Jumaat, 19 Oktober 2012

Lagi-lagi gambar konvo! ;p

Sila muntah sekarang kalau dah meloya tengok gambar konvo I. Haha. Eleh, pregnant lah tu nak muntah-muntah ;p
Kalau kat wall FB I memang dah penuh dengan gambar orang pakai jubah maroon hood pink ni, sekarang moh kita penuhkan kat blog sendiri pula.

Eh, sebelum tu, izinkan lah I happy-happy ye meraikan kejayaan diri sendiri walaupun hanya mendapat segulung degree je. Tahu, bukan dapat Ph.D pun nak bangga kan main, tapi belajar dengan duit sendiri, korbankan masa keluarga, anak suami di hujung minggu, masa hujung minggu sendiri pun terabai tak tentu arah, korbankan duit dan menahan diri dari membeli itu ini sepanjang pengajian, rasanya lain tau! Hanya orang yang merasai je memahami. Air mata ni sentiasa bergenang-genang je tau setiap kali melihat diri sendiri memakai jubah maroon berhood pink tu.

=,)

Berkumpul di bawah pokok menanti classmate yang lain sebelum beratur masuk dewan. Tapi hampeh, sebab classmate yang lain dah siap-siap beratur pun. Haha.

Yang tengah tu kan main, sebelum masuk dewan, siap tak nak makan sebab tak lalu kononnya excited nak naik pentas. Haha. Sekali, amek kau, lemah lesu menonong cari air bila keluar dewan!

My Nakhoda, bodyguard, BFF, soulmate, rakan pergaduhan, rakan pentiduran, etc! Tqsm sebab sentiasa memahami dan memberi support.  Tqsm juga marah pak guard UPM haritu sebab suruh I jalan laju2.  Haha. Love you till jannah Cinta Hati! Ehem-ehem, lepas bersalin sambung master ea? ;p

Credit to Rizal Razak, suami Ila for this pix. =) Gambar rasmi dari UPM, sabtu ni baru nak pi ambil.

Ciuman kasih sayang, auww!

Beratur untuk menerima Ijazah. Kah kah kah, i jadi orang 1st yang naik untuk course I. Serius berdebar macam nak buat presentation lak time tu sampai urusetia brief apa tah, I tak dengar apa pun. Lagi berdebar, bila mata 40 orang yang kat atas pentas tu tertumpu kat I bila i dah berdiri kat check point.

Mantan ketua class. Dari mula daftar belajar, sampai lah nak konvo, tetap menjalankan tugas sebagai ketua class. Sentiasa memberikan pertolongan walaupun sebelum dia tolong, dia akan fire kau dulu. Haha. Mau tak kena fire, selalunya bantuan yang diminta mestilah di saat-saat akhir datangnya. ;p  Time ni dia baru lepas pin kan hood I tak bagi meleret-leret time jalan. Lepas tu, turn Shitha lak.

Credit to Photog Nazrul for this picture. Memasing hired Photog ok! Ahkak je datang berlenggang kangkung tanpa Photog or Videog. Menumpang gambar kawan-kawan je lah.

Gambar dari Photog Nazrul (tengah) lagi. Gambar ala-ala penerima Anugerah Diraja untuk akhbar Kosmo. Kahkahkah.

Lastly, gambar dijemur tengah panas oleh Urusetia sementara menunggu turn masuk dewan. Time ni pukul 1.45 macam tu. Matahari memang tengah terpacak lah. Becak ketiak woo tapi tetap maintain senyumm.

10 ulasan:

  1. nampak semua gambar ain ni berkobar-kobar i nak further study.. =))

    BalasPadam
  2. teringat masa saya konvo dulu..my parents datang lambat tau x dapat tgk anak dorang nie naik pentas uhuhhuuu..

    tapi gembira tgk dorang bangga :)

    BalasPadam
  3. amboi pak guard tu nak marah mak buyung ye...padan muka dia kena marah balik...ekekek...

    tahniah nok...i'm really hepi for you darl!!

    BalasPadam
  4. bestnyeee...
    aku kene tgu lagi 4 tawon.. huhuhkkkk

    BalasPadam
  5. ecececece...
    hepi xtau nk gmbarkan mcm mn kan ;p
    hati berdebar,jntung bedegup laju ngalahkan lps lari 100 m je kan time tggu kat check point tu,ms tu lah nk tekencing,sakit perut suma bertandang kan..kan..

    adoyaii..sgt lah manis kenangan tu kan =)

    BalasPadam
  6. sweet moment kan..tahniah ain...baby ttp smngt dlm pewot time mamanya terima skroll....pasni ma plk...tabik spring....

    BalasPadam