Salam,
Nak share sebuah buku yang menarik untuk di baca kepada semua.
My Lost Butterfly. Hasil tulisan seorang Academician di tempat I bekerja. Kisah seorang pejuang kanser. Penulisnya juga telah pergi menghadap Ilahi pada bulan Disember tahun lepas =(
I tertarik nak baca bila kawan I yang sedang buat editing buku ni berkongsi tentang isi buku ni dan bagi tengok dummy. Sempat lah go through. Baru go through je pun dah tersentuh.
Then, dapat buku ni, terus baca. Satu hari dah habis baca. Setiap patah perkataan I baca satu-satu sebab takut termiss anything. Dan ternyata, memang menyentuh hati kisah yang ditulis oleh Dr. J, penulis buku ini.
Dapatlah I faham, macam mana, arwah makcik I suffered dulu walaupun jenis kanser mereka tak sama =,(
Penulis juga walaupun dalam sakit, tetap aktif join running sana sini. Siap paksa diri berlari walau dalam sakit. Memang tinggi betul semangatnya.
Dear Dr., J,
Kita tidak saling mengenali walaupun kerja dalam satu company, tapi terima kasih kerana melalui buku ini dapat I menyelami emosi, kesakitan dan kepayahan yang dilalui oleh pejuang kanser.
Terima kasih Dr., melalui buku ini, I cuba memahami, setiap manusia Dia turunkan dugaan dalam pelbagai bentuk. Bahagian Dr. dah tertulis begitu, bahagian kami, belum tahu lagi ke mana akan dituju. Semoga kami sekuat Dr., menghadapai segala dugaan dan cabaran dari Dia.
La yukallifullahu nafsan illa wus’aha
Semoga Dr. tenang di sana. Semoga semua pesakit kanser dan semua pesakit dengan segala penyakit yang ada terus berjuang, kuat, tidak putus asa dan sentiasa percaya pada Qada dan Qadar Allah swt.
Semangat Dr. penguat kami untuk meneruskan kehidupan mendatang. Semoga Dr. menjadi rama-rama yang cantik dan indah di 'sana, aaaminnn.
Al- Fatihah.
~My Lost Butterfly oleh Dr. JIM ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan