Khamis, 28 November 2013

Short trip: Morib, Selangor

Nak kumpulkan satu family memang payah. Lagi-lagi kalau nak pergi berjalan kan. Oleh itu, moh kita buat short trip je sekali harung. Senang. Tak payah nak apply cuti. Tak payah nak ada yang tak nak tidur segala mak nenek.

So, since nenek I akan ke Penang sepanjang bulan Disember ni, haruslah cari tarikh cepat-cepat bawa dia pergi berjalan. Mula-mula plan nak ke Cameron Highland (CH), then tukar ke Morib je sebab CH banjir haritu so Ibu reject CH. Short trip ni pun tak complete ahli keluarga sebab suami adik kena kerja tapi kita pergi mana yang ada je lah.

Jom jalan Legacy Ponam - KPI 2013.
Konon nak gerak pagi tu dalam pukul 7 bak kata Ikin. Tapi, Ikin punya pukul 7 kannnn, 8 lebih baru dia sampai. Terus jadi  bahan nak gerak pukul 7 sangat kan. Kahkahkah.

Kedai Nasi Kerabu Amira, Nilai Negeri Sembilan - ni nama I bagi. Nama sebenar kedai tah apa tah tapi adalah Amira tu.
Since Ibu suka nasi kerabu, pagi tu sebelum bertolak ke Morib kita sarapan dulu dengan Menu Pantai Timur. Ibu tukang masak kan, so kalau nak bawa makan tu tak boleh kedai sembarangan. Kang banayk complain dia. Nasib kedai yang I bawa ni dia tak banyak bunyi.

Kami ambil masa sejam jugalah untuk bersarapan.

Lepas sarapan dalam pukul 10 lebih baru bergerak ke Morib. Sepanjang perjalanan I tidur je malas nak tengok-tengok jalan. Sedap weh tidur sambil kereta berjalan. Haha. Dapat tidur walaupun sekejap, tapi terasa kualiti tidur tu selepas penat berjaga malam. :p

We're here! Morib Gold Coast, Selangor.
Dalam pukul 11 lebih kami sampai Morib. Berpusing-pusing pulak kat situ cari parking sebab musim cuti sekolah kan haruslah kereta  bersepah rewah banyaknya.

Lepas cari port nak duduk, tukar baju dan berdebush lah semua ke dalam air. Budak baju pink tu paling seronok kan main!

Ini budak pun banyak suka main air. Sampai dah terburai diapers tetap nangis tak nak naik. 

My family =)

Si Mummy Daddy yang tak sedor diri dah beranak dua. Kahkahkah. 

My family dunia akhirat lagi =)

My little family sulam selam cinta dengan Azreen :p


Dalam pukul 1.30 macam tu, Abah dan bising lapar. Terus masing-masing naik siap tukar baju. Time ni berdrama jugalah nak ngajak si Kakak Iman naik dengan sepupunya tu. Masing-masing dah sedap berendam nangis-nangis taknak balik.

Kemudian, kami pergi lunch kat Dataran Morib tu je. Sebab dah pukul dua lebih, nasi campur pun banyak dah habis lauknya, so kami order yang goreng-goreng je. Menu of the day of course lah sotong bakarnye itu. Mak oiiii terkenang-kenang sampai sekarang. Tauhu bakar nye pun sedap yang amat. Sampai tak sempat ambil gambar lah dah dihadap semua orang. Terik lah perut lepas tu dengan nasinya, tauhu bakar dan sotong bakar segala.

Aishhhh, sedap! Suami, jom kita repeat lagi please!!!
Selesai makan tengahari, kami rehat-rehat di masjid depan Dataran tu. Lepas Asar gerak ke Bagan Lalang pulak untuk makan Seafood.

Since kami sampai Bagan Lalang awal dalam pukul 5 macam tu, hanya kedai Senandung Malam je yang dah buka. Tu pun punyalah lama tunggu order sampai sebab ramai orang. Time order tu, 3 4 kali tukang order tu tanya, akak tak order nasi ke sebab dia pelik I hanya order air, sotong udang goreng tepung, ketam bercili, pepahat masak pedas dan ikan bakar je.

3 4 kali juga lah menjawab, tak!!.
Kami nak meratah seafood je sebab perut masih kenyang dik oii.

Haha.

Frust sikit lah time ni, sebab pepahat yang I request tu tak sama masaknya macam masa I berbuka puasa di Kedai Wak Lan tu dulu. Ke I yang salah bagi menu sebab pepahat yang kat Senandung Malam ni jadi macam kena rebus je masaknya. Rasa pedas langsung takda.

Dalam pukul 7 macam tu kami selesai makan dan gerak pulang. Ibu Abah dan Emak pula, bertolak balik Melaka lepas Isyak pada haritu juga.

Berakhirnya short trip kami pada hari itu, maka selesai lah salah satu KPI keluarga untuk tahun 2013.

Hmmm adik-adik,
agak-agak trip untuk 2014 nanti siapa pula  nak sponsor ye?
:p



1 ulasan: