Jumaat, 15 Mac 2019

Raneeya: sukaneka sekolah

Minggu lepas Raneeya busy dengan pemilihan sukaneka sekolah. Dari hari Selasa sampai Khamis dia berlatih. Balik petang Jumaat tu dia excited beritahu, kakak terpilih masuk lari baling pundi kacang. Nanti  Mami dan Dedi datang tengok tau.

Allahuuu nak, kakak dah masuk sekolah rendah dah kak.
Sukan sekolah ni jarang emak dan bapak  pergi tengok, lagi-lagi dibuat waktu sesi P&P dan hari bekerja.

Dia memang frust bila kita bagi tahu macam tu, terus keluar ayat:

Kalau Reezqy boleh je mami dan dedi pergi tengok,
Kakak semua tak boleh. 

Hai lah hai. Takde niat pun nak pilih-pilih kasih. As parents, kita ni sedaya upaya tunaikan apa permintaan anak-anak selagi tak melapaui batas.


Maka, demi menunaikan permintaan anak, kita gagahkan diri juga lah pergi. Dah la bapaknya pagi tu nak pergi kursus. Sukanlah lambat start, kena la sama-sama menunggu.

See, muka happy nampak makpak datang =)
Siap pesan tunggu sampai acara dia habis.

Acaranya start lambat sebab cikgu lepaskan acara anak-anak darjah satu dulu. Berpeluh ketiak makpak menunggu.

Seronok tengok keletah anak-anak bersukaneka.
Yang ikut mood sendiri je.
Yang kawan-kawan dah usaha bagi menang, part dia dia buat sambil lewa macam pergi bersiar-siar.
Yang menguap-nguap tunggu kawan. Time sukan pun ngantuk ye nak!

Cikgu pun kan main bersemangat handle anak-anak Tahap 1.
Cikgu rumah merah garang betul. Tu yang nampak belakang tu.

Tahniah kakak & team.
Menang pingat emas untuk acara dia.
Berbaloi Mami dan Dedi menunggu di tengah panas.

1 ulasan: