Mode:
Rindu nak taip-taip sambil tepek gambar, tapi, bila dah taip-taip, asyik dok tekan button save je lah kejanya ;p
1. Sebelum membebel dengan lebih panjang lagi, Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang, inginku memohon kepadamu Ya Rabbi, kau berilah peluang kepada rakan-rakanku yang masih berusaha dan menanti rezeki untuk menimang cahayamata Ya Tuhanku. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui betapa mengharapnya mereka terhadap kehadiran seorang cahaya mata untuk menyerikan perkahwinan mereka. Hanya Engkau tempat mereka bermohon dan hanya kepadaMu juga tempat mereka mengadu. Ku mohon padaMu Ya Allah agar memperkenankan lah segala usaha dan hasrat mereka. Amin, amin Ya Rabbal Al Amin.
Pssst: Bila kita doakan yang baik-baik untuk orang, Malaikat akan doakan yang baik-baik juga untuk kita. =)
2. Bercerita tentang kemengandungan kedua ni, hehe, dah sebulan lebih ok, rumah I tak berasap. Kesian suami, kesian Iman Raneeya, tak dapat merasa air tangan I. =( I fobia nak masak sebab takut muntah. Bila muntah, ia adalah satu perkara yang sangat menyiksakan sangat bila kau kena tengok apa yang kau makan keluar balik T____T, pastu sampai terkencing-kencing sebab keluarkan muntah kencing pun terkeluar juga ;p dan siap krem-krem perut terbongkok-bongkok keluar disebabkan muntah itu. Haishhh, siksa wooo. Azreen siap pesan kat I, awak boleh tak muntah tu duduk, takda lah krem perut tu. Grrrrr, nasiblah I ni memikirkan tak nak susah bersalin so I ambil pendekatan jangan melawan Ain jangan melawan Ain, bila dia bagi cadangan yang bukan-bukan je sepanjang kemengandungan ni. Kain baju pula, tak usah cerita lah. Berlonggok baik punya takde selera nak melipat. MIL sampai offer suruh hantar kat rumah dia, biar dia tolong lipatkan. Tapi sebagai menantu yang baik budi cantik berseri, haha, berani kau nak hantar kain baju yang banyak tu kat MIL kau? Kalau tak malu pergi lah buat ;p
3. Morning sickness I datangnya tak tentu arah tak tentu masa. Ada time pagi, tengahari, petang dan malam. Dia datang ikut suka hati dia je. Ada masa tengah malam elok je tidur, sekali boleh bangun terlari-lari pergi toilet, menguweeeek. Haha, Nightmare sickness! Alhamdulillah, setakat ini, time muntah takde macam mengandung yang pertama dulu sampai kena berhenti-berhenti kereta kat tepi jalan nak muntah. I juga sekarang ni suka buat pendekatan menahan muntah selagi boleh. Kerja gila! Tapi tu lah yang i cuba buat. Tahan selagi boleh. Dah tak boleh tahan, baru luahkan. Menghazablah kau menahan sampai sakit kepala berpinar-pinar mata kembang tekak kejadah semua tu sebab fobia muntah punya pasal. Lagipun I takutlah nak berhenti-berhenti di tepi jalan nak muntah sebab Malaysia sekarang ni kan tak selamat mana. Lagi pulak dengan Iman Raneeya semua dalam kereta, takkan nak tinggalkan dia kan.
4. Pembawakan di Trimester pertama ni, selain malas, I ada satu perangai baru sekarang ni. Tak boleh buat apa-apa dalam keadaan cepat. Kalau buat juga, memang keneneng (pening + berpinar-pinar+mual) lah. Kerja ofis ke kerja rumah ke kena buat dalam keadaan slow and steady. Contoh, bila dapat surat keluar dari bos kan, kau mestilah excited dan laju-laju nak settle kan kerja kau kan sebab motto kerja, kerja hari ini settle kan hari ini gitew. Tapi, cuba lah buat laju-laju, confirm kau akan pening sampai ke petang bawa ke malam terus sampai rumah terlepek je. Time buat kerja rumah pun macam tu. Bila basuh baju, sekali basuh, baring. Sekali sidai, baring. Ha, ambik kau, sampai petang, tak siap-siap basuh baju sebab melayan pembawakan. T____________________T Rimas ok, buat kerja terhegeh-hegeh!
5. Sekarang ni, I tak hairan kalau ada perempuan yang fobia nak bersalin lepas dapat anak pertama. Betul, payah mengandung ni. Perkara paling buat I menangis sampai sekarang adalah keadaan tekak yang masam sentiasa. Serius, tak tertanggung tang perkara yang satu ini. Azreen pun dah tak larat agaknya bila hari-hari I dok ulang mengadu benda yang sama. Tak sampai setengah saat mengunyah makanan sedap, air liur masam berkumpul balik kat tekak. Siksanya. Itu belum menahan sakit contractionnya lagi. Haishh, dah tebayang-bayang dalam kepala dan terasa-rasa ni. Apapun, motivasi I untuk pujuk diri sendiri, bersabarlah. Tak semua orang mampu merasainya. I dah cukup bertuah Tuhan pilih untuk melaluinya. Bersabar Ain. Tak lama je lagi. Lepas 7 bulan, semua akan hilang. =)
6. Next week Majlis Konvokesyen I. Hmmm, berkira-kira sama ada nak pergi atau tidak. Tahu je lah kan majlis konvo ni, nak kena beratur masuk dewannya, nak kena tunggu tok nenek berucap segala, kena dok dalam dewan lama tunggu turn nak naik pentas, lama wehhhh!! Tah hapa jadilah nanti kalau I pergi. Entah larat entah kan tidak nak menghadap segala. Tapi... kalau tak pergi, momen tu datang sekali je. Tak dapat nak diulang-ulang dah. Takda lah nak konvo degree lagi dah lepas ni melainkan I rajin nak sambung degree lain pulak lepas ni. Eh, kalau pergi nak pakai baju apa ha, makeup? ;p
Ok lah.
Dah.
Itu sahaja penulisan kecederaan emosi mak buyung untuk hari ini.
wah...2nd baby coming soon yea...jaga diri ^_^
BalasPadamciannye..
BalasPadambaca sickness orang pon da seksa. ni plak nak tanggung.
syukur Allah bg aku mudah time preggy dulu.
aku doakan ko kuat ye Ain..
cepat2 abeh musim orning sickness ko tu. insyaAlah..
take care dear...
BalasPadamhurmmm macam² ye!
BalasPadamape² pun take care tau..
alahai...siannya ko...
BalasPadamharap cepatlah beransur pergi morning sickness ko ni...
ko byk2 sabar ye...byk pahala ko tu...
eh terbayang-bayang contraction tu memang betul ain. i dapat tau pregnant for 2nd time terus imagine time nak beranak.. duuhh cakeett.. =)
BalasPadamsiannya ko Ain..
BalasPadammmg teruk cenggitu ke,maklumlah kita xde pengalaman gitew.haha
smp krem perut2 ye..
psst!ai dulu pakai bj kurung jerk.tp kan ain kalo x pegi sedih la jugakkan,x rasa lah moment berdebar + bangga + kembang kuncup masa jln ats pentas tu kan,maklumlah org kan tgh tgk ;p
Ciannya....uikss...mmg tak terbayang morning sickness, muntah biasa pun dah rasa semacam...adoii...Ym dulu, alhamdulillah takde morning sickness.U, take care yer...:)
BalasPadamaminnnn untuk doa tu!!get well soon dear...jaga diri elok2 k=)
BalasPadam