Selasa, 12 November 2013

SUKUM 2013

Alhamdulillah, tahun ini dapat join lagi SUKUM 2013 tanpa 'rest' selepas bersalin. Haha. Kalau nenek I masih ingat ni, confirm dia akan membebel macam-macam sebab tak berpantang sampai setahun dari bersukan.

;p

Kalau tahun lepas UUM jadi tuan rumah, tahun ni UKM pula telah dipilih menjadi host. Tahun ini tak berapa nak feel pergi bersukan sebab kami tak ditempatkan sebumbung, tak tidur sebantal dan tak mandi sebilik air. Merasa pergi sekali naik bas ke tempat game je lah. Tidur rehat semua kat rumah masing-masing je.

The Volleyball Team. Ramai ahli baru.

Tahun ini dalam sejarah SUKUM, I sakit mata ketika game. Mendapat lah kan sebab dah menjaga anak dan bapak yang sakit mata, sekali dengan emaknya pun menjangkit sama. Maka, mengadap lah ko lawan dengan mata merah macam hantu tu.

Kami yang ceria walaupun tak menang.
Pencapaian tahun ini tak memberangsangkan pun. Berbaloi lah kan sebab training pun dua minggu je sebelum game, coach takde, training ikut pandai masing-masing je, buat friendly pun takat dengan dua team. Oleh itu sepadan lah dengan pencapaian gitu-gitu sajo.

Cuma first game mmg fight sikit lah. I pun gagahkan diri juga dengan sakit-sakit mata tu pi sumbat lens dalam biji mata sebab nak menang punya pasal untuk first game. Even dah berusaha tapi luck kami tetap takda dalam first game tu. Selepas dah berperang dalam rubber set, kemenangan berpihak kat UMP. =(

Untuk second game, kami berjumpa UMS, juara last year. Haha. Jumpa juara kan, gigil juga lah. Lagi-lagi bila dibuatnya jump serve ala Moero Attack tu, terus tak boleh nak perform. Terus ternganga jadi malas nak main. Kau spike lah cemane pun, terus jadi terkaku tak tentu arah.

Ehh rindu lah cerita ni. Siapa yang sebaya I atau atas dari I, korang ingat tak cerita ni. Chunnnn summersault!


Walaupun team perempuan tak membawa pulang apa-apa pingat, team lelaki berjaya juga meraih gangsa. Tahniah korang. Best tengok diorang ni fight. Tactical pun mmg ekselente time game.


Ok dah lah. See you at UTM, Johor pulak next year. Itu pun kalau tercalon pergi dan tak ter'eksiden' dapat adik Reezqy lah.

Kahkahkah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan