Rabu, 29 Julai 2015

Isnin, 27 Julai 2015

Ais dan gula punca berat badan berlebihan.

Bulan puasa hari tu, try buat eksperimen. Kurangkan ais, dan cuba kurangkan gula. Tapi ada gak la terlajak sekali-sekala pi togok ais dan makan yang manis-manis. Nasi tetap makan, tapi kurangkan lah.

Kalau berbuka rumah mertua, bila mak suruh makan nasi, memang makan macam biasa ja sebab tak nak derhaka tapi balik, work out sesikit untuk hilangkan rasa bersalah ambil nasi berlebihan.

Result memang memberangsangkan. Haha. Sebulan dapat kurang 5 kilo.
Kemain senyum lebar time tu. Banggalah (baca perlahan-lahan, bangga, bukan bangla tau) konon.

Eloknya je 1 Syawal, beraya satu hari non-stop, belasah ais, air manis bergas, ketupat, rendang, lemang, segala mak nenek lemak, ambik kau, naik balik dua kilo dalam satu hari je.

T___T

Nak turun berat badan tu kan mainlah payah, nak naik, kemain, sekejapan je dia.

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang nak kurangkan berat badan, sila lah jangan sentuh ais dan sila kurangkan gula dalam air atau makanan. Memang membantu sangat.

=)


Jumaat, 24 Julai 2015

5 tahun menyulam menyelam cinta!

Hai B!
Happy anniversary.

Hai B,
Alhamdulillah, dalam jatuh bangun kita, cinta kita semakin menjadi-jadi utuhnya.
Haha.

Hai B,
Terima kasih, untuk segalanya. Baik yang wangi, atau yang busuk, baik yang baik atau yang buruk.
Terima kasih daun keladi, jangan nak menggatal nak menambah isteri. Eh!


Hai B,
I love you until syurgawi, Insha Allah.


p/s: Hoi, mood raya ni. Mana ada masa nak taip cintan cintun lah!
Kahkahkah.

Isnin, 20 Julai 2015

Cerita Raya 2015: Raya Pertama hingga Raya Ketiga

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua.
=)

Semoga semuanya bergembira menyambut lebaran dengan keluarga  tercinta. I pun macam tu. Even dalam hati rasa malas nak raya, masih terasa sedih lagi dengan kehilangan mak, tapi bila fikirkan suami dan anak serta ibu abah yang masih ada lagi, kenalah juga happy kan diri ini. Yang pergi tetap pergi, kita yang tinggal tetap kena teruskan kehidupan kan?


Hari Raya Pertama

So, tahun ini, turn beraya di rumah I. Alah, raya turn siapa pun, pada kami sekeluarga sama je. Hari raya pertama tetap dah ada di kedua-dua belah rumah mak bapak masing-masing. Haha. Dekat kan, apa ada hal?


Tema raya tahun ini adalah hitam. Awal tahun haritu, I tanya ibu, nak pakai baju warna apa tahun ni, ibu jawab hitam. So, kami pun ikut ajalah tema ibu even dah pernah guna warna ni dulu. Azreen malas nak beli baju melayu sebab dia kata nak  buat apa baju melayu warna hitam banyak-banyak, so dia pakai je lah baju raya yang dulu. 

Kebetulan pula, pilih tema hitam, mak pun pergi tahun ni, so tema hitam ni seakan berkabung lah bagi kami. =(

Budak dua ketul yang dah pandai memilih lahai nak kasut apa, nak baju apa. Kita layankan ajelah semua. Seorang baru 4 tahun dan seorang lagi baru dua tahun nak merasa berhari raya.

Sabtu, 18 Julai 2015

Selamat Hari Raya!


Ramadhan akan berlalu pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf kekhilafan diri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
=)

Selasa, 14 Julai 2015

Khamis, 9 Julai 2015

Lagi, gambar digunakan tanpa izin.

http://mynewsvibes.blogspot.com/2015/05/apa-yang-menyebabkan-orang-perempuan.html


Sekali lagi, gambar digunakan tanpa kebenaran.
Malas nak bising-bising.
Sendiri mau ingatlah kan bila dah guna gambar orang tu.

 

Selasa, 7 Julai 2015

9 tahun.

Alhamdulillah.
Masih lagi diberi peluang untuk mencari rezeki di sini.
=)

Isnin, 6 Julai 2015

Resipi: Soda pudina lemon berlongan.


Dari sehari ke sehari I nak buat air  resipi si Wahida ni, tapi tak juga buat-buat. Manjang tak cukup je bahannya. Daun pudina ada, lemon takda. Lemon ada, ais krim soda lak tak jumpa. Hai la hai.

Alhamdulillah, time Iftar dengan saudara-mara kat Melaka haritu, tercapai juga hasrat nak buat air ni. Since I tahu pakcik I, si tokey air, dah confirm air dia ada macam-macam jenis, so, air I tu I  bancuh sebotol je lah. Konon  I dan husband je lah nak merasa.


Tapi tak sangka betul, air yang I buat tu menjadi rebutan semua sampai tak laku air yang pakcik I buat. I dengan husband dapat minum seorang secawan je. Ampun lah pakcik ya sebab air tu jadi rebutan dan menewaskan 4 jenis air pakcik yang lainnya. Haha.

So, meh kita kongsi resipi air yang sedap dan jadi rebutan tu. Mudah nau-nau sangat nak membuatnya. Rasa pun sangat menyegarkan.

Bahan-bahan:

1 botol besar  Air Ais krim soda
2 biji Lemon
Segenggam daun pudina
1 tin buah longan (airnya dibuang)


Cara-cara:


Campur semua bahan dalam satu juga. Kacau bagi sebati. Tunggu waktu berbuka. Minum dan nikmatinya. Mmmmmm so refreshing!

Selamat mencuba!


Khamis, 2 Julai 2015

Gadis pentas.

Setiap lantikan, dari sekecil-kecil jawatan atau jawatankuasa hingga ke sebesar-besarnya, semua ada peranan untuk dijayakan dan amanah yang perlu ditunaikan. Maka, laksanakanlah ia sebaik mungkin kerana lantikan adalah tanda kepercayaan dan ia menunjukkan keikhlasan kita dalam menunaikan arahan.

Ewah, kan main lagi.
Haha.

Itu pendapat I lah. Untuk setiap jawatankuasa yang kita dilantik, dari sebagai Pengarah Program hatta penyambut tetamu je pun, semuanya perlu digalas dengan sebaik mungkin. Takda jawatan yang kecil, pincanglah si jawatan yang besar. Kedua-duanya saling melengkapi dan memerlukan. Dalam pada masa yang sama juga, melalui lantikan jawatankuasa ni, kita dapat banyak belajar banyak perkara dan  benda.

Ingat lagi dulu, masa mula-mula masuk kerja, I selalu dilantik sebagai Penyambut Tetamu untuk program yang dianjurkan oleh company. Ada orang tak suka benda ni sebab rasa macam malaslah, apalah, nak kena sambut-sambut orang, nak kena senyum-senyum, manis-manis muka semua. 

Tapi pada I, I suka ja. Malah, kalau dilihat dari lantikan itu, banyak benda yang kita  boleh belajar sebenarnya. Belajar dan bulid rasa confident berhadapan dengan orang, belajar tentang jenis-jenis manusia, belajar tentang protokol dan macam-macam lagi lah.

Rabu, 1 Julai 2015

Review: Faruq Studio si photographer.

Harini nak bercerita tentang seorang photographer yang I kenal dari dia bertatih-tatih lagi sebagai photographer hingga sekarang iaitu Faruq Studio. 

Dari dulu dia  selalu jadikan I bahan uji kaji kameranya, hinggalah sekarang, dah beranak-pinak pun, dia tetap juga suka gunakan I sebagai bahan eksperimen. Haha.

Masa single-mingle dulu, banyak juga lah gambar I di snap, tapi malas pula nak pi peghobek folder lama, so kita post gambar yang dah memang ada dalam blog je lah.


Gambar pre-wedding, memang dia yang ambil dulu. Ada kisahnya lah dulu gambar pre wedding ni, tapi disebabkan nak membantu mengasah skill dia, kita bagi juga lah peluang. I suka je semua gambar.

Maternity Shoot, pun dengan Dia. Sampai terpeleot-peleot kaki I dibuatnya sebab nak menghidupkan photoshoot ini. Haha.

Iman Raneeya Setahun.

Iman Reezqy setahun.

Hinggalah dah beranak-pinak, Faruq tetap setia mendapatkan khidmat I sekeluarga. Haha. Dah terbalik pula dah. Apapun, I sentiasa puas hati dengan gambar-gambar yang diambilnya. Semoga Faruq terus maju membina kerjayanya.



So, kepada sesiapa yang nak mendapatkan khidmat photographer, silalah jangan malu-malu pi jumpa Faruq ya. PM Faruq tau. Jangan PM I. Kalau PM I,  nasib korang lah I promote kambing bakar kat korang. Haha. 


http://faruqstudio.blogspot.com/