Meh nak share tentang tengok drama lama lagi.
Drama Korea yang ditayang tahun 2012 dulu, barulah sekarang kita tengok.
Haha.
Drama Faith atau The Great Doctor lakonan Lee Min Ho (Choi Young) dan Kim Hee Sun (Eun Soo).
Eh, try juga tengok lakonan Min-ho ni dalam cerita Boys over Flower tu, tapi dah tetua layan cerita budak, macam tak kena aje rasanya.
Nasib layan cerita ni ok, so dapat lah juga release stress mana yang patut.
Sinopsis Faith:
Eun Soo, seorang doktor pembedahan kosmetik dibawa ke Zaman Goryeo oleh Choi Young sebab nak bantu selamatkan Permaisuri yang cedera diserang. Dia janji akan hantar Eun Soo lepas semua selesai tapi sebab Raja termakan hasutan Pembesar (kuat bodek betul) dia yang dia boleh gunakan Eun Soo untuk dapatkan support rakyat, so, dia tahan Choi Young dari hantar balik Eun Soo. Ngikut ajelah si Choi Young ni tak membantah.
So, bila ada orang yang pelik di zaman tu, for sure lah akan tarik perhatian ramai orang. Ada yang nak gunakan kepakaran Eun Soo ni, ada yang nak gunakan Eun Soo untuk pergi zaman moden, eh dan macam-macam halanganlah yang Eun Soo ni kena tempuh. Sebab dah janji dengan Eun Soo akan hantar dia, so Choi Young ni memang kerja dia protect Eun Soo ajelah then jatuh cinta ;)
Baca kat Wiki rating drama ni tak tinggi pun mungkin sebab cerita tentang sejarah so orang tak berapa minat tapi drama ni ada menang Best Korean Drama (2014). Pelakon lelaki dan wanita juga menang Top Excellent Awards (2012). Drama ni juga guna kos yang banyak. Tengok ajelah costume, peralatan dan lokasi semua, mau tak pakai banyak belanja. Sebab tulah orang tak suka buat cerita sejarah agaknya, kos tinggi!
I siap fikir asyik berlawan aje, bila masa diorang mandi. Ehhh, tak geli ke dah berdarah-darah peluk-peluk. Kahkahkah. Suka berimaginasi terlebih tau!
Lepas tu, hasad dengki, Ya Allah, teruk yang amat. Semua tamak kuasa. Takda agama, sebab tulah jadi gitu. Dia punya membawang lak, ehhh, tak boleh nak periksa dulu ke? Percaya aje bulat-bulat berita yang diterima. Memang ada gosip selalu diorang ni. Walaupun telefon takde, apa berita aje pun, cepat aje kau tahu kan. Heiibat ;p
Yang heroin lak sebab datang dari zaman moden, memang lepas laku betul. Suka hati dia aje nak pandang, pegang orang semua. Bercakap pun takda sopan santun macam perempuan zaman dulu.
I suka watak Eun Soo ni sebab dia periang walau dalam apa jua keadaan. Dia sakit ke sedih ke, dia pandai sorok perasaan dia. Manalah hero tak sayang kan.
Dan macam biasa, I memang suka tengok cerita pahlawan-pahlawan dan perang-perang gini, tapi hero kena sedap mata memandang lah.
The Woodalchi warriors - tentera terlatih yang memang ditugaskan untuk protect Raja. Taat dan patuh sungguh pada Raja. Gagah kan mereka?
Watak Choi Young ni remind kan I kat suami sendiri. Kalau dia gemuk sikit, mungkin I boleh lelap mata aje kata muka dia sama macam Lee Min Ho. Kahkahkah! Dari Akshay Kumar, terus tukar muka suami iras Lee Min Ho kau ye. Mana datang mata sepet lak nye?
Yang beza, suami I tak tahulah dia pandai main pedang lawan-lawan macam Choi Young tu ke tak tapi dia punya malu-malu tu sama. Suka curi-curi pandang. Malu tapi mahu =p
Haha. Mampuih, dah terbawa-bawa watak Choi Young kat suami sendiri dah!
Boleh dikatakan cerita ni best walaupun belum habis lagi layan sampai episod 24. Sama best dengan Descendant of the Sun. Banyak action and at the same time ada selit scene romantik (kita suka hahaa), sedih, ada part kelakar, hero heroin pun bercinta tak payah tergedik-gedik, over-over tapi mesej kasih sayang tu sampai.
I boleh ulang tengok, so memang best la kat I tu. Cerita ni I bagi 10 bintang =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan