Jumaat, 29 November 2013

Cerita taska dan Iman Raneeya.

Dulu, kalau tanya Iman nak pegi sekolah ke tidak, memang laju dia jawab, nakkkk!!! Pada masa tu mungkin apa yang ada dalam fikiran dia, dekat sekolah ada toys, toys dan toys. Takde orang lain hanya toys semata dan keseronokan yang tidak terhingga. Itu sahaja lah kot yang dia fikir.

Tapi bila realitinya, hari pertama dia ke sekolah/taska, masuk sahaja sampai ke pintu taska, nampak orang asing, kawan-kawan yang ramai, dia dah mula cuak, terus melalak nak balik. Bila kena tinggal, lagi kuat raungnya macam hape je.

Mula-mula hantar taska dulu, I memang rasa dah give up je nak teruskan. Rasa macam lupakan saja lah niat I nak Iman bercampur orang belajar itu ini kat taska. Siap risau tak boleh nak buat kerja. Apalah jadi dengan Iman? Macam manalah dia bawa diri? Makan ke tidak? Pandai tak Iman minta susu kalau haus? Ada juga rasa tak sampai hati bila tengok dia nangis time kena tinggal.

 Minggu pertama hantar, cikgu siap telefon suruh datang ambil sebab dia demam. Nangis sampai demam macam tu. Siap dia boleh cakap kat cikgu, Daddy jahat hantar Iman sekolah. Sayu ok bila dia cakap macam tu. Cikgu pun kata Iman ni manja rasanya. Dia memang nak berkepit dengan cikgu je. Tapi takpa, lama-lama nanti dia akan ok cuma ambil masa la.

Minggu kedua, masih menangis, dan Pengetua Taska tu cuba pendekatan lain pulak. Tukar taska ke cawangan lagi satu. Mana tahu Iman serasi sebab taska yang mula-mula tu ramai kanak-kanak lelaki. Taska yang kedua ni ramai kakak-kakak dan kanak-kanak perempuan.

Alhamdulillah, bila tukar taska lain, dia nampak macam ok sikit. Drama cuma time nak pergi je sebab dia tahu jalan nak ke taska. Biasa pagi-pagi, sebelum sampai taska dia akan cakap, Mummy hantar adik taska, Iman rumah grandma. Takpun, Iman taknak pergi taska. Iman nak duduk rumah je. Kami cuba juga pujuk dengan macam-macam. Bila cakap, Iman pergi taska, nanti petang Mummy datang ambil, dia angguk je, tapi mulut tetap mencebik-cebik  nak nangis.

Kalau ikut komen cikgu, awal pagi je dia macam nangis-nangis sikit tapi lepas tu bila dia dah join aktiviti dia dah lupa makpak dah. Dia pandai bawa diri. Menari kemain ekselen.

Siap, jamuan taska dia baru-baru ni, cikgu boleh masukkan dia dalam slot menari sebab cikgu kata dia hebat menari. Berani betul cikgu tu ambil risiko ye. Haha.

1st day, 1st time Iman ke taska. Muka happy sangat macam seronok je kan.

Ni jamuan akhir tahun haritu. Iman yang berdiri depan cikgu tu.

Taska Ummu Rania. Sama dengan nama Iman Raneeya. =)

Time rehearsal untuk persembahan. Kau tengok! Memang nak sangatlah dia hadap audience tu kan. Selalu rehearsal dedepan kawan dia je. Sekali haritu, datang lagi kawan-kawan dari dua branch lain, terus dia tak nak joget dah.

Get ready tok rehearsal.

Cikgu dan kawan-kawan.

Iman Raneeya yang comot alahai. Time ni I bebel-bebel juga kat Azreen sebab cikgu yang siapkan Iman. Tapi Azreen counter balik, nak elok-elok, awak je lah yang pergi jadi cikgu. Ramai kot cikgu tu nak siapkan.

Ginilah patutnya baju pakaian beragam si Iman. Tapi sampai kat cikgu jadi lain =(   Mummy is frust gilos!

Abaikan je lah tentang rupa tak semenggah Iman tu. Dan untuk majlis tu juga, memang Iman tak buat persembahan pun sebab dia nangis tengok orang ramai.

Haha.

Kesian cikgu-cikgu yang beriya train Iman tapi akhirnya kecewa sebab Iman mengeras tak nak menari apatah lagi menggayakan bajunya. Ampun kan ajalah budak dua tahun setengah tu ye cikgu. Masih belum dapat menerima arahan secara penuh lagi.


Perkembangan Iman Raneeya selepas pergi Taska.

Alhamdulillah, sejak dah pergi taska ni, banyak jugalah perubahan Iman yang positif dan dia lebih berdikari. Ada masa dia boleh tegur-tegur orang dan jadi berani sikitlah nak face orang. Doa pun banyak yang dia hafal dan lagu juga. Tang terrible two tu memang tak boleh nak adjust lagi tapi setiap perkara baru dan perkembangan yang dia tunjuk kat rumah buat I rasa impress.

Dan,

Ada masa kat rumah, terkeluar juga ayat-ayat cikgu dia seperti,

Mummy, cakap elok-elok *buat muka sambil goyang jari telunjuk
Mummy, janganlah gaduh (marah) dengan Iman. Tak baikkk.
Duduk, duduk. Makan elok-elok Mummy.
Mummy, cepat nyanyi. Iman nak dengar.

Haha.

Kemain, Mummy pulak dah kena jadi murid kat rumah dah!

=)


6 ulasan:

  1. nanti da beso sikit slambe badak kena sound tau...
    aku kene dahh..
    ibu.. jangan makan mekdi.. tak berkhasiatt!!!
    T______T

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ain. Fiza singgah sini :)

    BalasPadam
  3. kasut tu cm terbalik jea..hihii:)

    BalasPadam
  4. ummu rania nie kat mana k.ain? sy pny nk anta anak kat mantin, sbb taska usim xde kekosongan utk baby.. ='(

    BalasPadam