Kendurian ni adalah program kat office.
Kendurian bermaksud Kenduri Durian.
Dua program berbeza, yang satu I was the Organizer, dan program yang satu lagi kita adalah Ahli je.
Program santai ramah mesra sesama Staf je sambil makan buahan bermusim. Nasiblah Nilai ni dekat dengan kawasan buahan bermusim, maka senang juga dapat bekalan buah-buahan.
Buah durian untuk program ni, durian kampung datang dari Beranang, Selangor. Isi tidaklah sehebat Musang King, tapi manis sedap di makan je.
Next program I tak dapat tunggu sampai majlis mula. Hanya datang bantu setting sikit-sikit sebelum majlis, then kena masuk office. Durian kali ini datang dari Gombak.
Kalau dulu, I sanggu tunggu musim durian, beriya beli durian sebab suka makan. Sekarang ni, mungkin juga faktor umur, dah tak berapa teruja pun tengok durian ni. Setakat makan seulas dua, dah! Takde dah beriya boleh makan sampai 5-6 biji sekaligus macam dulu.
While bantu Urusetia setting tempat program, yang ini lagi buat I teruja. Haha. Petik sayur-sayur!
Ya Allah, geram betul tengok sayuran hijau ni. Semua sayur ditanam oleh staf. Kan main hijau gebu sayurnya. Dah disuruh kita petik kalau nak, maka laju ajelah kita.
Ada juga cuba tanam dua tiga jenis sayuran dalam pasu kat rumah, tak tahulah sebab musim panas, atau tangan ni panas, pokok sayurnya pun hidup segan mati tak mahu.
Haha.
Sedapnya.Betul.Semakin berusia keghairahan menikmati buah-buahan terpaksa di kawal..hehehehe.
BalasPadamYa Allah durian....
BalasPadamnieyl suka durian seorang boleh makan 3 biji hahaha