Khamis, 2 Ogos 2012
Iman Raneeya @ 15 months old: Demam campak.
Budak kecik ni demam start hari ahad tuari.
Bangun pagi tu, rasa badan dia kan main panas. Ukur suhu, mak oi, 38 darjah celcius! Terus pagi tu dalam 6 lebih mandi kan dia dengan harapan panas akan surut. Belajar dari pengalaman lalu kenn, tu yang terus mandikan dia aje.
Dalam hati terdetik, mungkin Iman Raneeya demam nak beralih bulan dan nak pandai bercakap kot. Budak kan biasa macam tu.
Tengahari tu pulak, Ummi ajak pi jumpa Affa dan Zack, kawan sekolah teknik, so angkut lah dak kecik tu sekali sebab Apak ea dah sound, kalau nak keluar bawa dia sekali. Tak larat nak handle si kecik lah tu, tu yang kan main suruh bawa jangan tinggal. Haha.
Malamnya, berbuka kat Aeon S2. Tengok Iman Raneeya macam dah ok je. Memang takde panas apa pun. Dia behave je sepanjang kat sana. Keluar berjalan kan? Memang kegemaran dia, so memang behave sesangat lah. Siap tak malu joget-joget kan main time ada budak-budak cina buat show time tu.
Balik dari S2 malam tu, mandikan dia. Sebab dah mula rasa suhu badan dia naik balik. Aishhh, menyesal pulak rasa keluar berbuka petang tu. Lepas bagi susu dia tidur dan bermula lah tugas mummy mengukur suhu. Siap naik sampai 39 darjah celcius lagi. I siap wassap dgn Ummi minta pandangan dia semua. Suggestion ummi suruh lumur dengan air asam jawa pun i buat untuk kurangkan panas. Cool fever pun letak. Tak lupa juga pi jengok blog si Balqis, kot-kot lah ada simptom HMFD kan, tu yang takut tu. So, i aware dan pantau je lah suhu Iman.
Pagi Isnin, suhu Iman dah kembali normal. Bangun sahur pagi tu pun, tengok dia ok je. Tidur malam even badan panas tapi xde lah merengek-rengek, so I dan suami decide pergi kerja je lah. Mungkin Iman dah ok.
Balik kerja, pergi ambil Iman, makcik inform Iman dah sihat dah. Takde demam pun. Tapi tetap tak puas hati sebab tengok mata dia kuyu je. Call ibu, cerita problem. Ibu suruh try cari air kelapa bagi Iman minum. Malam tu juga I suruh Azreen pi cari air kelapa sebab lepas berbuka badan Iman Raneeya dan panas balik. Suhu naik 38. Dalam pukul 10 macam tu, naik 39 pula. I dah mula risau dah. Call Azreen tanya kat mana, dia kata dah nak sampai dah. So, i cakap you tak payah masuk, kita terus pi klinik.
Sampai kat klinik 24 jam, Alhamdulillah, orang tak ramai. Lepas register terus dapat masuk jumpa Dr. Dr. check-check, dia kata demam biasa je ni. Nanti dia bagi ubat. Dia pesan suruh lap-lap badan Iman bagi kurangkan panas.
Lepas balik dari klinik, sampai rumah, terus mandi kan Iman. Tapi malam tu dia melalak-lalak bila kena mandi. Macam kena pukul je melalaknya. I assume dia marah kena mandi sebab kejut dia tidur, so i tak layan lah lalakan dia, terus mandikan je.
Malam tu dalam pukul 1 I amek suhu masih lagi 39 darjah celcius dan lepa I amek suhu, boleh I tertidur sampai pukul 4 pagi. Tersedar sebab Iman Raneeya merengek, terus bagi susu dan dia pun tertidur. Amek suhu lagi, mak oii, panas dia 40 darjah celcius. Terus kejut Azreen cakap nak pi klinik, tapi dia suruh tunggu sampai pukul 8.
Pagi tu, I mandi kan lagi Iman Raneeya. Memang teori mandi dapat hilangkan panas tu I apply sokmo je lah. Keadaan Iman Raneeya time mandi tetap melalak-lalak lah. Haishhh. Lepas mandi, suruh dia minum air kelapa yang dibeli malam tadi.
Pergi klinik kerajaan pulak kali ni sebab Iman ada check-up bulanan so, sekali jumpa Dr. untuk tengok demam dia. Macam yang I dah agak, Dr. still cakap benda yang sama: Dia demam biasa je ni. See, dia nak tumbuh gigi. Biasalah baby, nak tukar bulan memang akan demam sikit. You basahkan kain, lap badan dia. Make sure buat ya sebab baby kalau panas sangat boleh tarik sawan. Kalau tak kurang juga panas nanti you bawa datang lagi ye.
See, tetap cakap demam biasa!
Petang tu pula I dah janji dgn kwn2 upm nak berbuka sama-sama. So, ingat nak masak lah kan, bawa something since I e.l tak kerja. Tapi tak berkesempatan pun nak masak sebab Iman asik lah melalak tak boleh letak. Nak melekap je kat I. Hilang sekejap pun melalak.
Lalakan dia bersambung lepas berbuka di UPM. Serba tak kena. Letak nangis. Dokong nangis. Pangku pun lagi menjadi-jadi nangis. Bagi susu ditepis-tepis nye. Terus I buka baju dia, mandikan lagi. Lepas mandi lagi menjadi-jadi dia menangis sampai i hilang sabar, tampar bontot dia. T_______T
Serious hilang sabar time tu weh. Mungkin sebab letih dan penat kot, tu yang terus terkeluar tindakan luar kawal. Azreen time tu pulak siap cakap: Dah ye, Iman nak tidur. Besok-besok main ye, sebab dia ingat anak dia tersampuk. Boleh?
Dia tidur dua jam, bangun lagi sambung nangis. Gitulah sampai pagi.
Nasib pagi tu ibu I call dalam pukul 5.45 macam tu tanya keadaan Iman, kalau tak memang tak sedar sampai ke pagi lah sebab masing-masing dah keletihan melayan tangis Iman.
Pagi tu nampak dia macam dah ok, siap lepas bangun tidur minta susu sendiri. Kelaparan lah tu. So, I dengan Azreen rasa elok kita orang kerja je. Pergi kerja I siap doa, moga Iman ok lah. Tak sanggup dah tengok dia menangis melalak.
Tapi, lain yang dimohon, lain yang menjadi.
Petang balik kerja, bad news diterima bila makcik I tunjuk bintik-bintik merah kat muka Iman.
Alahai anak mummy, confirmed dia kena demam campak dah.
Patutlah dia melalak bila kena mandi.
Demam campak kena air, meleding-leding miangnya weh!
T________T
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
alahai siannya.. semoga cepat sembuh yer Iman Raneeya.. apsal doktor tetap kata demam biasa.. check la betul2.. budak2 dia mana la tahu nak cakap yang dia sakit apa.. jadi kita pun fikir dia demam biasa je..
BalasPadamalooo kecian nyeee cepat sembuh yee
BalasPadamDemam campak, alahai siannya.
BalasPadamTapi Dr yang saya pergi lagi suggest mandikan dia selalu. Memang akan rasa miang. Selepas tu sapukan cream sejuk yang dokter bagi tu. Insya'Allah akan okay. Ada anak kecil macam tu la Ain..
Same goes to me. Dalam tahun ni, dak tetonet tu dak kena demam campak dan chicken pox gap 3 bulan. =(.
Get well soon baby.
alololo siannya drg, cepat sembuh lil darling Iman Raneeya yea..
BalasPadamlah kesiannya IR.........pasti dia x selesa tuh..nangis jer..nih confirm lah asik nak berkepit jer dgn mummy dia ni
BalasPadamkami doakan IR lekas sembuh yer :)
yaAllah kesiannya iman.. get well soon yer baby.. kat nursery ni pun ada budak kena campak.. takut je berjangkit dengan aisya.. isshhh..
BalasPadamlast time anak saya pun mcm tu juga, naik bintikbintik merah tapi banyak kat belakang badanla..kena demam campak...barubaru ni ingat kena chicken pox lastlast kena scabbies...kesian kalau tgk budak kecik sakit kan...
BalasPadamsemoga cepat sembuh iman
awal iman kene campak.
BalasPadamaku riso gak. Nuqmans lom kene campak lagi.
cmno la aku nk handle kalo kene.
jenuh tu. sah2 jangkit.
huuu
semoga iman cepat sembuh alahai risau kalau anak kecil tak sihat tak boleh nak tido fikirkan sabar ye ain
BalasPadamsemoga cepat sembuh ye sayang.. demam campak memang tak tahan.. huhuhu.. penah kena time sekolah rendah dulu :(
BalasPadamsiannya iman....semoga cepat sembuh ye sayang....
BalasPadamjgn nangis2 yer..iman kuat kan...
semoga cepat sembuh yer my dear.. nanti bila dah sihat boleh la bergaya utk raya..
BalasPadamsiannya IR kena campak..
BalasPadamdoa IR cepat2 sembuh eh..active seperti biasa.amin :)