi-bunyi. Ambil juga air zam zam basahkan mulutnya.

Baru nak baca surah Ar-Ra’d, Rayeesa lak menangis nak nasi. Tukar dengan adik. Elok aja pegang pinggan, tiba-tiba semua cemas sebab nafas Abah dah slow. Sepenuh hati kami bisik kalimah syahadah. 6.50pagi, lembut dan tenang Abah pergi meninggalkan kami.

Allahu akhbar.
Sekelip mata semua terjadi.
Yang pasti ia bukan mimpi.
Abah pulang ke negara abadi.


Innalillahiwainnailaihirajiun
Abu Samah bin Samsudin
31.3.1953 - 9.12.2020

Selasa, 24 November 2020

Office reshuffle, hello again JC!

Salam semua, 

Seminggu dah di tempat baru. Masih dalam adjustment phase here and there lagi. Rasa nak cepat hadam aje semua so boleh bekerja dengan tenang tapi tulah, semua benda perlu ambil masa. Laju-laju pun nak pergi mana kan haha. 

Selaras dengan kenaikan pangkat haritu, memang dah tahu akan bertukar jabatan. Cumanya, bila tempat bertukar tu bukan as i expected, rasa frust sikit lah. Sikit je. Suka atau tak, tukar tetap kena tukar. 

Azreen siap cakap, you  asyik gitu je lah. Kena tukar ke PPS dulu pun you kata gitu, tapi I tengok ok aje you.

Alah, normal lah ada rasa gitu. Benda yang kita nak tak dapat kan. Cuma  lepas tu kenalah move on. Tetap kena teruskan kerja dan hadap semua. Percaya pada perancangan Dia je lah. Kalau tak boleh, takkan Dia bagi dan letak kat situ. Allah knows best. =)

14 tahun  bekerja, now pindah balik ke Jabatan  yang pertama. Nervous, seram, bercampur-baur rasa nak ke jabatan baharu. 


Dua-dua kena bertukar jabatan kali ini. Different department tapi dalam satu bangunan. Orang kata seronok bertugas satu bangunan. 

Bagi kami, ada seronok, ada cabarannya juga dalam keadaan PKPB ni. Apapun, kita hadap ajelah semua. Insha Allah, semuanya kan baik-baik saja.

Azreen kan main seronok nak bertukar. Iyalah, dah 8 tahun menunggu. Siap ajak pi shopping baju baru dan nak belikan I sekali baju tapi I yang takdo hati nak berbaju baru. 

16 November 2020, officially masuk office baru. Change is hard at the beginning, messy in the middle, Insha Allah  moga yang baik-baik saja ajalah semuanya sepanjang bertugas di sini.

Doakan I ye semua =)

Till then, wassalam!

Isnin, 9 November 2020

PKPB lagi hingga Disember 2020

Salam semua,

Semalam telah dimaklumkan yang PKPB untuk semua negeri kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis sehingga Disember 2020.

Allahuakhbar!

Banyak benda yang rasa terbeban bila dengar announcement tu. Tapi pujuk hati sendiri. 

Lā yukallifullāhu nafsan illā wus'ahā

Referensi: https://tafsirweb.com/1052-quran-surat-al-baqarah-ayat-286.html

Layukallifullahu nafsan illawusa'ha (2:286)

Ibu akan transfer ke Hospital Ampang pada 16 November 2020 ni untuk stem cell transferred, dan pada tarikh yang sama juga I akan bertukar ke jabatan baru. Moga segala urusan Ibu, I dan kita semua dipermudahkan, Insha Allah.

Lepas settle di Hospital Ampang, Ibu transfer lagi ke Hospital Kuala Lumpur pula untk PET ct scan. Kalau tak sebab pandemik ni, takdalah kami risau sangat. Di kala pandemik ni, prosedur melawat hospital jadi makin ketat. Mana nak treat patient covid, patient biasa lagi hmmm, Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Jauhkanlah kami semua dari wabak covid dan penyakit yang merbahaya.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

Referensi: https://tafsirweb.com/1052-quran-surat-al-baqarah-ayat-286.html

Semalam juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah announce sekolah akan ditutup sehingga Januari 2021. Walaupun sekolah tutup, sesi pembelajaran tetap berjalan seperti biasa. 

Cabaran untuk kita semua. Dengan bekerja, kerja rumah lagi, ditambah tugas menyelia kerja sekolah anak, kadang rasa nak kemurungan aja. Nasiblah ada group Whats App sesama kawan-kawan, kadang terluah juga kat mereka. Rupanya, situasi kita semua sama ja. Apapun, all the best Umi, Mama, Emak, Ibu, Amma, Mommy, Mummy, Bonda, Omma, Muqin semua šŸ¤Ŗ 

Stay strong, healthy and safe ❤️ 

#motherhood #segalatopiadani #ehparabapakpungoodluckjugak 

 

Last week juga I dapat peluang balik ke Melaka selepas mohon kebenaran dari Balai Polis. Hilang sikit segala gundah bila dapat tengok muka ibu dan abah. Harap lepas ni dapat balik dua kali seminggu pun jadilah. If tak dapat balik semua, dapat I balik seorang pun ok je.

Terluah juga kat Abah semalam,

Sambung lagi PKPB bah. Hmm, penatnya rasa. Rumah dah la tak besar mana. Dengan kerja lagi, dengan anak-anak lagi, nak masak lagi, penatnya rasa.

Abah jawab pendek je, Kau nak macam mana lagi? Kalau macam Abah ni lagi la ha. Terbaring aja atas katil, kau nak macam ni? Lagi menyusahkan orang. Bersyukurlah kak. Sekurang-kurangnya kau boleh bergerak ke sini sana. Tak payah harapkan orang.

=,(

Bukanlah tak bersyukur bah. Saja meluah nak berkongsi rasa dengan Abah. At least  Abah bagi setepek gitu, takdalah rasa down sangat =p Terima kasih sedarkan akak. Dapat meluah pun dah rasa lega =)

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah maafkami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". 

 

 

Selasa, 27 Oktober 2020

PKPB Zon Nilai dan PKPD Putra Point Nilai

Salam semua, 

Semalam, kes Kobid ni naik lagi empat angka dan semalam juga announcement PKPB di Zon Nilai serta PKPD di Putra Point Nilai. Area kawasan I la tu.

Macam-macam rasa lak ada semalam. Announcement tu dibuat time I tengah potong bawang, basuh ayam nak goreng mee. Lepas je dengar, terus rasa malas, masukkan ayam dalam peti ais, terus keluar rumah join jenjiran lepak petang. Dahulukan jumpa jiran sebab lepas ni nanti tak boleh dah nak berborak petang. Kena berkurung 2 minggu. Office pun dah announce dah, yang bahagian kritikal je boleh datang. Yang baik, kita ikutkan ajelah. 

 



2 minggu aja PKPB. Harapnya kes tak makin meningkatlah. Elok aje habis, 13 haribulan tu patutnya majlis nikah cousin I di Senawang, tunangnya orang Shah Alam. Tak tahulah tangguh ke tidak atau teruskan aje nikah, majlis tak payah. Cousin I pun dah bertangguh dari bulan Jun haritu.

20 November lak, seorang lagi cousin nak nikah di Melaka. I pula tukang gubah hantarannya. Dah ada plan B dah, if kes kobid makin teruk. Dia gubah lah sendiri nanti. Sorry lah ye =(

Tak berani nak jangka dah kobid ni. Dah capai empat angka. Yang politik negara tu pun satu hal. Hailahh, apa ajelah dalam fikiran korang tu kan! Orang sibuk perangi kobid, kau sibuk nak rebut kerusi.

  Staf safe semua. Moga yang baik-baik aja untuk kita dan negara!

 

 


Isnin, 19 Oktober 2020

Warung Bam Bam, Seremban

Salam semua,

Harap sihat la semua. Kes covid sekarang makin meningkat. Semalam je kes naik 800 lebih. Stay strong orang orang-orang Sabah.  

Azreen pun sekarang bosnya tak bagi datang kerja since Selangor sekarang PKPB. Maka, kesempatan yang ada ni kita gunakan untuk spent time bersama la.

Sabtu pagi tu dia ajak naik Gunung Angsi, tapi I malas. I pula ajak di pi sarapan kat Warung Bam Bam. Baca post orang kat IG kata best makan kat sini. Tapi takda rezeki kami hari sabtu tu. Orang 'berbulu' ramainya bila kami sampai dalam pukul 9 lebih.

 So, kami cuba lagi nasib pagi Ahadnya. Alhamdulillah, ada tempat duduk walaupun orang dah mula ramai. Warung Bam Bam ni terletak kat Bukit Chedang, Seremban. Nak cari  pun senang je. Exit tol Seremban, limat minit macam tu sampai dah.

Masuk aje warung ni, terasa macam ada kat Gedung Pakaian Hari-Hari =p Pekerja di Warung ni akan greet kita selamat datang! Balik pun dia ucap terima kasih.

Menu yang ada kat sini. Roti canai takda ye. Mee sup pun takda. Nasi lemak dan roti bakar dia punya main menu.

Sarapan kami! Ambik satu jenis, then rasa-rasa. I ok je Sarapan macam ni. Variety kan, banyak benda boleh rasa. Azreen lak pagi tu sakit kepala, so dia tak berapa enjoy the food.

Pilihan kuih-muih pun banyak. Senang kedai makan macam ni. Semua ada di bawah satu bumbung. 

Pekerja dia pun ramai. Order, sekejap aja sampai, so tak lama menunggu.

If Azreen ajak datang lagi sarapan kat sini, I suka je. Roti jala dan kari tu sedap. Roti cicah kaya pun sedap kat tekak I.

Thank you Warung Bam Bam. Ada rezeki kita datang lagi.

Till then, wassalam.


 

Jumaat, 16 Oktober 2020

Hello Pulau Pangkor!

Salam semua,

Early October haritu, kami ke Pulau Pangkor, Perak. Actually, ini program office, tapi kita letak gambar family kita ajelah ya. Demi menjaga kesejahteraan dan emosi semua pihak ;) 

Since dari awal lagi banyak halangan nak buat program ni.  Campur pula musim covid, lagi la takut dan rasa bersalah tu ada juga. Lastly I cakap, kalau ada rezeki, adalah Ya Allah. Kalau takda, bukan rezeki kami. Letih handlenya. Kejap jadi, kejap tak jadi. Dah jadi, tak proses-proses. Penat kita yang mengurus ni.  Kang cakap lebih, kau juga yang kena.  Lesson learned from the previous event so we just go with the flow. 

Apapun, bersusah-susah dahulu orang kata, Alhamdulillah, the program & everything went well. Cuma cuaca on day 2 ajelah tak berpihak pada kami.

Beautiful couple at beautiful island. Haha! Masuk bakul angkat sendiri. Siapa lagi nak puji. Harap orang kang, tah ikhlas entahkan tidak. Maka, nak happy, cakap yang baik-baik aja untuk sendiri. Apa kita cakap kan doa. Moga yang baik-baik ajalah untuk kami berdua dan keluarga.

Dulu belajar kat Sri Iskandar. Pernah dok kampus manjung juga. Ikutkan dekat aja kalau nak ke Pangkor ni tapi tiga tahun kat sana tak pernah jejak pun. Haha! Lagi rela balik kampung dan pergi dating aja di hujung minggu =p

Pulau Pangkor ni kecik aja. If stay Lumut then esoknya pi Pangkor pun sempat aja I rasa explore semua. If nak ke Pangkor boleh ambil feri dari dua jeti iaitu Jeti Lumut dan Jeti Marina.

Silalah guna Jeti Marina sebab I rasa lagi cantik dan tak crowded. Tengok orang bergambar kat Jeti Marina tu lawa je.

Bercuti di musim orang tak boleh ke luar negara ni, bertabahlah ajelah dengan crowd yang ramai. Semua tempat 'berbulu' manusia. 

Safely arrived at Pulau Pangkor dengan menaiki feri yang penuh manusia bertopeng muka. Kat belakang tu teksi merah jambu, public transport famous kat Pulau Pangkor!

Kami stay kat Puteri Bayu Beach Resort. Office dah pernah pergi sebelum ni, so repeat lagi ajelah. The Imans, macam biasa, bila check in, kolam ajelah yang ditujunya.

Rumah ni Reezqy suka. Haha. Nak rumah macam ni Mami. Abang suka rumah kayu. Kumpul la duit banyak-banyak bang, nanti boleh design rumah ikut suka  hang. Nak kayu, nak batu, duit ada semua jadi.

Lepas check in petang tu, kami pi cari makan dulu sebelum anak-anak terjun kolam. Keluar dari hotel belah kanan, banyak ada gerai makan. Tak sempat nak try laksa pangkor, kawan-kawan kata sedap. Kat situ juga ada pantai tumpuan orang awam, Pantai Pasir Bogak.

Day 2, morning view. Sementera nak tunggu breakfast dan bengkel start, kita layan sun rise kat pantai. Budak-budak ni happy aja main pasir pagi-pagi.

Cantik view pagi-pagi. Tenang aja rasa. Angin pun sejuk. Tengok lautan luas sambil mengagumi segala yang dijadikan Allah. Masya Allah la quwwata illa billah. Indah!


Kami ambil pakej Island tour. Dewasa RM30, Kanak-kanak RM15 je. Duration tour dalam 2 jam. Akan dibawa ke Turtle Bay, Monkey Bay, Nipah Bay, Coral Bay, Man Bay, Mentagor Island, Coral Island dan Pangkor Laut Resort.

Pagi tu cuaca tak berapa baik, hujan lak. Since dah bayar, tetap diteruskan juga lah.

Pantai apa tah ni, tak ingat dah. Guider tinggalkan kita kat sini untuk berpiknik. Sila berhati-hati dengan monyet ye. Pantang nampak makanan monyet kat sini, direbutnya dengan kita.


Petang ada masa terluang, ambil peluang visit tourist attraction kat Pangkor ni.  Tempat pertama yang dilawati Masjid Al-Khairiah. Baru lagi masjid ni. Dibuka untuk orang awam bulan Julai 2020 haritu.

Cantik ID masjid ni bercirikan motif oriental. Kedudukan masjid dikelilingi  oleh majoriti masyarakat berbangsa cina.  Dinding dipenuhi dengan doa.

Berhenti sat untuk melihat Selat Melaka. Hai orang-orang Melaka =p

Melawat Kota Belanda. Kecik aja kawasan ni. Time ni mood Rayeesa memang tak ok. Sekadar bergambar ajelah tanda dah jejak sini. Nak naik pun ramai orang kat atas tu. Malas nak bersesak-sesak.


Masjid Terapung  Pulau Pangkor. I takat berhenti di pintu masuk je. Malas nak berjalan sampai ke dalam masjid. Rayeesa lak bad mood sebab penat kot, so tungguh ajelah kat depannya.

Malamnya ada dinner dengan ahli keluarga. Takda tema-tema pun. Kami pun pakai apa yang ada ajelah. Lepas makan sesi tukar hadiah. I dapat hadiah jam dari Fatin. Dia tak bawa hadiahnya. Balik office baru dia bagi.

Bergambar sebelum Dinner. All white.

Senja di Pulau Pangkor. Cantik!


Ahad tu, pukul 12.00 check out! See! Time nak balik kan main cantik cuaca. Saje je kan =p


Time nak balik singgah beli hasil laut kat Kedai Jamilah. Beli ikan bilis ni untuk mak mertua kita dan ibu juga. 

If nak shopping, pihak hotel kata, elok shopping di Lumut je. Kat Pulau mahal kata mereka. So i ikut saranan orang  hotel, beli buah tangan di Lumut. Lagipun malas nak berangkut-angkut naik feri dengan barang  banyak.

Till we meet again Pulau Pangkor! Mana tahu kot husband nak bawa pi Pangkor Laut tu kan ;p

Till then, wassalam!





Selasa, 22 September 2020

Farewell Boss!

Salam semua,

Dari kecil rasanya, kerja Setiausaha ni memang takda dalam kamus hidup. Bila cikgu tanya cita-cita masa sekolah rendah dulu, rasanya yang ada dalam fikiran, doktor, cikgu, pramugari. Itu ajalah. Tapi Allah dah tulis kerja Setiausaha punca rezeki I, maka kita galas segala amanah dan tanggungjawab yang Allah dan rencana.

Sepanjang bekerja sebagai Setiausaha, I dah jaga 5 bos. Masing-masing dengan style dan ragam tapi tetap bos yang baik pada I. Banyak benda yang dipelajari. Ada yang bos muka garang hati baik, ada yang bos memang baik, ada yang pendiam, ada yang happy go lucky!

Bos yang kelima ni ada ceritanya. Tak sangka pula jadi bos kita. Haha! Dulu masa di Fakulti, ada satu kisah bab kerja, I macam geram juga dengan Dr. ni. Ada jugalah termarah since masa tu dia Pensyarah biasa. Sekali, ambik kau, kena jadi bos kau pula =p

Bos yang ini yang paling lama I pernah jaga. Almost tujuh tahun. Memang sesuai sangat dia yang jadi Pegawai Peraku I bagi kenaikan pangkat. Thank you Bos!

Banyak benda yang I belajar dari Bos yang ini. Sikap merendah dirinya, zuhudnya. Yang paling penting bos I dan isteri dia  ni I rasa sangat penyabar orangnya. Dia ada anak 9 orang, tiada maid, di sebalik jadual tugasnya yang busy, dia dan wife dia aje yang menguruskan rumah tangga berdua. Salute betul!

Lagi satu, Bos I dan isterinya ni dua-dua Ustaz dan Ustazah. Sedikit sebanyak, their life, their attitude inspiring me  untuk ubah diri menjadi lebih  baik lagi. Now, dia dah takda kat sini, moga mana sifat yang baik-baik yang merubah hidup I, harapnya kekal, Insha Allah. Kita ni memang nak berubah, tapi tu lah, istiqomah tu payah.

Bos I dapat offer di tempat yang lebih baik lagi so kenalah ikut arahan menteri. Maka, kita raikanlah dia dan dua orang staf lagi yang akan meninggalkan jabatan kami.

Majlis meraikan staf yang akan bertukar jabatan/organisasi kami buat di GH Corner Bandar Estek. Cantik kedai ni. ID ala-ala ID di tempat kerja I.


Datang kat sini baru tahu cawangannya ada di serata negara ok. Kalau tak datang, memang kami tak tahu pun. Tahniah GH Corner. Since rehat tengahari sekejap, office pun tak boleh tutup lama  nanti orang bising, kami order food sesiap.




Sebelum makan, kita minta yang bertukar bagi ucapan, then kita bagi cenderamata kenangan. Bos I tak bagi panggil majlis perpisahan sebab katanya, bukan tak jumpa lagi dah =p So, kita tukar ke majlis meraikan staf bertukar jabatan dan organisasi.




"Chance made us colleagues, hearts made us friends"
All the best & farewell kawan-kawan semua!
Insha Allah, panjang umur, murah rezeki, moga kita dapat bekerjasama lagi =)