Sabtu, 30 Ogos 2014
Salam Merdeka!
Alhamdulillah, dengan segala ujian, kemajuan, kejayaan yang datang dan pergi,
Sekali lagi, Malaysia menyambut kemerdekaannya.
Semoga Malaysia akan terus aman, damai dan tenang,
Semoga rakyat Malaysia akan terus berSATUPADU tak kira apa fahaman politiknya,
Semoga Malaysia akan sentiasa nombor SATU dalam segala aspek yang lebih kepada kebaikan di mata dunia.
Semoga Malaysia sentiasa dijauhkan dari musibah yang bukan-bukan.
Insha Allah.
p/s: Tak dapat nak bayangkan nasib kita semua, lagi-lagi anak-anak kita yang baru nak mengenal dunia tu kalau Malaysia berantakan. =(
Jumaat, 29 Ogos 2014
Tiba masa Iman Reezqy pula ke taska nanti.
Adik! |
Harap-harap adik ok lah nanti sebab pengalaman si kakak dulu, almost dua bulan lebih juga dia meraung pergi taska dan ambil masa untuk biasakan diri dengan rutin taska.
Hmm, anak ketiga nanti, terus hantar taska jelah. Senang sebab dari kecil dia dah biasa dengan environment taska.
=)
Rabu, 27 Ogos 2014
Masak sendiri jamu tetamu.
I ada buat makan-makan sikit haritu. Ingat nak buat sidang by sidang since rumah comel plus, bila jemput sidang by sidang, kita takdelah sibuk sangat dan dapatlah melayan tetamu sebaik mungkin (yang benarnye nak berborak sakan hahaha). Tapi bila fikir balik, Syawal pun tinggal berapa hari je dan mood pun kejap rasa nak buat kejap rasa malas, maka kita buat je lah sekali harung, jemput semua datang. Tetamu adalah dalam 50-60 orang termasuk budak-budak.
Since I buat malam, menu untuk malam tu memang yang simple (nampak macam simple, tapi penyediaannya renyah juga) je lah.
1. Nasi impit
2. Kuah kacang - minta tolong MIL buat sebab masih tak yakin nak buat kuah kacang
3. Rendang ayam tapi last minit tukar ke ayam masak merah sebab bahan tak cukup dan Azreen malas nak pergi kedai.
4. Sup untuk dimakan sama ada dengan nasi impit, mee atau bihun
5. Begedil
6. Cucur udang daun kucai

Isnin, 25 Ogos 2014
Jumaat, 22 Ogos 2014
Khamis, 21 Ogos 2014
SUKUM 39 di UTM Skudai.
Bersukan ni, ibarat macam nak ambil exam.
Kau study sungguh-sungguh, siang malam baca buku, buat latihan, duduki peperiksaan, cuba yang terbaik, alih-alih result exam gagal.
Tak nangis kau?
Tak luluh hati kau?
Gitu jugalah time I pergi mengadap game ni haritu. Dah korban terawih masa di bulan puasa sebab training malam, korban masa bersama keluarga, tinggal anak suami semua, debar-debar nak hadap pihak lawan, kemudian berlawan macam nak mati dalam dalam game, berjuang habis-habisan, sekali gagal. Maunya I tak nangis? Maunya I tak frust?
Tak terluah dek kata oi dia punya frust tu. Macam putus cinta gamaknya!

Best je team lelaki dapat pingat perak, so kita tumpang lah kemenangan diorang sambil menebus kesedihan. |
Dapat pingat, dapatlah diorang naik stage. Kita jeles sangat! |
Rabu, 20 Ogos 2014
Apa khabarmu suami?
Semasa di Johor haritu, hari ketiga baru I call buat-buat tanya khabar suami dan anak-anak bila I takde. Haha. Kejam kan?
Bukan nak bertindak kejam, tapi tak nak ganggu kosentrasi I nak hadap game dan nak bagi ruang pada suami dan anak-anak BERAMAS mesra. Haha.
Turunnya dari bas hari balik tu, Azreen dah tunggu sesiap tepi jalan dengan the Imans. Touching sangat haritu bila tengok adik sebab dia siap tenung I lama, mungkin nak recall balik kot siapa pula perempuan cantik kat depan dia ni. Haha. Lama dia tenung, lepas tu senyum malu-malu adik lari kat I. Halahaiiii adik!

Selasa, 19 Ogos 2014
Salah ke letak gambar dalam blog?
Ewah-ewah, kemain!
Gambar siapa tu?
Cuba perhati cepat!
Tah apa lah yang diorang suka gambar ni sangat pun I tak tahu. Kalau dulu KES INI, sekarang dapat kes baru pulak.
Khamis, 14 Ogos 2014
Save the date: IFTAR DI LUAR.
Salam uols!
Bersiaran dari UTM, Skudai lah kita niari ye.
Sekejap lagi I ada game. Doakanlah ya, supaya kami berjaya, Insha Allah =)
Harini nak post cerita Iftar di luar yang lepas.
Ada plan beberapa kali untuk Iftar di luar. Ada yang jadi dan ada yang tak. Biasalah kan, kita ni hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan.

Selasa, 12 Ogos 2014
Salam di pagi Syawal.
Kalau nak compare salam raya family I dengan family Azreen, memang banyak beza sangat even dua-dua abah I ni sama 'pesen' jenis tak boleh jumpa mic, kalau jumpa memang tak reti berenti bercakapnya. Haha.
Family I jenis salam, minta maaf, salam, cium tangan. Itu jelah. Time salam pun boleh gelak-gelak bagai semua, lepas salam semua mengelupur pi cari makan.
Berbeza dengan famili Pak Mejar ni, tiap kali I nak raya kat sini, confirm pagi-pagi raya I dah rangka karangan nak cakap apa dah time salam FIL I sambil iron baju. Siap tidur pun boleh mimpi I cakap apa sebab mimpi tolong sama ingatkan I =,)

Isnin, 11 Ogos 2014
Pesanan untuk suami.
Pengantin Lelaki saya. ;) |
Dua hari je lagi nak pergi UTM dah. Dari semalam dan pesan macam-macam kat Azreen. Siap repeat banyak kali dah jadi macam dialog lak.
B,
Back kura-kura ni ada baju raya tau awak nak pergi raya rumah Paklang nanti. Kemeja misai adik dengan jumpsuit jalur-jalur kakak tu awak pakaikan diorang time nak pergi nanti. Baju salin untuk siang hari pun ada, kalau nak mandikan untuk malam pun ada baju tidur dalam tu sekali. Napkin dalam tu nanti buat tuala mandi. Sabun dalam botol colgate kecik. Nak pergi nanti jangan lupa masukkan bedak dan beg mekap dorang sekali. Awak jangan nak masuk baju lain lak dalam tu. Ni memang untuk pergi raya tu je. Bakul susu nanti jangan lupa ye.
Jumaat, 8 Ogos 2014
Kenangan zaman kanak-kanak korang?
Apa kenangan korang masa zaman budak-budak dulu? Ada tak macam kat bawah ni?
1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
Khamis, 7 Ogos 2014
Oh Lijiki!
Lagi 5 hari je lagi ni nak ninggalkan anak dan suami pergi bersokan. Macam mana dupdapdupdap nya hati I nak ngadap game, gitu jugalah samanya dupdapdupdap nak ninggalkan suami dan anak-anak. Paling triple dupdap nye nak tinggalkan si adik, Iman Reezqy atau kakak dia sebut LIJIKI.
Kakak, tak risau mana sebab since dari baby lagi dia dah biasa ditinggalkan sebab I dulu kan time Iman Raneeya lahir, I selalu takda sebab hadir class di hujung minggu. Tambah pula dia dah biasa ditinggalkan di kampung dalam seminggu dua kalau Neneknya nak melepas rindu. So, kakak memang ada ke takda I, dia ok je lah, takde dia ambil kisah pun.
Dadddy? Lagi lah tak payah risau. Tinggalkan dia kat rumah Mak dia kan? Memang dia punya perasaan anak bongsu tu datang baliklah. Maka dapatlah dia bermanja-manjaan dengan Mak dia dalam 4 5 hari time I takda.
Adik ni!
Dah lah dia ni I dapat BF kan almost 6 bulan on off, so chemistry between dia dengan I tu tau-tau jelah kan cemana. Lepas tu sepanjang 15 bulan ni, tidur dia memang berteman I sokmo je. Kalau kena tinggal pun time siang, malam memang berkepit di bawah ketiak ni jelah. Masuk hospital pun, I jugalah yang mengadap dia. Hmmm, tak tahu lah jadi macam mana I tinggalkan dia dengan Daddy dan MIL nanti.
Azreen asyik ngadap I je tanya macam mana ni nanti?
I pula tak tahu nak bagi jawapan tapi soalan balik Azreen, macam mana ea?
Haha.
Apapun, harap-harap, adik dapatlah biasakan diri dia tanpa I untuk 4 5 hari tu nanti hendaknya.
T__T
Tahun depan kena pregnantlah nampaknya ni, so tak payah dah pergi sukan-sukan lagi.
Eh!
Rabu, 6 Ogos 2014
Iman Raneeya bagi duit raya.
Sila fokus pada handbag Iman Raneeya. |
Bila kira balik duit raya Iman Raneeya hari tu, compare dengan adik dia, duit raya Iman memang short gila banyak! Tah pada sesape lah dia pergi sedekah agaknya.
I memang dah agak dah sebab since kak Iman dah ada handbag yang dia pegang dalam gambar tu, angpau yang diterima memang dia tak bagi I. Menjerit-jerit dia kalau I ambil. Nak ambil pun time dia tak perasan atau tidur, baru boleh pergi ambil semua angpau dan duit yang dia dapat. Tu pun, bangun tidur nanti dia tanya, kenapa angpau yang ada dalam bag kosong. Mana duit red dengan hijau dia? Kenapa tinggal duit blue je satu?
Haha.
Ada satu masa tu, pergi raya rumah pakcik, dia siap pegang handbag dia lepas tu cakap kat pakcik I, meh salam Iman atok meh. Iman nak bagi duit raya. Dia dah sesiap keluar angpau dari handbag dah dan bagi pakcik. Pakcik kemudian bagi angpau tu balik pada I.
Iman Raneeya Iman Raneeya...
Ngikut aja apa orang tua buat!
Isnin, 4 Ogos 2014
Aidilfitri 1435H kami.
Salam 8 Syawal korang!
Best betul kan, cuti lama-lama lepas tu kena kerja harini?
=p
Anak I siap drama nak pergi taska pagi tadi. Dari start kereta sampai hantar adik, dia baca Iman tak nak pergi taska, Iman tak nak pergi taska! Tapi sampai depan pintu taska, tengok muka cikgu taska, elok pula dia masuk.
Haha. Drama sangat!
Apapapun, sebelum memori Syawal hilang dek kerana nak ngadap kerja pula, meh kita share gambar raya kat sini.

Langgan:
Catatan (Atom)