Selasa, 30 April 2019

Lee Min-ho


Haha. Nampak sangat takde kerjanya ni! =p

Sekarang tengah layan cerita Personal Taste. Bila tengok style LMH dalam cerita ni, terus cakap kat suami, eh Style rambut awak dulu, samalah dengan LMH ni. Cebik ajelah suami.

Style rambut ajelah yg sama pun, so takyah nak cebik sangat.

Dalam cerita Personal Taste ni, melampau sangat lak tengok make up LMH. Kan main terserlah lip gloss nya. Dah macam bapok pun iya juga.  Less is more lah LMH. Bagi lah nampak jantan sikit =p



Ni, adik lak forward dalam group family. Diorang ni masih tak boleh move on lagi nak kata muka I sama dengan Elizabeth Tan. Haha.

Sesudahlah korang. I dah bertudung =p, memang takdenye sama dah.

Yang Zizan tu pula dia kata sama macam muka Azreen.

Ada-ada aje lah korang ni!

Isnin, 29 April 2019

Happy birthday anak!

Salam semua,

Bulan April sudah sampai ke penghujungnya bermakna, habislah stress I nak menjawab soalan Iman Reezqy:

Ni bulan apa? 
Berapa hari bulan? 
Dah birthday Abang?

Ya Tuhan, dari bulan Januari ok, soalan ini menghantui kami.

Kadang tu jawab je bulan Januari tak gerak-gerak. Pandai pula jawab, eh lambat la bulan ni, abang tak sabar nak birthday Abang!

Haha.

Disebabkan  blog ini memang didedikasikan untuk anak-anak dan bapaknya, so, marilah kita mencoretkan kisah hari lahir mereka.

Selamat hari jadi yang ke lapan tahun kakak pada 27 April yang lepas. Ketahuilah kakak, menjadi Sulung, memang besar tanggungjawabnya. Tabah lah ye kakak menghadapi segalanya.

Kesian kakak,  selalu kena marah. Adik salah pun, kakak kena juga. Adik tu kecik lagi, masih belum faham do & don'ts kakak. Layankan ajelah ye. Dah besar nanti, adik jugalah yang akan jadi best friend kakak, so berbaik-baiklah dari sekarang supaya senang nak berkongsi rahsia dari Mami nanti. Haha.

Mami Dedi sentiasa doakan kakak supaya dipermudahkan segala urusan kakak di dunia dan akhirat. Ingat pesan Mami Dedi, kalau kami takda, kakak kena jaga adik-adik semua tau =,) Kakak harapan Mami dan Dedi untuk menjaga dan melindungi adik-adik semua.

Harini pula,29 April, birthday anak bujang seorang ni. Tengoklah kelakunya!

Pagi tadi  nak pergi sekolah pun dia boleh kata kerja sekolah dia tak siap. Tak payah pergi sekolah boleh tak?

Hoi, memang mendapatlah Mak Kau Hijau di pagi nan hening. Pagi tu juga menangis-nangis siapkan kerja sekolah. Best betul 'hadiah' harijadi Abang yang ke enam tahun ni ye bang! Siap Kakak dan Dedi pun tolong siapkan kerja sekolahnya.

Selamat hari jadi abang, anak bujang Mami Dedi nan sorang. Memang sorang aje pun lah bang sebab Apak kau dah tak nak menambah. Mami pun tak boleh nak buat apa dah =p Semoga urusan abang pun dipermudahkan di dunia dan akhirat, aminnnn.

Walaupun perangai kau macam-macam, Mami tahu kau sayang adik dengan kakak. Buktinya setiap kali Mami marah diorang, kau akan jadi penyelamat, pujuk adik dan kakak. Sweet aje.

Pagi tadi pun, dah Mami bebel-bebel dalam kereta, time nak turun dan salam cium, dengan suara husky nya dia cakap, I love you Mami.

Ya Allah, melting bang oi. Nak marah lama-lama pun tak sampai hati tau!

Semoga Allah swt sentiasa merahmati anak-anak Mami dan Dedi, Insha Allah, aaaaminnnn.


Selasa, 23 April 2019

Drama Korea: Faith, the great doctor

Salam,

Meh nak share tentang tengok drama lama lagi.
Drama Korea yang ditayang tahun 2012 dulu, barulah sekarang kita tengok.
Haha.

Drama Faith atau The Great Doctor lakonan Lee Min Ho (Choi Young) dan Kim Hee Sun (Eun Soo).
Eh, try juga tengok lakonan Min-ho ni dalam cerita Boys over Flower tu, tapi dah tetua layan cerita budak, macam tak kena aje rasanya.

Nasib layan cerita ni ok, so dapat lah juga release stress mana yang patut.

Sinopsis Faith:

Eun Soo, seorang doktor pembedahan kosmetik dibawa ke Zaman Goryeo oleh Choi Young sebab nak bantu selamatkan Permaisuri yang cedera diserang. Dia janji akan hantar Eun Soo lepas semua selesai tapi sebab Raja termakan hasutan Pembesar (kuat bodek betul) dia yang dia boleh gunakan Eun Soo untuk dapatkan support rakyat, so, dia tahan Choi Young dari hantar balik Eun Soo. Ngikut ajelah si Choi Young ni tak membantah.

So, bila ada orang yang pelik di zaman tu, for sure lah akan tarik perhatian ramai orang. Ada yang nak gunakan kepakaran Eun Soo ni, ada yang nak gunakan Eun Soo untuk pergi zaman moden, eh dan macam-macam halanganlah yang Eun Soo ni kena tempuh. Sebab dah janji dengan Eun Soo akan hantar dia, so Choi Young ni memang kerja dia protect Eun Soo ajelah then jatuh cinta ;)


Baca kat Wiki rating drama ni tak tinggi pun mungkin sebab cerita tentang sejarah so orang tak berapa minat tapi drama ni ada menang Best Korean Drama (2014). Pelakon lelaki dan wanita juga menang Top Excellent Awards (2012). Drama ni juga guna kos yang banyak. Tengok ajelah costume, peralatan dan lokasi semua, mau tak pakai banyak belanja. Sebab tulah orang tak suka buat cerita sejarah agaknya, kos tinggi!

If I jadi Eun Soo, heroin drama, mesti I akan alami kemurungan  dan separuh gila kot hidup dalam zaman Goryeo. Sesikit bunuh, salah cakap pancung, sesikit nak lawan, serba kekurangan,kena lari menyorok untuk dapatkan perlindungan hoii penat,  takde handphone, compact powder takda, toilet tak tahu macam mana rupa, haishhhhhh, stress mak nak. Walaupun ada hero handsome, tapi tetap juga akan stress sebab hidup serba kekurangan.

I siap fikir asyik berlawan aje, bila masa diorang mandi. Ehhh, tak geli ke dah berdarah-darah peluk-peluk. Kahkahkah. Suka berimaginasi terlebih tau!

Lepas tu,  hasad dengki, Ya Allah, teruk yang amat. Semua tamak kuasa. Takda agama, sebab tulah jadi gitu. Dia punya membawang lak, ehhh, tak boleh nak periksa dulu ke? Percaya aje bulat-bulat berita yang diterima. Memang ada gosip selalu diorang ni. Walaupun telefon takde, apa berita aje pun, cepat aje kau tahu kan. Heiibat ;p



Suka tengok hero dan heroin ni. Bercinta malu-malu je. Malu tapi mahu. So sweet tau. Choi Young ni kalau nak tengok Eun Soo macam curi-curi tengok. Nak pegang tangan malu, nak tengok mata malu, alahai, haha.

Yang heroin lak sebab datang dari zaman moden, memang lepas laku betul. Suka hati dia aje nak pandang, pegang orang semua.  Bercakap pun takda sopan santun macam perempuan zaman dulu.

I suka watak Eun Soo ni sebab dia periang walau dalam apa jua keadaan. Dia sakit ke sedih ke, dia pandai sorok perasaan dia. Manalah hero tak sayang kan.

Dan macam biasa, I memang suka tengok cerita pahlawan-pahlawan dan perang-perang gini, tapi hero kena sedap mata memandang lah.

The Woodalchi warriors - tentera terlatih yang memang ditugaskan untuk protect Raja. Taat dan patuh sungguh pada Raja. Gagah kan mereka?

Watak Choi Young ni remind kan I kat suami sendiri. Kalau dia gemuk sikit, mungkin I boleh lelap mata aje kata muka dia sama macam Lee Min Ho. Kahkahkah! Dari Akshay Kumar, terus tukar muka suami iras Lee Min Ho kau ye. Mana datang mata sepet lak nye?

 Yang beza, suami I tak tahulah dia pandai main pedang lawan-lawan macam Choi Young tu ke tak tapi dia punya malu-malu tu sama. Suka curi-curi pandang. Malu tapi mahu =p

Haha. Mampuih, dah terbawa-bawa watak Choi Young kat suami sendiri dah!

Boleh dikatakan cerita ni best walaupun belum habis lagi layan sampai episod 24. Sama best dengan Descendant of the Sun. Banyak action and at the same time ada selit scene romantik (kita suka hahaa), sedih, ada part  kelakar, hero heroin pun bercinta tak payah tergedik-gedik, over-over tapi mesej kasih sayang tu sampai.

I boleh ulang tengok, so memang best la kat I tu. Cerita ni I bagi 10 bintang =)

Selasa, 16 April 2019

Demam bayblade

Masuk mula-mula pindah dulu, hari-hari Reezqy berzikir nak gasing.

I dok imagine gasing ni yang Reezqy nak. Kan main post kat FB tanya mana jual gasing ni. Sekali makpak moden sekalian jawab, bukan gasing ni yang dicari, tapi bayblade.
Rupanya ini yang menjadi trend sekarang. Nampak nau tak cakna isu gasing ni. Haha. Bayblade atau gasing jepun ni yang menjadi idaman setiap anak bujang sekarang.

Oleh kerana kesian dah hari-hari tengok kawan main tapi dia takda, makan I orderlah satu kat Lazada. Ambik yang paling murah sebab I tahu, takkan lamanya dia main.

Punyalah riang time dapat tu. Memang keluar ayat manis aje, abang sayang mami, terima kasih mami, abang sayang mami.

Tapi beli murah ni tahu ajelah kualitinya tak berapa. So, senyap-senyap dia dengan bapaknya beli bayblade lain. Makin hari makin bertambah koleksi. Dengan bapak-bapaknya sekali dok main memekak dalam rumah.

Rayeesa pun siap sekali join,

Tije, duweee, satuuuu, ayo anchorkannnnnn!! (Tiga, dua, satu, ayuh hancurkannn)
Kan main ko dik, tak padan yang pelat.

Dia join juga tournament yang jiran lorong lain buat.

Dapat nombor dua dan dapat hadiah bayblade. Bertambah lah lagi koleksi bayblade. 

Sekarang ni kalau nak beli bayblade ajek Dedi aje dah. Dia kata bayblade mami beli tak best.

Yelah bang, dah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi kau yeee.

Isnin, 15 April 2019

Hari mencintai tempat kerja


Program office ni. Since ramai yang request dah lama takde Family Day, maka urusetia realisasikan lah. Terus tercipta program ini.

Penantian dua belas tahun katanya. Yang orang nanti family day, tapi yang ini I rasa lebih kepada Hari Sukan je ni. Apapun, tahniah Urusetia. I enjoy je. Orang lain tak tahulah.

Nak organize program ni bukan mudah. Yang pernah mengurus aje tahu rasanya.

Pada I senang je.
Nak orang support program kita, kita support program dia. Tu je.
Ayat tu juga I selalu cakap kat bos bila dia tanya, perlu pergi ke?
Tu ajelah aku bubuh setepek.
Haha.

Program dimulakan dengan registration. With my GCB. Dua orang takde sebab sibuk dengan tuntutan kerja.

Uniknya program ni, semua staf masak sendiri. Ala-ala kenduri gitu. Tumbangkan seekor lembu hasil sumbangan Aqiqah staf yang berminat.

Sesekali macam ni memang seronok. Selalu skema aje semua dengan tuntutan tugas, hari ni moh kita turun ke dapur. Terus kita ikut dress code orang dapur.

Since taknak join sukaneka, I pakai baju kurung kedah dan kain batik je. Senang nak buat kerja. Lagipun I ada masuk Gubahan sirih junjung, so, kena jugalah dengan tema.
Selain sukaneka, pelbagai pertandingan lain juga diadakan. Gubahan buah tembikai, gubahan bunga, anyaman ketupat dan gubahan sirih junjung yang I masuk tu.

Urusetia bersama Pengurusan Universiti meneliti hasil gubahan I dan partner. Since kena berpasangan, nasib I baik sebab Hajar ajak I jadi partner dia. Kalau tak memang penyertaan dah penuh dah.

Lauk haritu simple je. Gulai kawah daging dengan batang pisang, sayur campur, sambal belacan, ikan kering, air sirap. Yang paling best, takde meja VIP. Kena la para VIP beratur juga =p


Mak pengantin bersama team rewang busy di dapur.

Sambil masak, lari kejap ke meja gubahan sirih junjung. Tu juri tu tengah tengok I dan partner deco sirih junjung.

Amboi kan main riang Hajar. Yang baju putih tu cakap, kalau saya, saya pilih yang ini. Sirih junjung nya lengkap, ada kapur, pinang, gambir dan tembakau. Baru betul sirih junjungnya.



Yang join sukaneka memang meriah aje nampak semua. Alhamdulillah, walau tak semua yang join, tapi program meriah. Terima kasih hargai usaha dan penat lelah Urusetia dengan beri kerjasama turut serta.


Time program ni juga ramai yang tegur dan tanya I kenapa gemuk? Adoi la hai. Kisah betul dengan berat badan I diorang ni. Tu suka perhati  I lah tu. Sibuk ambil tahu kita gemuk. Suka kan sebenarnya kita gemuk?
Kan kan kan? ;)

Dulu kurus orang tanya, kau tak bahagia ke? Ni terlebih bahagia lah ni, tu yang gemuk.

Haha.

Alhamdulillah, diberi peluang merasa gemuk dan kurus. I enjoy aje dedua.

Hai husband! Dia join team sukaneka.

Yey, kita menang Hajar. Alhamdulillah, sirih junjung gubahan kami dapat menambat hari juri. 

Team pelaksana yang memeriahkan program dan menjadi juara keseluruhan. Tahniah semua =)

And last but not least,

Our simple and humble sirih junjung yang siap dalam masa 45 minit =)

Jumaat, 12 April 2019

Jangan tamak rezeki.

Salam jumaat barakah everybadi =)

Harini nak share tentang jangan tamak rezeki.
Bukan nak membawang pasal orang pun. Posting tentang diri sendiri je.

Mana yang kawan dengan I kat media sosial, memang dah tahu dah. I jual susu Farm Fresh UHT ni.
Tak pernah terfikir pun sebenarnya  nak menjual-jual ni walaupun kawan-kawan selalu je offer untuk I jualkan itu ini. Jawapan I tetap sama,

Kalau I ni tak kerja, memang I grab sebab boleh fokus kat business ja. Tapi since I ni makan gaji, I rasa bersalah kalau berniaga time kerja. Walaupun kita setakat balas-balas Whats App je, tapi tetap juga rasa bersalah sangat 
#acahacahgoodgood =(

So, kes terjual susu ni bermula sebab adik I berpantang dan tak  boleh minum sejuk.
Since ada ex-student (Jah) yang jual, kita order kat dia aje lah. Even nak pi ambil sendiri stok susu kat Puchong, Jah minta I cari lah kot ada orang nak order. If lebih dari 20 box, bolehlah dia hantar je ke Nilai.

Gigih lah mencari kawan-kawan yang nak membeli dan kita jual dengan harga yang Jah bagi kat kita tanpa mark up. Kahkahkah!

Maka, seronoklah kengkawan order kat kita sebab harga murah dan berbaloi beli. Kita siap buat delivery dan will make sure susu sampai ke tempat yang dijanjikan sebelum pukul 8.00 pagi.

Then, orang tetap terus nak order dengan kita. Siap cakap, ambil banyak takde diskaun ke?
Alahai, serba salah jadinya sebab dah la kita tak charge delivery tau, lepas tu harga kita bagi, harga dari supplier lagi, so memang minta maaf sesiap lah tak dapat beri diskaun dah =(

Jah pun siap marah kenapa I tak mark up. Dia kata, akak kalo mark up, tetiap bulan boleh beli  handbag baru tau.
Haha kau ni Jah.
Macam aku kisah tukar-tukar handbag ni! =p


Ada juga yang minta nombor Jah ni sebab nak deal direct.

Mula dulu, rasa berat hati juga nak beri nombor Jah, sebab tahu lepas ni mesti dah takde orang nak order dengan kita. Walaupun takdelah untung banyak mana, tapi rasa macam happy sangat tolong jual susu ni sebab dapat bantu orang beli dengan harga yang murah.

Walau berat hati, kita forward jugalah nombor Jah (dengan izin Jah).
Terdetik dalam hati, takpelah, semua orang kan rezeki dia Allah dah janji. Jika ada rezeki kita, ada la.

Tapi Allah dah kata, lagi kau berkongsi rezeki, lagi mudah la urusan dan rezeki kau
Alhamdulillah, makin ramai yang I share nombor Jah, order dekat I tetap aje ada.
Alhamdulilah  =)


So far, susu UHT Farm Fresh, ni favorite I. Sedap. Beli sekaton, ada 24pcs, so memang I layan sensorang ajelah sebab anak dan husband tak minum kopi.


Pujaan hati mami.

Pujaan hati mami - Jaga mereka baik-baik, 'Dia' jaga kita balik =)

Suatu masa dulu, Ku dibuai keliru
Terlena dengan dosa, Kau hadir melengkapi

Segala kekurangan, Di hati kau sejati
Biar berjuta halangan, Rela ku tempuhi

Ku genggam abadi
Demi cinta suci

Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu ku serah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini

Lahir sebuah mimpi
Dari satu misteri
Dirimu menantiku

Khamis, 11 April 2019

Tiga minggu lagi nak puasa


Salam semua,
Dalam tiga minggu  lagi, Insha Allah, umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.
=)

Kejap aje kan masa berlalu, kini bulan Ramadhan muncul kembali.

Semoga segala urusan kita di bulan puasa ini dipermudahkan.
Bangun sahur senang dan tidak lewat.
Dipermudahkan urusan menyediakan juadah berbuka.
Dilapangkan segala jalan untuk bertarawikh dan menggandakan segala amalan baik, Insha Allah.

=)

Isnin, 8 April 2019

My lost butterfly: Kisah pejuang kanser

Salam,

Nak share sebuah buku yang menarik untuk di baca kepada semua.

My Lost Butterfly. Hasil tulisan seorang Academician di tempat I bekerja. Kisah seorang pejuang kanser.  Penulisnya juga telah pergi menghadap Ilahi pada bulan Disember tahun lepas  =(

I tertarik nak baca bila kawan I yang sedang buat editing buku ni berkongsi tentang isi buku ni dan bagi tengok dummy. Sempat lah go through. Baru go through je pun dah tersentuh.

Then, dapat buku ni, terus baca. Satu hari dah habis baca. Setiap patah perkataan I baca satu-satu sebab takut termiss anything.  Dan ternyata, memang menyentuh hati kisah yang ditulis oleh Dr. J, penulis buku ini.

Dapatlah I faham, macam mana, arwah makcik I suffered dulu walaupun jenis kanser mereka tak sama =,(

Penulis juga walaupun dalam sakit, tetap aktif join running sana sini. Siap paksa diri berlari walau dalam sakit. Memang tinggi betul semangatnya.


Dear Dr., J,

Kita tidak saling mengenali walaupun kerja dalam satu company, tapi terima kasih kerana melalui buku ini dapat I menyelami emosi, kesakitan dan kepayahan yang dilalui oleh pejuang kanser.

Terima kasih Dr., melalui buku ini, I cuba memahami, setiap manusia Dia turunkan dugaan dalam pelbagai bentuk. Bahagian Dr. dah tertulis begitu, bahagian kami, belum tahu lagi ke mana akan dituju. Semoga kami sekuat Dr., menghadapai segala dugaan dan cabaran dari Dia.

La yukallifullahu nafsan illa wus’aha

Semoga Dr. tenang di sana. Semoga semua pesakit kanser dan semua pesakit dengan segala penyakit yang ada terus berjuang, kuat, tidak putus asa dan sentiasa percaya pada Qada dan Qadar Allah swt.

Semangat Dr. penguat kami untuk meneruskan kehidupan mendatang. Semoga Dr. menjadi rama-rama yang cantik dan indah di 'sana, aaaminnn.


Al- Fatihah.

~My Lost Butterfly oleh Dr. JIM ~

Jumaat, 5 April 2019

Keep fighting Abah!

Last week, our monthly routine, balik kampung I.
Walau macam mana sibuk, I'll make sure dalam bulan tu kena ada juga balik kampung I.

Anak-anak dah sekolah ni kan, commit dengan pelbagai aktiviti lak, emak bapak pun ada aje program di hujung minggu, so, terkadang tu, hujung minggu pun jadual penuh.

Tu kadang, I suka apply cuti seminggu, minta izin Azreen, balik kampung dengan anak-anak.
Hadap la muka ibu abah puas-puas =)

Minggu lepas adalah minggu birthday Abah. I sekeluarga dan adik nombor tiga aje balik. Adik nombor dua, busy pindah rumah. Adik bongsu outstation ke Filipina.

Cucu-cucu Atok Abu dan Nenek Ani =)

Sabtu malam tu, boleh pula black out.
Kelakar pula rasa malam tu. Tengah-tengah tengok tv tiba-tiba gelap gelita je.
Tak tentu arah semua lagi-lagi I la yang fobia gelap ni.
Terus terbayang, macam mana lah kita menghadap hari kiamat nanti.
Ya Allah, semoga pengakhiran kami semua Husnul Khotimah, Insha Allah.

Berkumpul lah kami kat luar rumah, bentang tikar malam tu menunggu elektrik ada semula dengan bertemankan lilin.
Macam-macam topik dibualkan.
Antaranya, mengajak abah cari baju melayu siap untuk hari raya.

Dalam gelak abah jawab:
Alah, entah ada entah tidak raya nanti.

Terus kami jawab,
Eh, Insha Allah sampai Raneeya, Rayeesa dan Ayra Hana kawin pun kami doakan Abah tetap ada dan sihat =)

Sedih rasa bila abah cakap macam tu.
T____T

Ya, abah memang sedang melawan sakit kencing manisnya.
Now dah fasa serang urat saraf, badan jadi tak kuat.
Nak berjalan pun payah, semua pergerakan menjadi terhad.
Abah pun dah tak keluar ke pasar, pergi kenduri atau ke kedai dah. Orang-orang kampung pun siap tanya Ibu, kenapa jarang jumpa Abah dah.

Macam tu lah keadaan Abah sekarang. Hanya duduk di rumah sebab kalau keluar takut nanti jatuh.

Dalam gelak juga dia tanya,
Takda kek ke hari ni (birthday abah esoknya)

Kami jawab, takda!
Siap cakap, alah, birthday kiteorang takda pun abah beli kek =p
Abah gelak besar ajelah dan cakap, tarikh birthday korang pun abah ingat-ingat lupa, macam mana pula nak belik keknya.


Esok paginya, lepas sarapan, kami suruh abah dan ibu bersiap sebab kata nak pergi melawat adik kedua yang berpindah rumah dan dalam masa yang sama kami plan nak sambut birthday Abah.

Happy je Abah bila tahu ada kek, padahal dia makan sesudu aje pun.

Mana boleh kami lupa birthday Abah lah.
;)

Yang best, budak kedai tu siap buka lagu happy birthday dan nyanyi sekali. Happy abah orang celebrate birthday dia. Customer kedai terpaksa dengar lagu birthday. Agak lama juga budak-budak ni pasang.

Selamat hari lahir Abah. Kami doakan Abah akan bertambah sihat.
Rindu nak tengok Abah bawa motor pergi ke kedai melayan ragam cucu-cucu kat kedai =(



Selasa, 2 April 2019

His birthday.

2 April 2019, today is his birthday.
Happy 36th birthday, love!

Banyak yang I plan untuk birthday dia, tapi bila fikir balik yang dia sibuk, kang surprise ke mana, dia pun tah ke mana.

So, bangun pagi ni, I just hug him dan wish happy birthday. Lepas tu tanya, you nak hadiah apa?
Haha.

Sangat direct to the point. Nampak sangat, I malas nak fikir. Dia gelak ajelah.

While having breakfast, I cakap kat the kids, hari ini birthday Daddy, terus Reezqy senyum dan cakap,

Yey, birthday Daddy. Lepas ni birthday Abang lak. Abang nak kek dinosur tau Mami. Abang nak sambut dengan kawan kat sekolah.

Helloooooo, orang cerita pasal birthday Daddy nak oii.

Terus cerita nak sambut birthday Reezqy overshadow the Birthday Boy.

Nasib lah kan, siapa suruh kongsi bulan harijadi.
Sorry, Daddy terpaksa menepi la bagi laluan kat cerita birthday Reezqy. 

My April babies, termasuk kakak Raneeya juga. So, kita sambut sekali je lah ye nanti. Senang! Takdelah kang keluar statement, Mami sayang Daddy banyak, Mami sayang Abang banyak, kakak tak, haha.




Sekarang ni, I tengah layan dua cerita ni sebab kami dah malas nak pasang Astro. Cerita ni kegilaan adik-adik I dulu dan para wanita di luar sana. Baru sekarang I terasa nak tengok =p

Yes, I kagum dengan kehandsoman  Lee Min Ho  dan kecomelan Song Joong-ki, patutlah semua tergila-gila. I love the storyline. Comel dan cute je. Dua jalan cerita berbeza, tapi seronok untuk ditonton. Sweet love story, banyak sweet moment, dan part sedih memang I nangis betul. See, sangat menjiwai!

Suami-suami patut layan drama-drama Korea juga or drama-drama cinta, barulah kau boleh acah-acah sweet dengan para Isteri dan selami hati mereka. Ni dok keras kejung, cakap sepuluh kali pun tak paham-paham (Hi suami!) ;p

Ok, point utama yang I nak highlight kat sini untuk My Love,

Walaupun Hero dalam cerita tu handsome dan comel,
Walaupun you selalu jelous dengan mereka sebab I asyiklah tengok mereka,

Ketahuilah,
Nothing can replace you,
Don't worry, I ni setia pada yang satu. Kalau dah suka yang itu, yang itu ajelah.

Walaupun you selalu tanya, kalau I mati you macam mana,
Dan I jawab, of course I kahwin lain sebab I tak nak jadi janda lama-lama,
Ketahuilah,
Itu hanya kat mulut je =(
Dalam hati ni, I hate that question (damn you!!)

Doalah kita sama-sama pergi dijemput Dia ya.
I tak nak sensorang kat dunia ni kalau you takda.

Happy birthday B.
Jaga kesihatan, jaga diri,
Semoga kasih sayang kita kekal hingga ke Jannah kerana Allah.

Awak jaga saya baik-baik,
Saya jaga awak balik ;)
1 4 3!