Puasa dah masuk hari ke 20 dah,
=p
Macam biasa, baru terhegeh-hegeh nak share gambar berbuka, walhal orang lain dah berzaman letak kat blog. Haha.
Hopefully, i boleh recall semua menu berbuka lah.
Day 8 ~ Asam pedas ikan ape tah, Daun turi masak lemak, ikan masin goreng bercili, roti jala, kangkung goreng belacan, sayur campur for kids and ada beberapa menu lagi i tak ingat.
Berbuka kat rumah mentua lagi. Kali ni lagi meriah sebab semua adik beradik Azreen ada. Yang takde pun, anak buah yang dok kat MRSM Langkawi tu je.
Day 9 ~ Teringin nak makan steamboat, lalu menuju ke Jonis je untuk berbuka. Area Seghomban ni tak berapa tahu lah kat mana ada steamboat yang sedap.
Time ni lah si kenit tu dah mula domam.
Berbuka kat Jonis memang menguji kesabaran juga, tapi sebab dah biasa kan, buat tak endah je lah dengan kelakuan si Iman Raneeya. Walaupun dalam keadaan nak demam tu, aktif tetap aktif ye siap nak celup tangan dalam periuk panas tu. Haishh budak itu! Pok kang!
Day 10 ~ Mee celup, daging masak merah, telur dadar, kuih badak bermandi-manda.
Beli je semua sebab anak tak sihat, so Mummy tak berapa sempat nak masak.
Day 11 ~ Menu pelbagai. Macam-macam ado, tapi semua nya beli. Ada nasi, lauk ikan kembung masak asam pedas, gulai lemak pucuk ubi, ikan bercili, buah-buahan, roti john, ayam golek, air sarsi dan macam-macam lagi.
See, muka budak hampir nak demam campak tu. Ketara kan muka dia nampak tak sihat. Tapi i angkut juga ke UPM sebab dah berjanji dgn kawan-kawan nak berbuka bersama, so haruslah ianya ditepati.
Day 12 ~ Air kopi tu I punya. Air wajib untuk berbuka ;p Suami lak minum air masak sejuk je. Memang tu menu air dia hari-hari. Senang dan mudah.
Menu untuk hari kedua belas, i masak mee kari untuk diri sendiri dan untuk suami dia request ayam masak merah & suhun masak air bersama telur.
Day 13 ~ Sayur bayam rebus, ayam goreng celup tepung berempah, sambal belacan tiada dalam gambar dan kuih muih param beserta mee siput kak najwa bagi cicah sambal ikan bilis.
Haishh, sedap nye mee siput!
Day 14 ~ Mood malas masak menjelma. So, masak sardin masak kicap itam bersama telur dadar je lah. ;p
Day 15 ~ Satay Kajang
Time ni I ada p.m.c kat Damansara. So, ingat nak berbuka kat IKEA. Tapi disebabkan tak mahu kena tunggu sampai pukul 6 baru boleh booking untuk berbuka, terus laju-laju lari ke Kajang pi makan satay. Tu pun tak sempat sampai ke Kajang ontime waktu berbuka. Kena beli Sandwich Dunkin Donut yang sebelas hinggit tu dalam perjalanan untuk buat alas perut berbuka puasa. Sebelas hinggit tau Encik Suamiku tercinta! *jeling
Nak tahu apa itu P.M.C?
Tungguuuuuuu!!!
Haha.
Day 16 ~ Tiada gambar.
Time ni berbuka kat rumah Makcik I yang jaga Iman Raneeya tu. Macam-macam ada, lauk daging masak lemak cili padi sedap kan main, laksa penang terbaik makcik buat, ayam masak merah dan kuih-muih dari PARAM. Sodap hingga menjilat jari lah sampai I makan tak reti nak bangun-bangun dah.
Day 17 - Berbuka di Rumah Kira- kira, department I bekerja. Menu malam tu, udang sambal, kerabu mangga, cendawan masak lemak cili padi, ayam goreng berempah dan pelbagai lagi menu yang disponsor oleh ofis mate. I bawa tapai & kuih lopes. ;p
Ni gambar sebelum balik majlis tu.
Dua orang budak kecik yang kan main aktif.
Day 18 ~ Pun malas masak juga even dah beli ikan siakap bawal segala mak nenek semua tu. Elok je sampai jalan masuk ke rumah, I bersuara: Rasa malas lah nak masak. Kita beli je boleh tak suami ku tersayang?
Haha.
Terus pusing balik pi beli sup ayam, telur dadar yang dalam dia ada isi tu, mee goreng basah.
Ok dah. Tu je posting untuk hari ini.
Menu hari ni pulak tak sempat nak edit gambar, so, kita kumpul kan lah untuk posting akan datang. Boleh macam tu?
Kahkahkah.
Selamat berpuasa semua ya.
Psssttt,
ada dalam 9 -10 hari lagi nak raya weh!
;p
wow bestnya korang berbuka puasa.. (^_^) selama saya pregnant ni memang takder selera nak makan makanan kat luar.. adui..
BalasPadamsempoi kak.. Update sekali bnyk menu.. hihi..
BalasPadamlagi 9 hari nak raya, aku berjaya tak update walau sekeping pun gambar makanan bulan puasa ni...hip hip horey!!
BalasPadamseronoknya makan-makan.........
BalasPadamsedap-sedap belaka.......
tahun nih x kesampaian nak amik gamba juadah berbuka....
BalasPadamkekangan masa...ceeeeehh...konon..hahha
tp paling menyelerakan skg ni sambal udang dan sadin...itu lah paling sedap waktu puasa ni.