Selasa, 19 November 2013

Bila rasa nak bertabah hilang, jom kita riangkan hati.

Ohoiii.
Mata panda lah sekarang ni bila pergi office sambil menguap 16 juta kali tanpa henti sebab Reezqy sekarang suka bangun pagi. Seawal 3 pagi bangun dah. Tak keluar bilik melalak. Bila dia dah bangun kena bawa depan TV, buka baby song dia.

Husband hari-hari cakap kat I, banyak pahala awak dapat yang. Tak terkira banyaknya sebab hari-hari awak bangun 'awal' pagi.

Kemain kan!
Kot lah sesama nak berkongsi pahala tu dengan bangun awal juga, tapi harammmm. Siap bila dikejut ajak sesama menonton baby song Reezqy pada pukul 3 pagi, lagi ditarik selimut tutup seluruh badan.

Bertabah ajalah kan badan.
Menghadap apa saja cabaran membesarkan anak-anak sambil  menyedapkan hati: investment untuk hari tua ni.

Agak-agak rasa nak give up, stress, rasa down, penuhkan hari-hari dengan perkara happy. Ye tak?

Mampu kau  tak  nak bertabah bila tengok gambar abam yang tengah tu senyum camtu.  Terus melting hilang penat dan ngantuk dibuatnya. Kakak Iman sekarang, kalau mood ok, ok lah gambar dia. Macam yang dalam gambar ni dia kena paksa bergambar, so memang muka pelik je lah yang akan appear. Yang baju biru tu The Iman's cousin, Ummar Mukhtar.

Last few days, kami sambut Birthday Ummar Mukthar. So, penat jaga anak tu hilang sikitlah bila dapat berkumpul reramai. Bila dah berjumpa sesama keluarga ni tahu jelah kan. Cerita non stop sama naik dengan suap makan dalam mulut. Dapur memang tak berhenti berasap lah. Gelak-gelak manjang tak hingat. Bila gelak-gelak tu dapat juga lah mengurangkan penat lelah berjaga malam. Again, Iman Raneeya dipaksa rela dalam gambar ni.

Dari dapur makan membawa ke ruang tamu, memang non stop ajalah makannya. To Ummar Mukthar, selamat hari jadi abang Ummar. Dalam sebulan setengah tak lama lagi, penantian Ummar dan Mommy selamat 7 tahun itu, Insha Allah akan berakhir. Selamat menjadi abang besar ye.

Handphone sekarang tak boleh lepa sikit. Ada je lah image-image  akak kenit ni nanti. Macam anak ayam pulak I tengok gambar Iman ni. Haha. Anak ayam yang comel lah. Ambil gambar tah apa-apa. Ikut suka dia je. Tapi bila tengok gambar tah apa-apa tu time penat, memang datang senyum terus tak jadi marah.

Ni gambar kaki pulak dah. Nak tunjuk gambar bunga kat seluar dia la tu kot. Gambar macam ni je ada 6. Penat nak delete sebab si akak kenit ni snap bukan jenis sekeping dua. Sekali snap mau belas-belas gambar yang tah apa-apa.

Dari bercerita kisah anak-anak, meh kita beralih ke kisah kenduri kahwin pulak.  Dah musim cuti sekolah kan, makan berlambak-lambak lah jemputan makan nasi minyak menyusul. Mana yang sempat, kami terjah. Mana yang tak, kami doakan kalian berbahagia sampai ke syurga lah  hendaknya. Sambil menyelam sambil minum air, sambil pi rumah orang kahwin sambil riang kan hati berjumpa ramai orang.

Pengantin 'kembar' kat atas ni kawan husband. Gagah kami pergi sambil mendaki tangga Broga.  Tidur nyenyak lah Reezqy petang tu tak bangun-bangun sebab letih mendaki.

Next, majlis Ummi dan Ajim. I hadir dengan baju pinjam.  Nak buat macam mana, dah janji nak pakai baju sama, tapi baju yang I order lambat sampai pulak. Nasib lah kan, sape suruh order baju time Deepavali, kan dah kena pakai  baju pinjam. Lantaklah baju pinjam pun,yang penting dapat jumpa skulmate terus rasa happy.

Yang ni pula majlis adik Ipar Kokin. Gigih kau datang walaupun sakit mata.  Kawan punya pasal, kalau larat kita turutkan lah. Time ni juga dapat berjumpa anak G C B yang lahir tahun yang sama.

Baby G C B  dua kosong satu tiga: Chempaka Azzaaraa, Iman Reezqy dan Raisya Irdina (hampun ye kalau spelling nama salah. Achik malas nak pi check.) Insha Allah, panjang umur, sedarjah la mereka ini nanti. :)

Ok,
Untuk semua pengantin, meh I nak bagi ucapan sekali harung.

Selamat berbahagia hingga ke syurga dan selamat datang ke fasa alam rumah tangga. Saling bertolak ansur dalam menempuh hidup berkeluarga, saling memaafi setiap masa dan salinglah menyedari sesama kita banyak kekurangan dan perlu saling melengkapi. Semoga kalian semua bahagia hendaknya. Amin.


Dah.
Tu jelah kemerapuan I untuk hari ini.
Apapun,
2013 hampir menutup tirai tak lama lagi.
Dan,
ada beberapa perancangan happysukahati yang berlum terlaksana masih menanti,

Dating with Kokojelyters.
Dating with Legacy Ponam.
Dating with OM114 kelas kami.
Kenduri Doa Selamat di Melaka.
Family Day TS2013.
Bawa The Imans naik train.
dan lain-lain lagi.

Insha Allah, semoga semua dapat dilaksanakan.

I is suka  banyak aktiviti. Kurang rasa penat dan masa banyak terisi, hati jadi happy.
Have a nice day uols dan,
terima kasih sebab sudi baca cerita kita.
=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan