Khamis, 25 Oktober 2012
Berapa besar bayi anda semasa trimester pertama?
Haha. Repost entri masa 9 bulan pertama dulu.
Dulu kan main, excited mengandung sulung kan, so, macam-macam lah yang digooglenye, terus dapat info comel ni. So, meh kita baca semula walaupun, next week kandungan I dah masuk minggu ke 12 pons.
Eh, mengandung yang kedua ni excited juga. Excited nak tahu jantina lepas tu excited nak tahu macam mana pula bahagian I bersalin kali ni. =)
4 minggu.
Hai ibu… Saya tinggal dalam rahim ibu. Nama rasmi saya sekarang ialah EMBRIO :-) (Dulu saya zigot) Percaya tak? Panjang saya ketika ini hanyalah 1.5mm! Hanya sebesar sebiji sawi. Tapi awas! Sehingga minggu kesepuluh, saya akan berkembang dengan pesat sekali. Tunggu…
5 minggu.
Saya kini sepanjang 2.9mm, sangat kecil. Saya mula dikurniakan dengan jantung, buah pinggang, paru-paru dan perut. Adanya saya dalam rahim ibu, buatkan hormone hgc dikesan. Dua garisan muncul di kit pemeriksaan mengandung kepunyaan ibu. Ayah pasti gembira dengan berita ini :-)
6 minggu.
Ibu… Saiz saya kini 4-6mm. Seperti saiz sebutir lada hitam. ( Oh! lada hitam ini akan jadi teman setia nasi ibu dalam pantang ya… :-) Mata, telinga, hidung, pipi dan dagu saya mula membentuk! Cepatkan? Jantung saya juga sudah mula berdegup. Dua kali ganda kencangnya berbanding jantung ibu.
7 minggu.
Wah! 2 kali ganda saiz minggu lepas, kini saya 7-9mm panjang. Seperti saiz biji kopi. 100 sel otak baru setiap minit! Sungguh pantas. (Jangan lupa asid folik ya ibu…) Tangan dan kaki saya juga sudah tidak melekat lagi ke badan, kerana saya kini sudah ada sendi – tak sabar saya mahu berlari bersama ibu di taman :-)
8 minggu.
Saya membesar 1 mm setiap hari! Minggu ini saya sudah 8-11mm, dan berat saya pula lebih kurang 1.9g. ( Oh berat ibu itu bukan hanya datang daripada saya. Air ketuban dan uri juga menambah berat ibu :-) Saya juga kerap menggerak-gerakkan kaki dan tangan saya (sekarang ibu belum dapat merasainya lagi. Ibu sabar ya…).
9 minggu.
Yey! Saya sekarang sudah bertukar status. Saya kini adalah JANIN. Saya sudah mula kelihatan comel :-) Saya juga semakin panjang. 13-17 mm! Saiz sebiji anggur. Ibu boleh membayangkan saiz dan berat saya seperti cincin perkahwinan pemberian ayah. Jika ibu membuat pemeriksaan bulanan, ibu mungkin dapat mendengar degupan jantung saya.
10 minggu.
Ibu letih ya? Sabar ya… hanya 2 minggu sebelum ibu masuk fasa bulan madu. Minggu ini saya semakin membesar dalam rahim ibu. Panjang saya lebih kurang 3 cm. Jika ibu di pejabat, ambil 4 klip kertas, itulah berat saya :-) Oh saya juga sudah ada jari kaki dan juga kuku. Dan yang paling menyeronokkan sekali, ekor saya sudah hilang!! :-D
11 minggu.
Ibu suka makanan Jepun? Californian roll tak mengapa, tapi elakkan sushi (ikan mentah) ya ibu. Ops, sebenarnya saya nak beritahu ibu satu rahsia. Panjang saya kini 4 cm, dan berat pula 7 gram! (seperti californian roll)
Minggu ini, selain daripada mendapat sepasang anak mata, saya juga ada hobi baru – menendang dan menggeliat. Saya juga sudah mula tersedu. Tapi ibu belum perasan perubahan ini.
12 minggu.
Panjang saya kini lebih 7 cm, dan berat pula 14 gram! Ya, saya kini sebesar limau nipis. (Oh ya, ibu tidak perlukan banyak limau nipis untuk melegakan mabuk hamil lagi, kerana minggu ini ia akan beransur hilang.) Nisbah panjang kepala saya dengan bahagian lain badan adalah sama. Agak pelik sedikit. Tapi, struktur otak saya sudah sempurna, walaupun ia belum lagi mencapai saiz seperti masa lahir nanti.
kopipes dari: hidd
sumber asal: ratuhati.com *bace kat sini sgt comel.
notalipscumel:
semoga Allah permudahkan segalanya. semoga ada rezki kami untuk yang kedua ini. amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
insyaAllah... teringat dulu masa preggy, hari2 menghitung umur dak cumil dlm peyut... bilalah nk kuar... kikiki... mesti ain pun rasa cam tu kan... (^_^) i pun selalu bc ratuhati ;)
BalasPadamamin :)
BalasPadam-gajahputih
InsyaAllah...akak doakan semuanya kan baik2 sajer...
BalasPadam~makgajah
salam kenal dikk
BalasPadamteringat pula zaman preggy dulu2 .. huhuh rinduu
apa2 punn akak doakan semua selamat ;)
Euwww. Rase nak pregnant balik. Hahaha
BalasPadam~ustajah
zana doakan segalanya dipermudahkan Allah.. insyaAllah semuanya baik2 jer.. take care my dear!
BalasPadam