Khamis, 21 Mac 2019

Anak, soon, they'll surely leave..

Hakikat yang kita selalu lupa--
anak2 "ada" dengan kita 12 tahun je.
.
Lepas 12 tahun, mereka mula lebih fokus kepada kawan2.
Lepas tu dah sibuk menjaga hati pasangan dan rakan sekerja.
Tak lama lepas tu, sibuk fokus keluarga dan anak2 mereka sendiri pula.
.
Semakin lama, ranking kita dalam hati mereka semakin rendah.
.
Tak percaya?

Baca lebih lanjut tulisan ADLIL RAJIAH

-----------------------------------------------------------------------------


Bila baca tulisan Adlil Rajiah tu, terus teringat kat anak sendiri.
Terus rasa bersalah sebab memang hari-hari rasa yang diri ni memang bukan Ommak idaman anak-anak sedunia T_T


Tapi bila tanya Raneeya dan Reezqy, kalau Mami mati, nanti seronoklah abang dengan kakak dapat Mami baru, diorang jawab,

Taknakk. Nak Mami jee (sambil muka sedih)

Haha. Sayang juga korang dengan Ommak yang suara macam halilintar ni ye.

Azreen pun kalau boleh luah, memang dia pun rasa menyesal agaknya beristerikan I (Hai my silent reader, my blog stalker and my silent fan!)

24 jam manjang, berleter. Bukan takat anak, bapaknya sekali pun terpalit sama.
I tahu dia selalu stress walaupun dia tak tunjuk. Sampai nak tidur pun kang, ada je.

You dah buang sampah B?
Pintu dan kunci?
You dah mandi ke belum ni? 
Haha.

Sabar je lah B.
Nanti kalau I pegi dulu, suara ni lah yang you akan paling rindu.
Terngiang-ngiang tau suara I selalu.
Tahu?

Baca tulisan kat atas tu juga, mengingatkan I kat Ibu Abah.
=(


Perasaan diorang sekarang ni sebab anak-anak semua duduk jauh.
Yang dah berkeluarga dengan urusan keluarganya.
Yang bujang, takde depan mata.

Mesti dorang rindu, gelak tawa anak-anak yang dulu duduk serumah.
Dulu ada depan mata, sekarang seminggu atau dua minggu sekali baru dapat bertentang mata.

=(

I juga akan rasa apa yang diorang rasa sampai masanya nanti.
Sedihnya.

Abah pun sekarang makin dah tak sihat.
Kadang I macam tak dapat nak terima abah dah tak kuat.
I nak Abah I yang masih kuat seperti dulu. Yang sentiasa ke sini sana. Yang riang melayan cucu-cucunya. Yang boleh bergelak sama ketawa terbahak-bahak tengok Raja Lawak.
I nak Abah yang dulu.

Masa mula Abah sakit haritu,  bila masuk rumah, tengok Abah yang dah susut, lepas tu nak jalan pun macam susah, I speechless.

Tak tahu nak react macam mana. Takkan nak nangis lak depan Abah.
Nak balik pun berat hati.
One thing for sure, I takut nak hadap andai apa yang I tak nak  berlaku, akan berlaku.
=,(




Tiada ulasan:

Catat Ulasan