Isnin, 9 November 2020

PKPB lagi hingga Disember 2020

Salam semua,

Semalam telah dimaklumkan yang PKPB untuk semua negeri kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis sehingga Disember 2020.

Allahuakhbar!

Banyak benda yang rasa terbeban bila dengar announcement tu. Tapi pujuk hati sendiri. 

Lā yukallifullāhu nafsan illā wus'ahā

Referensi: https://tafsirweb.com/1052-quran-surat-al-baqarah-ayat-286.html

Layukallifullahu nafsan illawusa'ha (2:286)

Ibu akan transfer ke Hospital Ampang pada 16 November 2020 ni untuk stem cell transferred, dan pada tarikh yang sama juga I akan bertukar ke jabatan baru. Moga segala urusan Ibu, I dan kita semua dipermudahkan, Insha Allah.

Lepas settle di Hospital Ampang, Ibu transfer lagi ke Hospital Kuala Lumpur pula untk PET ct scan. Kalau tak sebab pandemik ni, takdalah kami risau sangat. Di kala pandemik ni, prosedur melawat hospital jadi makin ketat. Mana nak treat patient covid, patient biasa lagi hmmm, Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Jauhkanlah kami semua dari wabak covid dan penyakit yang merbahaya.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

Referensi: https://tafsirweb.com/1052-quran-surat-al-baqarah-ayat-286.html

Semalam juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah announce sekolah akan ditutup sehingga Januari 2021. Walaupun sekolah tutup, sesi pembelajaran tetap berjalan seperti biasa. 

Cabaran untuk kita semua. Dengan bekerja, kerja rumah lagi, ditambah tugas menyelia kerja sekolah anak, kadang rasa nak kemurungan aja. Nasiblah ada group Whats App sesama kawan-kawan, kadang terluah juga kat mereka. Rupanya, situasi kita semua sama ja. Apapun, all the best Umi, Mama, Emak, Ibu, Amma, Mommy, Mummy, Bonda, Omma, Muqin semua 🤪 

Stay strong, healthy and safe ❤️ 

#motherhood #segalatopiadani #ehparabapakpungoodluckjugak 

 

Last week juga I dapat peluang balik ke Melaka selepas mohon kebenaran dari Balai Polis. Hilang sikit segala gundah bila dapat tengok muka ibu dan abah. Harap lepas ni dapat balik dua kali seminggu pun jadilah. If tak dapat balik semua, dapat I balik seorang pun ok je.

Terluah juga kat Abah semalam,

Sambung lagi PKPB bah. Hmm, penatnya rasa. Rumah dah la tak besar mana. Dengan kerja lagi, dengan anak-anak lagi, nak masak lagi, penatnya rasa.

Abah jawab pendek je, Kau nak macam mana lagi? Kalau macam Abah ni lagi la ha. Terbaring aja atas katil, kau nak macam ni? Lagi menyusahkan orang. Bersyukurlah kak. Sekurang-kurangnya kau boleh bergerak ke sini sana. Tak payah harapkan orang.

=,(

Bukanlah tak bersyukur bah. Saja meluah nak berkongsi rasa dengan Abah. At least  Abah bagi setepek gitu, takdalah rasa down sangat =p Terima kasih sedarkan akak. Dapat meluah pun dah rasa lega =)

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah maafkami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". 

 

 

1 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan urusan..bila melibatkan kena pi spital time covid ni mmg ketat procedurenya

    BalasPadam