Ehem-ehem.
Haha.
Dah Syawal ke 11 uols!
Cepatnya masa berlalu. Pada yang tengah buat puasa enam Syawal tu, Alhamdulillah, tahniah ye. I je masih belum berkesempatan. Yang wajib pun tak buat lagi ha ;p
Ok, jom teruskan dengan posting cerita raya 2012.
Tahun ini kami beraya sakan.
Sampai tak ingat nak balik rumah sendiri. Kahkahkah.
Eh, sebelum tu, macam biasa lah, kalau tak buat posting selambak, bukan Dakpink lah kan namanya. ;)
Ni masa 1st Syawal lagi. Gambar-gambar ni dalam handphone I.
Gambar Iman Raneeya yang tak mahu dipegang tu pun ada. Dia buat hal sendiri je di pagi raya selain sibuk menengok kami beraksi di depan camera. Haha.
Then lepas Zohor, kami bergerak menuju ke Mantin, meneruskan aktiviti tahunan seperti tahun-tahun lain iaitu menziarahi pusara nenek dan datuk di sebelah Abah.
Kat rumah arwah nenek ni lah Makcik I dok jaga Iman Raneeya.
Even arwah dah takde, anak-anak tetap pulang ke sini di Hari Raya pertama di belah petang untuk menziarahi pusara.
Masih di mantin hingga ke petang.
Then, sebelum pulang ke Melaka singgah kat rumah I tok solat Maghrib dan singgah beraya di rumah jiran sebelah.
Sampai malam uols weols pakai baju raya pertama tu. Yang lelaki lengkap bersampin sampai malam getewww.
2nd Syawal, I dah berada di Melaka dah.
Dalam tengahari macam tu, kami gerak ke Bukit Katil beraya di rumah Pakngah Azreen bersama FIL. Lepas ke Bukit Katil, kami ke Kandang pula.
Then sebelum balik Nilai, FIL singgah beraya di rumah keluarga I.
Malam kedua Syawal ni lah i hangin dengan husben sendiri sebab dah janji nak keluar dating dengan I, boleh pula lepas tu dia nak mengekor makpak I pi beraya!
Disebabkan tak jadi nak keluar deting, I kirim kek kat adik I.
So, malam tu juga kami celebrate birthday Ogos babies iaitu Ibu, Aril & Mak.
3rd Syawal, i tak ingat i pi mana dan buat apa.
Mungkin hari ketiga i tak pi mana. Hanya duduk di rumah membelasah buah kedondong ibu I.
Kedondong cicah kicap & gula kan main sedap sangat.
Malam raya ketiga tu, baru lah I terhegeh-hegeh nak pi beraya ke rumah saudara-mara sekeliling rumah. Tapi gambar takdelah sebab sibuk melayan Iman Raneeya yang crankywanky.
4th Syawal, husband ajak detim!
Haha. Ambil peluang sebab ada orang nak jaga Iman Raneeya kan, so kami pun keluarlah berdua-duaan.
Pi tengok wayang cerita The Expandable 2.
Best giler cerita ni. Dapat tengok hero-hero tua, Rambo, Lone Ranger, Terminator, Van Damme, & lain-lain lagi berlakon. Sayang sangat tau dalam cerita ni watak handsome mati awal ;p
Aktiviti wajib kalau pi AEON Melaka.
Makan, BR & Auntie Anne's celup cekelat. ;p
Malam tu pula, teman Ikin pi beraya di rumah saudara sekeliling rumah.
Almaklomlah, orang raya di perantauan kan, baru berkesempatan nak kunjung-mengunjung. ;p
Balik dari beraya, kami paksa Azreen ambil gambar weols.
Kahkahkah.
5th Syawal, time tok pulang ke rumah sendiri.
Sebelum balik singgah ke Batu Berendam sat, rumah kawan Azreen.
6th Syawal, Kak Ipar jemput datang beraya kat rumah dia di Ampang.
Kan main lama bersidang kat sini ok. Dari pagi sampai petang.
Maunye tak bersidang lama, tengok la menu hidangan.
Sedap tak hingat.
Ni menu petangnye pulak.
Kan main. Berkilo-kilo lah berat i naik.
Punya lama kat sana, sampai tak sempat nak penuhi jemputan Balkidz datang ke rumah dia. Mahap ye cik puan Balkidz tak dapat nak datang. Bila dah jumpa saudara ni, pepaham je lah, borak tak boleh nak stop dah.
7th Syawal, pulang ke Melaka semula.
Sebelum tu, jom pekena nasi lemak haji mat nor yang sedap kat mantin tu.
Malam tu pula, menghadiri Majlis Rumah Terbuka pakcik i di Tanjung Bidara.
Meriah majlisnya siap ada band dan bunga api merdeka.
7th Syawal, balik rumah sendiri.
Tapi sebelum balik, singgah ke rumah classmate masa sekolah rendah dulu.
Dah 17 tahun tak jumpa uols, terus buat jejak rakan sekolah lama ha.
Kawan I yang baju hijau tu. Dia dulu pandai banyak dari I. So, lepas sekolah rendah, dia masuk asrama penuh. I yang pandai sikit ni pi sekolah biasa je. Tak banyak yang berubah pun kau Aswad. Masih seperti dulu juga. ;)
Lepas balik dari rumah Aswad, hantar dan beraya di rumah adik I pula kat Semenyih.
8th Syawal, bawa FIL & MIL pergi beraya. Lepas beraya, kami singgah kat R&R Seremban pekena Mee Rebus MIL belanja.
9th Syawal, bersilat di ofis menerima kunjungan dari Pelajar Ayoma Gakuin University, Jepun yang kawaiii dan menjadi tuan rumah majlis sambutan hari raya peringkat jabatan.
Ok.
Dah.
Tu je.
Banyak program uols. Letih, penat, tapi best sebab dapat bersama keluarga dan yang tersayang.
=)
Sekian.
Wahhh meriah sungguh raya...
BalasPadambanyaknya gambar raya cantik2 kita tahun ni gambar raya tak banyak mana pun.
BalasPadamselamat hari raya
tu dia...
BalasPadammmg raya sakan la mcm tu.kira activities penuh ni dr pg smp ke ptg =)
**tema silver ye ain raya baru ni =p
Raya sakan ni kak huhu
BalasPadamRaya sakan ni kak huhu
BalasPadam-gajahputih
wah bestnya korang beraya.. kitorang balik kg haritu alahai bosannya.. almaklumla kitorang tak bawa keta sendiri so bapa mentua yang bawa.. mana dorang pegi tpaksa la ikut.. kalau tak g mana2 tpaksa la duduk rumah nenek husband jer.. adui..
BalasPadamcomelnye anak u :) btw,the expandable 2 best kan?tp tulah..syg..hero hensem mati awal :(
BalasPadammana yg aku nak komen dulu neh>? adoi la...rasa mcm nak komen semua gambar...ekekek..
BalasPadammeh aku komen ni:
-aku suka tgk gambar ko kat tingkap ala2 gadis melayu tu...
-aku tak pernah mkn kat auntie anne's tu...kesian tak?
-kenapa ko tayang BR hah? dah buat aku teringin je....hujung minggu ni nak pekena BR la...sedapnya...
-gambar Iman Raneeya muncung mulut tu comel giler ko...
meriahnya raya!! seronok la beraya bila anak dah mula tau erti berhari raya.. hihihi..
BalasPadamTakpe kak! pahammm.
BalasPadamehh, nanti ade rezeki tahun depan bleh ahh raye umah akak kat melaka tu. hihi