Jumaat, 5 Oktober 2012

The Kokojelyters!

Tarikh: 28 September 2012 (Jumaat)
Tempat: AEON Seremban 2
Tema: Cacameraba. Kahkahkah.
Ahli: Koyam, Kokin dan Kokin (KOKOKO)
Motip: Mengisi masa cuti bersama rakan tersayang.

Hoi, kan main lah malas tak bertahap dah sekarang ni. Hangin pembawakan apa lah sampai I kena jadi malas berganda-ganda sekarang ni. T______________T

Tapi dalam malas-malas, I gagahkan juga haritu untuk menepati janji yang telah dimeterai sekian lama iaitu sebelum puasa dulu lagi. Almaklomlah, even kami ini bestfriend, kami hanya sempat beramasmesra di rehat hari jumaat sahaja. Selain itu, hubungan mesra kami juga terjalin dalam wassap dan juga email je. Hahaha.

Eh, korang ada BFF?
Tah apa-apa tah kan tanya soalan camtu. Mestilah semuaorang ada. Sebab semua orang tahu hidup berkawanan kan kan kan?

I ada. Macam-macam kategori BFF i ni. BFF kerja lain. BFF berjalan lain. BFF sukan lain. BFF masa belajar lain. BFF masa sekolah lain. Ha, nampak?

So, BFF i yang kat bawah ni dalam kategori  kerja. Kami jadi BFF sebab kami kerja dalam bidang yang sama.



















Meet my BFF kerja.  =)
Yang buat peace tu namanya Kokin. Yang buat duckface (dia takbuat pun, tapi time I snap dia tak ready haha) tu namanya Koyam.


Koyam tu dulu, first time i jumpa dia masa dapat interview di Kampeni Kubah Biru (KKB). Time tu dia staf kat KKB then menyibuk kat bilik menunggu time I interview. Kan main ramah lah menegur semua candidates. Dalam hati time tu terdetik, Sibuk je lah pompuan ni, orang tengah nervous dia sibuk pula tegur-menegur. Menyampah! ;p

Kahkahkah.

Nak dijadikan cerita, bila i lapor diri, orang pertama yang I kena jumpa dan pi belajar adalah Koyam ok. Terussss, dari nyampah-nyampah, terus kena buat-buat suka, lama-lama jadi suka giler sampai jadi BFF. Tapi sekarang, Koyam dah tak sealiran bidang kerja dah dengan i dan Kokin sebab dia dah maju setapak lagi dah. Dia dah jadi Pagar Dawai, tapi kampeni tetap sama lagi la. Hehe. Dia lah inspirasi dan motivasi i nak sambung belajar dulu. =)

Kokin pun lebih kurang macam cerita Koyam juga lah i kenal dia. Dari tak suka selalu kena berurusan dengan dia dulu sebab dah lah Kokin tu muka gaghanggg, pastu cakap jenis serius je kau!  Tapi sebab dah selalu berurusan, sikit-sikit tak tahu pergi tanya dan  belajar, terus jadi close gitu. Orang kata, don't judge a book, by it's cover kan? Ha, camtu lah dengan Kokin ni. walaupun muka gaghangggg, tapi hehe hati dia sangat baik woooo. Banyak benda I belajar dengan dia dari segi kerja. Paling tak boleh blah, berkawan dengan dia, ko makan kena sharp pukul 1, then 1.30 ko kena laju-laju dah pi sembahyang.No terhegeh-hegeh ye! Pukul dua kau dah kena start berkhidmat untuk negara semula. See, dia ni sangat lah komitednya dengan kerja.

Lagi satu kan, I dulu kan tak suka orang Johor. Ark ark ark. Ni semua sebab dari pengalaman bercinta dengan orang Johor yang banyak putus di tengah jalan dulu lah ni, terus menyampah gila dengan orang Johor. Aliha-alih, amek kau, BFF I, semuanya datang dari negeri bendera merah biru putih tu ye.

Kahkahkah.
Tu lah orang tua-tua kata, jangan tak suka-tak suka, nanti lama-lama jadi suka ;p

Eh, eh, terpanjang pula cerita detik perkenalan kami dolu.




Berbalik kepada topik utama, Jumaat yang lepas, kami telah ambil cuti semata-mata nak menghabiskan masa bertiga je. Nasib baik department lain-lain, so takda masalah lah nak cuti bersama-sama. Siap keluar pagi-pagi macam orang pergi kerja lagi sebab nak pergi breakfast dulu sebelum memulakan aktiviti yang telah dirancang. Macam biasa, sambil breakfast, sambil bergosip lah gosip-gosip semasa.

Lepas breakfast, terus kami ke AEON dan beli tiket wayang. Since wayang dalam tengahari, kami shopping sesiket then berehat minum sat. Almaklomlah, bawa mak buyung kan, perut lapor sokmo je lah. So kenalah berehat sambil minum dan makan.

Plan asal kami nak tengok Untuk Tiga Hari (UTH), tapi last minit cancel, sebab kami decide nak tengok Hantu Kapchai. Keluar dengan BFF kan, haruslah tengok cerita lawak-lawak. Nak tengok cerita laf-laf, sila pi dengan laki sendiri ye. ;p

Memang lawak lah Hantu Kapcai tu. Since orang tak ramai sebab hari bekerja kan, maka gelak kami je lah yang kedengaran dalam wayang tu. Kahkahkah. Eh, Fizz Fairuz memang terbaik lah dalam cerita tu.

Selesai tengok wayang, aturcara pada hari itu diteruskan lagi dengan aktiviti mentekedarah di Jonisss. Yummeey!!! Eh, apasal sos cicah kat Jonis tu sedap sangat ha???

Then sebelum pulang, kami meneruskan akvtiviti pada petang tu dengan bershopping apa yang patut. Even dah tahu, sales kat AEON start keesokkan harinya, T____T, pershoppingan tetap diteruskan juga sebab mikior, takde masa kot nak datang lagi dah.

Aktiviti kami tamat  pukul 5.30 macam tu.

Dah, tu je nak cerita.
;)

12 ulasan:

  1. Eerrr..bff aty asben aty..huhu..kwn2 baik semua bwk hal sndr jer skrg..:-)

    BalasPadam
  2. bile nk hangout ngn aku plak??

    *aku BFF ke EFF?? ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko tu EPF aku.
      Kahkahkah.

      Weh, tunggulah 1st trimester aku ni abes, then kita pi Genting or Cameron balik hari, mau? Ada brani?
      ;)

      Padam
  3. rindu masa lepak² dengan BFF..sejak dh beranak pinak nie jarang nk lepak sesama

    BW di pagi hari..salam kenal ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua BFF jenih gitu kot.
      Lepas kahwin je mostly sibuk layan family

      Padam
  4. hampeh ko panggey aku itik....kakakakakah...tapi, itu yg terbaik....jgn lupe next year pergi lagi....yeay!!

    BalasPadam
  5. saya tak ramai sangat bff. semua dah bawa diri masing2.. nak tak nak bff saya sekarang ni anak saya jer la... (^_^) bestnya korang dapat jalan2 lepak sama2.. (^_^)

    BalasPadam
  6. Kak ain, kite orang johor tau : ( huk huk..
    Ha ahla kak kokin tu nampak garang tapi bile kite dah kenal pun dia baik n sweet : ) jgan mrah kak kokin.

    BalasPadam
  7. seronoknyaa dikk
    jalan2 makan2 ngan BFF ;))

    BalasPadam
  8. bestnye ain dpt kuar ngan bff..tp mmg tul..kene kuar sesame kekdg tu..pasni nk wat cmtula..memandangkn sume bff (kerja) dh duk kt deprtmnt len...yehaaa..

    BalasPadam