Isnin, 28 April 2014

Bahagia itu BERSEDERHANA

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti masih punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan menyetrika timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahwa customer kita masih ada, masih setia dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

Mendengar bunyi exzos dan hon itu bererti aku bisa mendengar

Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu berarti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.


Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Sumber: Copy paste dari FB.

Jumaat, 25 April 2014

Khamis, 24 April 2014

Throwback Thursday: Birthday celebration & cousin's wedding.

Sebelum gambar dalam handphone ni I delete, meh la kita mengenang balik peristiwa-peristiwa yang dah berlalu haritu. Haha.

Surprise birthday for Faruq & Nur. Dua-dua sambut birthday 28 Feb, so kita bagi kejutan lah kat diorang. Hopefully diorang happy.

Birthday bos kecik dan En. Rejab jatuh bulan Mac. Ni surprise juga, tapi tak berapa nak surprise sebab adik kedai tu kantoi kan. Boleh pula dia cakap takde peti ais nak simpan kek. Adoiiiaiii. Lepas tu time sambut ni, bos kecik Puan Aina siap keluar air mata sebab Faruq paksa dia pakai topi tu. Haha. Ampun ye puann, bukan saya yang suruh ea, tu memang idea Faruq. Nanti jangan kenakan saya pulak :p

Birthday Mac babies kami sambut kat Watie Corner. Lauk-lauk kat sini memang sedap. Tengok lauk kuning piring yang tengah tu? Ikan tenggiri masak tempoyak wehh. Nangis makan sebab sedap.

Sebelum Iman Reezqy demam panjang haritu, end of March bawa dia pergi gunting rambut. Even daddy dia tak bagi, I berkeras juga nak bawa sebab nak bagi dia nampak macam boboy sikit lepas tu nak pacakkan rambut dia. Haha.

28 Mac 2014, cousin's Azreen menikah. So, cuti lah kita dah berkampunglah kami kat Masjid Shah Alam pagi tu.

Azreen sibuk nak cari baju time ni konon nak ikut tema hijau. I cakap tak payah. Kita pakai baju raya sudah. Sibuk  nak cari  baju, macam dia pula yang nak menikah haihhh!

Time majlis nikah ni juga, kebetulan ada rombongan dari Korea datang melawat masjid dan nak tumpang bergambar. SIL dan Makcik Azreen kong ajaq siap cakap kat diorang, I ni pun orang Korea juga masuk Islam. Haha. Mungoks.

Menantu. Kakak Ipar. Makcik bongsu.

Sabtunya pula, Majlis Resepsi Perempuan kat Dewang Gemilang, Klana Jaya.

Family potrait.

Trending: Monopos a.k.a MONOPOD. Haha.

My hereos with pacak hair style. Handsome!

Tengok si kakak. Hangin je I dengan dia ni. Tak pernah nak semenggahnya  rupa sekarang ni kalau nak ambil gambar dia.

See, dia kembungkan pipi pulakk!

With Azreen's cousins, the pelamin, the decos and cake. Eh, cake sponsor dari Dewan Gemilang ni, I tengok sepesen je semua lah :p

Ahad, kita mengadap Majlis Bertandang pulak. Hambikkk, terus kena buat persembahan satu keluarga.

Again, my handsome hereos :) Yang kenit tu, bagi gajet, diamlah dia.

SIL dengan baby Athira, FIL dan MIL. Ikut tema sangat, GO GO GREEN!

Kami bertiga, sebab Daddy tukang snap gambar.

Rabu, 23 April 2014

Addicted: Oat and wheat with white chocolate


Member office jual ni. Sedap oi. Sedap sangat-sangat.
I ni dah lah susah nak menghabiskan makanan yang berunsurkan oat tapi benda ni senang lak I kunyah dan sedap ditelan.
Rasa dia sedap, bila gigit crunchy krap krup krap bunyi dia.
Ada yang kata muak dorang makan, tapi tekak I sedap je.

Sebelum tu, Kak Yanee, Geng GCB, bagi 3 4 ketul benda ni untuk dicuba. Since I dapat hari Jumaat, so, Sabtu, lepas buat breakfast dalam pukul 9 lebih I ngap benda ni satu.
Lepas ngap, suap adik makan, suap kakak makan, mandi kan diorang, buat rutin housewife. Sedar-sedar dah pukul satu, terus lupa I tak breakfast lagi.
Haha. I rasa sebab I dah makan benda ni satu pagi tu, terus tak rasa lapar kot. Lepas tu balance benda ni si Iman makan sampai habis. Dah hari Ahad dia melalak-lalak pulak nak biskut ni.

Biskut ni high fiber. Ada lah rasa manis dia so, I takut jugalah kot kena kencing manis kalau makan terlalu banyak tapi kawan I cakap, since benda ni energy bar, dia memang kena ada rasa manis utk bagi tenaga. So tok balance kan dia, kita janganlah makan je benda ni tanpa exercise.

Bila makan benda ni, kenalah exercise juga supaya gula tak berkumpul dan dapat menghindari kencing manis.

Selasa, 22 April 2014

Udang paprik dan sayur bayam goreng tauhu kering dengan bebola ayam.



Bahan-bahan:
Segenggam bayam, potong ikut suka nak bentuk apa, basuh bersih.
Bebola ayam hiris nipis tak nipis sangat la.
Tauhu kering hiris nipis juga.
Sebiji bawang merah sederhana besar dihiris.
Seulas bawang putih dihiris.
Setengah kiub ikan bilis knorr *ni sebab kes malas nak kopek ikan bilis
1/4 cawan air
Garam ikut suka nak banyak mana.

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih. Dah naik bau, masuk kiub ikan bilis dan masukkan air.
2. Didihkan kuahnya, masukkan tauhu kering. Bagi tauhu kembang.
3. Kemudian masukkan bayam dan bebola ayam.
4. Kacau rata. Rasa. Kalau tak cukup masin tambahlah garam.
5. Siap dan hidang.

Bahan-bahan:
Segengam udang, buang kulit, buang kepala, buat urat belakang dia, basuh  bersih.
7-8 biji baby carrot, hiris nipis.
Sebiji bawang merah hiris.
Sebiji bawang putih hiris.
10 biji cili padi belah dua.
Sos cili + sos tiram ikut lidah masing-masing nak rasa cemana.
Daun limau purut sesedap bau.
Garam sesedap rasa.

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah, bawang putih bagi naik bau.
2. Masukkan cili padi dan baby carrot.
3. Masukkan sos, garam, daun limau purut ikut rasa lidah masing-masing. Kalau takde rasa, adjustlah tiga  bahan tu. Pepandai lah, masak cecampak kan?
4. Masukkan udang. Gaul rata.
5. Udang dah tukar warna, angkat dan hidang.


Udang paprik dan sayur bayam goreng tauhu kering dengan bebola ayam lawankan dengan bubur nasi panas, lepas tu tabur telur dadar hancur di atas, memang makan asyik  menambah je lah tak boleh berhenti.

=)

Isnin, 21 April 2014

Ketam bercili campak asparagus.


 Bahan-bahan:

5 ekor ketam yang dibersihkan.
Segenggam cili kering, selabu bawang, dua ulas bawang putih diblender.
Asparagus ikut suka hati lah nak letak berapa banyak.
Dua batang serai, titikkan.
Sos cili ikut suka nak banyak mana.
Lada hitam ikut suka nak banyak mana.
Garam.
Gula ikut suka kalau nak manis letak, kalau tak nak tak payah letak.
Air asam jawa/perahan limau.


Cara masak:

1. Tumis bahan blender sampai pecah minyak.
2. Campak serai, campak sos cili, lada hitam, garam, air asam jawa dan gula. Gaul rata.
3. Campak ketam. Gaul mesra sampai ketam tukar warna.
4. Campak asparagus.
5. Kacau-kacau. Godek-godek. Siap dan hidang.




Khamis, 17 April 2014

Korang dah tengok Despicable Me 2?




Korang dah tengok ke cerita ni?
I dah.
Dah tengok 18 JUTA KALI DIULANG-ULANG.

T________T

Sentap ahkakkk ok sebab masa menonton akak sekarang diisi dengan rancangan ni je.
Takde dah drama TV3 pukul 7 petang tu. Takde nak nak tengok siaran di Bella ke drama swasta ke.
Selagi The Imans tak tidur, memang ni jelah kami laki bini kena tengok berulang-ulang.
Malam cerita ni, bangun pagi  cerita ni.

Celik je mata, Mummy  nak tengok Banana.
Balik dari kerja, sampai je rumah, Daddy Iman nak tengok Banana.

Sambil tengok cerita ni, sambil tengok Iman Raneeya menghafal skrip.
Sambil tengok cerita ni, sambil tengok Iman Reezqy khusyuk tersengih-sengih macam paham je. Lagi sengih lebar bila part minions ada. Ngekek-ngekek lah dia gelak.

Ada masa nak paksa Iman Reezqy minum susu pun sampai I kena,  adikkkk,  Bananan nanana banananana barulah dia nak minum susu.

Sakit itu kifarah dosa.


Alhamdulillah, lepas dua minggu berperang dengan demam, jarum, nurse dan doktor, bermandi muntah termasuk Mummy sekali, kena rendam dalam air jam dua tiga pagi, bertukar diaper dua tiga jam sekali sebab asyik tercirit, Iman Reezqy nampaknya macam dah sembuh. Nak kata sembuh sepenuhnya tu tak berani la lagi, tapi dua hari yang lepas ni, tidur I ada jugalah kedengaran dengkurannya. Itu menandakan, Mummy dah boleh tidur lena sikit lah. Haha.

Pengalaman Iman Reezqy demam dua minggu ini memang sangat menakutkan I sampai satu tahap I bermohon pada Dia, Ya Allah Ya Tuhankan, jangalah kau ambil dia lagi dari aku. Sembuhkanlah penyakit dia, janganlah kau uji Dia macam tu sekali =,(  Sampai tahap macam tu sekali. Sekuat-kuat I, bila tengok anak lembik macam tu, tak dapat nak membantu kurangkan sakit dia, I nangis juga sebab dah tak tertahan lagi.

Time duduk hospital lak, kalau boleh, I nak bawa lari je Reezqy time nurse dan doktor tak perasan. Rasa macam tersiksa sangat Reezqy lagi-lagi bila time ambil darah. Dari luar bilik tu, I tahan rasa je bila dengar dia meraung sampai hilang suara. Lagi jadi hiba, bila lepas ambil darah dia tersedu-sedu tengok muka kita.

Time dia demam haritu juga, I rasa macam kesian je kat dia sebab tengah-tengah pagi buta, I paksa,  I mandikan dia sebab even dah pakai cool fever, dah basahkan badan dia, panas tak juga surut-surut. Memang meraung sakan dia, tapi sebab I takut jadi benda tak baik kat dia, takut sawan ke sebab badan panas sangat, I tetap rendam dia dalam air even dia meraung-raung kesejukan. Demi kebaikan ko dik, mahapkan lah Mummy sebab layanan Mummy time tu memang nampak macam mak tiri je.

Paling kesian masa dia demam dua minggu lepas, bila susu, bubur semua tak boleh ditelan. Banyak mana yang masuk, banyak tu juga yang keluar. Tak keluar ikut mulut, keluar ikut bontot. Memang terlepek lah mamat tu. I sendiri tak usah cakaplah, memang dah jadi BFF dengan muntah dah. Mandi air dengan mandi muntah dah sama taraf je dah. Sedih sangat bila melihatkan Reezqy yang terlepek tak bermaya, tak aktif macam biasa. Badan tak terima susu dan makanan kan, memang tak berdaya lah.

Siap masa Iman Reezqy demam, I memang minta pada Tuhan, bagi sakit dia tu pada I. Biar I yang tanggung. Memang mendapat lah kau kan tapi satu setengah hari jelah Tuhan bagi rasa. Memang time I sakit tu, si Reezqy sihat walafiat terus dapat keluar wad. Hazab juga I menghadap bila asyik muntah siap tidur pun tercirit sampai kena pinjam underwear MIL sebab underwear sendiri habis kena cirit. MIL I siap cakap, I ni pregnant kot sebab muntah-muntah tu. Haha. Tapi tak pregnant pun.

Elok je I sihat, lepas tu Reezqy  demam balik. Berpanjangan balik panasnya sampai satu tahap Doktor issue surat lagi suruh masuk wad since si Reezqy ni ada masalah platlet darah. Time ni jugalah, Ibu I suruh balik kampung, kita ikhtiar cari air penawar lak. Alamdulillah, dapat air penawarnya, bagi minum dan dimandikan. Abah pun siap baca-baca kan madu dan telur ayam kampung bagi Reezqy makan. Lepas je try ikhtiar cara kampung, dengan izin Dia, terus keluar semua merah-merah dari  badan Reezqy. Bila refer Doktor, dia kata campak.

Kesian ko dik, macam-macam ko kena hadap, last-last yang keluar campak je. Haha. Takpelah, sakit tu kan kifarah dosa dik. Harapnya, lepas ni, takdelah nak kena hadap macam ni lagi. Mummy doakan lepas sembuh ni, adik terus tambah skill berjalan je dah. Yang penting, lepas adik sihat, hujung bulan ni kita potong kek ye dik. 

Lega hati Mummy adik dah sihat dan aktif macam biasa. Dan, selepas Iman Reezqy sihat ni, Mummy kenalah tunaikan nazar Mummy untuk berpuasa deret seminggu sebab itu nazar Mummy pada Dia kalau Iman Reezqy sihat seperti sedia kala.

Jumaat, 11 April 2014

Tolong cepat sembuh Iman Reezqy!


30 Mac 2014

Lepas Maghrib, Reezqy dah start panas badan. Mulut dia pun dah mula merah menandakan badan dia memang panas. Even badan dah start panas, lasak tetap melasak, tetap tak mahu kalah dengan kakak, berebut segala mainan, membalas balik bila kena debik dan tetap berebut Mummy bila kakak mula mengendeng nak tidur dalam pangkuan Mummy.

Tengah malam, Mummy check, Ya Allah, suhu dah 38 darjah celcius. Terus bangunkan Reezqy dan mandikan malam tu juga dan tetap terus basahkan badan Reezqy.. Mummyy expect Reezqy nak beralih bulan atau nak menambah apa-apa skill, sebab itu Reezqy demam.


31 Mac 2014

Reezqy masih demam dan Mummy terpaksa ambil cuti kecemasan. Tak sampai hati nak pergi kerja sebab anak demam.


1 April 2014

Masih demam, dan tetap panas. Bawa klinik panel. Dapat ubat dan Doktor pesan, kalau hari kelima masih tidak sembuh, sila pergi buat pemeriksaan darah. Malam tu, sambil jaga adik, sambil Mummy surprisekan Daddy sebab birthday dia. Daddy nangis terharu sebab dia ingat Mummy akan lupa birthday dia bila busy jaga adik demam. Haha. Tidak sesekali Daddy. Womennnn kan, she remember everything, every single thing lah!


2 April 2014

Mummy ada perjumpaan dengan Tuan Pendaftar harini. So, tak boleh cuti, kena pergi dengar amanat yang nak disampaikan. Lepas tu, 3 dan 4 April pula Mummy dah daftar diri nak pergi kursus. Markah CPD Mummy tak berapa nak ada dik. So, macam-macam mana pun, Mummy doakan adik cepat sembuh, so Mummy boleh hadir semua perkara dengan senang hati. Tapi, tengah dengar amanat Pendaftar, Daddy sms minta balik. Granpa bagi tahu, adik menangis taknak berhenti pagi ni. Semua serba tak kena. Bagi susu muntah, makan muntah. Terus Mummy balik, jenguk keadaan adik. Adik nampak lembik dan tak aktif langsung.


3 April 2014

Satu malam adik menangis, merengek dan muntah. Mummy cemas, Daddy jadi tak tentu arah. So, pagi-pagi tu bersiap dan pergi Klinik Kesihatan. Ambil darah. Keputusan darah menyebabkan kena refer ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ). Doktor suspect adik kena Denggi. Di HTJ, lepas berperang dengan Doktor nak ambil darah sekali lagi, adik dimasukkan wad atas sebab suspect denggi.





4 April 2014

Bila warded, adik memang sokmo berperang dengan Dr. Sebab Dr kena bergasak nak cuba ambil darah adik. Adik melawan bila nampak jarum. Tiga empat orang kena pegang nak bagi adik tak bergerak, jarum pun tak tersalah cucuk. Water drip adik pun asyik bertukar tempat sebab adik cabut. Dari tangan ke kaki kiri, dari kaki kiri ke kaki kanan.



5 April 2014

Pada mulanya, memang adik disyaki kena denggi. Tapi lepas dua tiga kali buat ujian darah, hasilnya, hanya platlet darah merah saja yang turun tetapi platlet darah putih normal. So ia adalah Viral Fever dan pemantauan sekarang hanyalah untuk platlet darah merah adik yang tak naik-naik. Selagi tak naik, adik tak boleh keluar wad. Adik ingat tak dik, setiap pukul 6.00 pagi adik dah kena ambil darah, 3 kalih sehari darah diuji. Sakit kan?

Hari-hari Mummy doa platlet darah adik naik banyak sebab Mummy dah tak larat nak duduk hospital dik. Bila minta tukar dengan Daddy, Daddy tak berani nak jaga adik di ward. Takut tak  boleh handle.

Alhamdulillah, keputusan darah petang tu memberangsangkan bila dari 105, platlet darah merah adik naik ke 231. Terus Doktor bilang, besok tengahari adik boleh keluar wad. Nangis Mummy dik sebab happy dan Mummy tak payah nak berpura-pura tough lagi dah melihat adik menangis sampai hilang suara bila time ambik darah.









6 April 2014

Adik keluar wad dan bebas dari Viral Fever. Kita tuju rumah Grandma untuk ambil Kakak Iman dan Mak Lang pun tunggu di sana nak jumpa adik. Kemudia kita balik ke rumah kita sebab Nenek Ani dan Nek Ma datang melawat adik. Time ni badan Mummy dah mula panas dan Mummy dah  mula muntah-muntah.


7 April 2014

Mummy cuti sakit sebab demam, muntah-muntah dan cirit-birit. Menumpang lah kita di rumah Grandma sebab Daddy tak  berapa berani nak handle adik dan kakak. Daddy tak boleh terima Mummy demam sebab dia kata super Mummy mana boleh demam. Dia siap paksa Mummy makan sambil cakap, jangan ikutkan sangat sakit tu.


8 April 2014

Mummy pergi  bekerja dan menghadiri bengkel Fakulti tetapi hati Mummy teringat adik sebab pagi itu adik bangun, badan terasa panas. Mummy takut adik demam lagi.

Dan balik kerja petang tu, Grandma bagi tahu adik muntah-muntah dan badan dah mula panas.


9 April 2014

Adik demam balik dan hari ini hari kedua. Daddy pula akan ke Port Dickson sebab ada Bengkel. Even dah bagi adik ubat, badan adik tetap panas.


10 April 2014

Mummy minta izin dengan bos untuk keluar bawa adik ke klinik lagi. Walaupun adik dah dibagi makan ubat, badan adik tetap panas dan terus panas. Mummy jadi takut dik. Terbayang Mummy kalau-kalau adik akan masuk wad lagi. Dan petang tu juga, Grandma turut muntah-muntah dan badan jadi lemah.

Bila Mummy inform ke Daddy keadaan adik, Daddy suruh Mummy hantar adik ke hospital. Telan air liur Mummy dibuatnya. Dengan adik yang demam, dengan kakak yang tak reti duduk diam, Grandma nya lagi yang tak sihat, Mummy rasa, Mummy tunggu Daddy balik je lah baru kita ke hospital.


11 April 2014

Hari ini adik masih demam.
Hari ini, Daddy akan balik.
Mummy tetap doakan adik akan sihat hari ini.
Kalau boleh,
Mummy tak nak hantar adik ke hospital.
Mummy kesian tengok adik nanti dik.
Sila cepat sembuh dik.
Cuba adik kuat macam Mummy ni dik.
Pleaseee dik.
Cepat sembuh untuk Mummy sayang.
Please..


Ya Allah Ya Tuhanku. Kau sembuhkanlah demam Iman Reezqy. Kau jauhkanlah segala kuman-kuman yang ada dalam badannya. Kau kembalikan keceriaannya, kesihatannya dan segalanya yang Kau pinjamkan kepadanya semula Ya Tuhanku. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat ku memohon pertolongan Ya Allah.

Rabu, 2 April 2014

Cinta hati, selamat hari jadi!

Semua gambar kredit to FB Azreen Jamian. Maaflah, kita curi gambar awak tau. :P

Dear my cinta hati,
Terima kasih kerana sudi menjadi:

1. Ex-boyfriend yang memahami serta sot ba ro,
2. Ex-tunang yang gagah menghadapi pelbagai dugaan alam pertunangan,
3. Suami yang sentiasa di sisi baik ketika bangun tidur, pergi kerja, balik kerja, menonton tv, teman pergi kencing di malam hari, susah, senang, sedih, gumbira serta lain-lain lagi hahaha,
4. Imam yang sentiasa membimbing ke jalan yang lughuihhh,
5. Daddy, si warrior yang disanjungi Iman Raneeya dan Iman Reezqy,
6. Partner untuk segala aktiviti hinggalah sekadar melayan I berselfie,
7. Menantu yang bertimbang rasa dan baik budi,
8. Abang Long kepada Ikin, Wan dan Amy,
9. Anak, adik dan pakcik buah yang sentiasa menghormati dan menyayangi mak, abah, abang, kakak-kakak dan anak buah-buahan,
10. Pemujuk yang tak pernah jemu merangka pelbagai teknik dan cara menambat hati ratunya,
11. Die-hard supporter tukang memekak sakit telinga suruh isterinya kurus semula,
12. dan lain-lain lagi yang tak dinyatakan di sini.

TERIMA KASIH.

Terima kasih daun keladi,
Semoga Tuhan membalas segala budi.

Terima kasih daun keladi,
Eh, selamat hari jadi my cinta hati, my suami.

Terima kasih daun keladi,
Shut your mouth! jangan gatal menghela sibuk NAK KAWIN LAGI. *aku pang kanggg!

Terima kasih daun keladi,
Sila pastikan rambut sentiasa pacak kacak tegak berdiri.

Terima kasih daun keladi,
Mummycantik, Iman dan Reezqy lebbiu Daddy!

Terima kasih daun keladi,
Semoga semua yang dirancang dan dihajati dapat dikecapi.

Amin.
=)