Rabu, 30 Mei 2012

Rabu tanpa kata. #13



Iman Raneeya @1 tahun 1 bulan / 13 bulan:

1. Masih belum berjalan tapi terkini dia suka bangun sendiri, berdiri, lepas tu joget-joget goyang bahu.

2. Dengar azan ke, orang mengaji ke, mesti tadah tangan.

3. Suka tidur menonggeng. Ada cacing dalam perot agaknye kot.

4. Gigi sudah ada 6 batang.

5. Berdrama swasta macam kena pukul kalau suruh minum Scot's Emulsion.

6. Sesekali akan terdengar dia sebut Aaaaapppeee?

7. Masib tak pandai sebut Mummy. Bila ajar mumm mmy, dia akan sebut mammm ma.

8. Masih kekal dengan perangai perlukan selimut dia untuk dihidu2 nak bagi tidur.

9. Sangatlah aktif sampai kadang-kadang rasa tak terkawal.

10. Hanya mampu bertahan 5 minit sahaja dalam stroller baby atau stroller kat supermarket tu. Lepas tu, pelbagai cara dia akan cuba nak lepaskan diri.

11. Pantang nampak makanan, mesti akan jerit mamam! Kalau baca buku, ada gambar buah dalam tu, kita sebut buah, dia sebut mamam.

12. Makan boleh tahan banyaknya, tapi susu kurang.

13. Last checkup haritu, graf BMI dia, satu line je lagi nak sampai ke kurang zat. Berat dengan tinggi tak sepadan.

14. Suka buat perangai sekarang ni, nak Mummy mengadap dia saja. Kalau marah, dia akan buat sengih lebar.

15. Haihhh, dah sampai nombor 15? Haha. Rabu tanpa kata lah sangat kan? ;p

Ahad, 27 Mei 2012

Demi masa, manusia selalu lupa.

1hari = 24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan, 52 Minggu, 365 Hari, 8,760 Jam, 525,600 Minit, 31,536,000 Saat.

Secara normal manusia meninggal dunia (tahun)
Purata:
60 th hingga 70 th
(65th)

Carta:
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

"Baligh: Permulaan seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Lelaki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, secara purata:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~
65 - 15
= 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun, 18,250 hari, 458,000 jam, 12 jam siang hari, 12 jam malam hari, 24 jam satu hari satu malam.

Gambaran kasarnya,
Mari kita muhasabah bersama.

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya:
Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton TV, facebook, bloging atau mungkin dihabiskan termenung dengan berangan. ;p

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Nampak?
So, bila masa beribadahnya?

Padahal Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud;

"Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu".

Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntut untuk merenggut, Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka, sampai masa, terimalah habuanmu seadanya.

Memang benar, menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar.

Memang benar, bekerja mencari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya. Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya.

Lalu Bila Nak Beribadah?
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi?
Kerana kita fikir,solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga.
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit, 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat. Ini kalau yang solat 10minit, kalau solat macam ayam patuk tanah tu pula macamana?

2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita, itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.

Logiknya,
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat.
Ingatlah negeri kita, AKHIRAT.
=)

sumber: orang bijak pandai.

Isnin, 21 Mei 2012

Iman Raneeya @ Bukit Broga.

Hello lovely aunties and handsome uncles.
=)

Aunties semua dah pernah mendaki Bukit Broga?

Saya sudah!
Mummy and Daddy bawa saya pergi mendaki sabtu lepas.
Seronok sangat pergi mendaki. Lagi bertambah-tambah seronok sebab Daddy yang carry saya.


Thank you so much Daddy sebab carry saya.
Thank you kat Mummy dan Uncle Fazz juga sebab sepanjang pendakian, sentiasa suap saya makan dan menghiburkan saya dengan bermacam-macam ryhmes dan lawak. So, saya takdelah cranky dan menangis.


Bergambar dekat buaian angkasawan negara. ;p
Saya dan Mummy tak naik sampai puncak pun sebab Daddy tak bagi. Daddy cakap, jalan menuju puncak bahaya sikit dan orang time tu ramai pulak. So, saya dan Mummy tunggu Daddy dan kawan-kawan Daddy kat sini saja.

Abaikan Mummy yang bam bam tu ea. Bam-bam pun, dia steady je mendaki. Mentang-mentang lah Bukit Broga tu tempat latihan dia nak fit.

Psst, pagi tadi Mummy emo sikit bila baca berita pasal Aishwarya Rai gemuk tu. Haha. Mummy cakap, orang tak tahu betapa payahnya nak kurus balik lepas bersalin. Payah! Mummy siap cakap, gemuk lepas bersalin ni pun satu pengorbanan juga untuk suami tau sebab nak bagi anak, badan sendiri terkorban. Tak semua orang boleh kembali dapatkan badan asal macam lepas bersalin. Kalau ada pun, boleh dikira.


Saya!
Gambar dari pandangan atas.


Camwhore dengan Mummy.
Menghabiskan masa dengan bergambar sambil menunggu Daddy.


Penat bergambar, saya berpiknik pulak.
Lapar dan hauss sangat lepas mendaki.


Manalah Daddy ni, lama dah tunggu kat sini.


Lepas Daddy dan kawan-kawan dia selesai bergambar kat puncak. Kami pun turun. On the way turun, saya tertidur dalam carrier.

Sampai je kat kereta Mummy dokong saya dan letak dalam kereta.
Tapi, saya tidur sekejap je pun dalam kereta.


Dah bangun, terus saya ajak Daddy jalan-jalan.
Kat sini ada cendol sedap tau. Cendol sawit nama dia. Masa saya jalan-jalan ni, kawan-kawan Daddy tengah makan cendol sedap tu.


Sebelum saya bertolak pulang, saya singgah di air terjuan Sg. Tekala. Saya berpiknik dengan kawan-kawan Daddy. Seronok sangat berpiknik sebab Mummy bawa bekal nasi lemak dan sandwich telur. Yummy!

Eh,
sebelum saya berhenti menaip,
saya dah naik Bukit Broga.
Aunties & uncles bila pula nak ke sana?
=)

Tata.

Love,
Iman Raneeya

Khamis, 17 Mei 2012

12 Mei 2012. #2

Alhamdulillah, petang tadi baru sahaja selesai menghadiri temuduga dan telah selamat menghadiri Majlis Sambutan Hari Setiausaha Kampeni Kubah Biru.

2 perkara besar selesai dalam satu hari. Lega!


So, jom sambung balik entri tentang 12 Mei 2012 episod dua. Ingat drama tv je ada episod-episod? ;p


So, as requested by me, Azreen telah menunaikan 'hadiah hari jadi' yang i nak.
=)

Setelah macam nak pecah dapur kelentang kelentung dikerjakan oleh suami, inilah hasil yang telah dibedal hingga licin oleh I.

Haha.
Sodap weh!


Tak tahulah apa nama resipi ni siap ada fries, telor dadar ke apatah, pastu siap letak sos serta jagung dan buncis yang telah siap dicelur katanya bersama lamb yang dah dimarinate. Eh b, jagung and buncis tu, bila i gigit bukan di celur ea, tapi macam dicelup je dgn air panas. Haha.

Apapun, food with love yang you masak tu memang sedap lah.
Next time please buat lagi ye. =)


Im happy sangat, hadiah hari jadi I telah ditunaikan.
Terima kasih cinta hati.
=)


B,
The best thing in life is finding someone who knows all your mistakes and weaknesses and still thinks you're completely amazing.

Thank you so much for your love and 'kesabaran' tinggi itu bila bersama i.
Dan terima kasih juga sebab selalu kata i ni amazing.

Love you B.
No doubt!

Eh, ni entri birthday ke entri cinta ni?
Haha.

12 Mei 2012, Happy birthday Ain!

Rabu, 16 Mei 2012

Jambu botol putih.


Gambar sumber dari google.

Tiba-tiba terkenang jambu ni yang dah dipotong-potong dan diletakkan dalam peti sejuk kat rumah semalam.
Haishh, dapat jambu ni cicah dengan kicap campur cilipadi & gula memang terbaik lah!

*telan air liur*

Selasa, 15 Mei 2012

12 Mei 2012. #1



Kepada Encik Azreen,
Again, untuk tahun ketiga di hari jadi I, yang kita sambut bersama buat tahun ketiga, surprise you tak menjadi lagi. Haha.
Next year cuba lagi ye sayang.
1 4 3. No doubt even surprise tak menjadi.
;p


Kepada Iman Raneeya,
Mummy loves you sayang. Mmmmuah.
Suka ko ye main kertas warna-warna tu buat sepah!


Kepada co-organizer,
Amy, Aja dan Ella.
Terima kasih kerana berusaha bersungguh-sungguh tapi tak berjaya mana pun. ;p
Uols hilang time majlis, ingat I tak perasan?
Ini Nurain lah! Semua I dah boleh baca.


Kepada family,
=,)
i love you, you love me, we're happy family.
with a big hug and a great kiss from me to you,
Tqsm for celebrating my birthday.
Eh, lagu Barney jadi lagu lain? Mampuih Iman Raneeya marah kang! ;p
Abah, Ibu, Ikin, Amy, Dikwan, Mak, Cuzies, Aunties & Uncles,
I love you all so much ketat-ketat sangat, tahu!


Apapun,
Im 29th sudah!
Im blessed with a great husband, a lovely daughter and a happy family.
Alhamdulillah and thank you Allah!

Again,
happy birthday to me.
=)



Isnin, 14 Mei 2012

Majlis Jamuan Makan Tengahari

Ehem-ehem, majlisnye dah lama, tapi baru sibuk nak post harini.

Tarikh: 20 April 2012
Masa: 12.00 tengahari
Tempat: Nilai Springs Hotel
Penaja: Ex-Bos Pertama.

;p





Oleh kerana sibuk makan dan kamera hp telah tiada, maka dengan itu tiada gambar makan lah! Harap maklum.
Haha.

To Ex-Bos pertama,
terima kasih daun keladi, ada jawatan kosong silalah iklan kan cepat.
Eh?
;p

Jumaat, 11 Mei 2012

Arif Daniyal.

Esok, I nak balik Melaka sebab ada kenduri doa selamat sikit sempena menyambut harijadi I, i nak pi interview, hari ibu-ibu dan menyambut ahli keluarga baru, anak kepada adik kedua, Arif Daniyal.

=)

Tak sabar nak balik kampung nak jumpa budak kenit tu!


Hoi Daniyal, bangunlah!
Kakak Iman nak ajak main bola.
Haha.


Baru lahir dah rambut pacak.
Kau ado Pak Long Azreen?
Haha.


Sistas & BIL yang tak betul selepas jadi Aboh.
Haha.


Oh, birthday girl tudung hitam disamping yang tersayangg!
Haha.

Ok dah.

Nampak berapa banyak kali I tulis haha?
Tu maknanya I happy sangat lah tu.
Haha lah sangat. *padahal dalam hati nervous takut semua tak hilang.


Selamat berhujung minggu uols di samping yang tercenta dan yang tersayang yang yang yang.
Dan, drive safely ya!

Esok juga 12 Mei tau. ;p

12 Mei 2012.
1. Selamat Hari Jururawat dan Hari Bidan. *lawak pula hari bidan.
2. Selamat Hari Ibu. =)
3. Selamat Hari Jadi kepada Dakpink a.ka. Nia Neerza a.k.a Cik Ain. *cik ainlagi ke tu? ;p
4. Selamat hari jadi juga kepada orang yang share same birthdate dengan I.
5. Semoga semuanya kan selamat-selamat saja. Motip?


Gambarculik dari: Cik Bunga.

Percaya pada rezeki Allah s.w.t.

Dah hampir nak 6 tahun bekerja, dah hampir nak 6 tahun tinggalkan alam temuduga, tup-tup baru-baru ni terima surat panggilan temuduga.

Perasaan time tu memang happy gila lah sampai minta suami belanja sebab dapat surat panggilan temuduga je. Haha. Diulang sekali lagi, dapat surat panggilan temuduga je ye, kan main dah siap minta belanja.

Tapi bila hari temuduga makin dekat,
perasaan gementar, takut, dan perasaan lain yang sewaktu dengannya, yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata makin bergelodak, mengelenjit-ngelenjit dalam hati dan perut ni.
Mak oi ai!

Oiiiiiiiiiiiiiiiiii,
I DAH MULA TAKUT DAN GEMENTAR OK!

Ditambah pula dengan info yang calon-calon lain punya kelayakan Masya-Allah, hebat tak terkata jika dibandingkan dengan I yang hanya staf sokongan ini. Terus terasa diri ini lagi semakin kerdil bak menara KLCC dengan rumah comel bezanya. Rumah comel? Hah, hentam je lah!


Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!*jerit kuat-kuat dalam hati sambil mata tenung skrin notebook lepas geram.

Kalau lah I masih seorang kanak-kanak comel di ketika ini, mahu rasanya time ni nak je lari ke Aboh, nangis-nangis ngadu minta peluk untuk tenangkan diri. Haha.

Tapi dah besar panjangkan, paling boleh pun minta suami peluk je lah nampaknya. Eh?
;p


Apapun, I cuba positif.
=)
Kita cuba je lah setakat yang terdaya.
Usaha pasti jaya.

Kalau ada rezeki saya untuk ini, pasti ia ada dengan izinNya.

Kalau takda ada,
Mungkin Tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi untuk saya?
Mungkin SPA8 dan jawatan lain yang telah terisi mungkin di situ ada rezeki nanti?
Kan?

Oh, I ada aim juga sebuah universiti baru yang akan dibuka untuk mencuba nasib di sana. Mana tahu kan di situ ada rezeki I juga.


Janji cuba, usaha selagai selagi daya. * Haish, nervous punya pasal, sampai salah taip dah.

Ehem-ehem,
Segala rezeki kan Allah s.w.t dah janji.
Yang penting percaya pada Dia.
Percaya pada rezeki Allah Subhana wata'ala.
;)

Khamis, 10 Mei 2012

Burger Bakar Daging Tebal, Kajang.



Haha. Maaf lah ye sebab gambar burger yang I post kat fb buat ramai yang terliur. =p

Ok, i bagi direction untuk ke gerai ni.

1. Ikut LEKAS, bila jumpa Tesco Kajang, ambil simpang kiri.
2. Jumpa trafic light ambil kanan.
3. Akan lalu depan Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah, jalan terus lagi sampai jumpa kedai tayar di sebelah kanan.
4. Depan kedai tayar tu ada satu kedai nasi campur.
5. Gerai burger tu sebelah kedai tu je.

*** I tahu jalan ikut LEKAS je. Kalau ikut Pekan Kajang, i tak reti. 1st time cari haritu, pi cari ikut Pekan Kajang, sesat barat terus pi makan satay Kajang je.


Info tambahan:


1. Kalau nampak orang jual burger guna alat memasak dia lain macam je, itu lah dia.
2. Orang kata, kalau nak lagi best, pergi cuba Burger Bakar Kaw Kaw yang kat Wangsa Maju tu.

Nak apa hadiah birthday?

Suami: You nak apa ye untuk hadiah birthday?

Isteri: Tak nak apa. Cukuplah dapat awak je sampai syurga. *kenyit mata

Suami: Mengada. Betul-betul lah. Cuba bagi tahu, awak nak apa untuk hadiah birthday kali ni. I bagi handphone ye. Kesian awak sebab Iman Raneeya dah pecahkan hp awak. Tadi kat hospital, kawan Ikin pun pakai S2 juga. Kalau awak keluar hp awak time tu memang malu lah.

Isteri: Kong ajaq arr tu. I keluar je hp I tadi jawab call. Tak malu pun. Nak malu apa pakai hp ni. Janji boleh jawab call, sms sudah lah. Hp canggih-canggih pun tapi pakai kredit nak buat apa.

Suami: Tak nak hp? Ke you nak I bawa you pergi candle light dinner?

Isteri: Apa-apa jelah. Yang penting no surprise-surprise. You tau I ada heart- attack kan? Kang pengsan siapa nak dokong. I dah lah fat and boring. Haha.

Suami: Aku lempang kang. Boleh serius tak. Last tanya ni. You nak apa hadiah birthday?

Isteri: Haha. Nak tau sangat?

Suami: Ha lah!

Isteri: Ok. B, sejak kita kahwin hampir nak dua tahun ni, I je yang hari-hari masak. Kalau ada pun yang you masak untuk I, maggi tu je lah. Sama ada maggi ada telur, atau maggi takda telur.

Suami: You tau kan i tak tahu masak?

Isteri: Ye, tahu. Oleh itu, sempena hari pertambahan umur I sabtu ini, i minta ampun dan maaf sangat pada you sebab request hadiah ni. B, i nak sangat you sediakan satu masakan untuk I yang i boleh makan. Burger pun tak pelah janji you yang masak, air tangan you sendiri. Dah masak hias cantik-cantik macam dalam masterchep tu taw. Pleaseeeeee B! Kalau tak reti pi google resipi.

Suami: Errrrrrkkk. T_____________T


Haha.
Amekkawwww!!!!

Rabu, 9 Mei 2012

DIY: Tutu skirt

Untuk majlis Iman Raneeya haritu, ikut plan asal, i nak tempah tutu skirt tu dekat sini. Lawa-lawa tutu skirtnya. Tapi sebab banyak nau benda lain yang difikir, dengan asyik tangguh-tangguh nak order, terus masa minggu terakhir baru teringat pasal tutu skirt tu.

Haha.
Dalam masa seminggu nak tempah, ingat ada orang nak siapkan dan hantar ke? Nan hado lah kan. Terus cari inisiatif lain nak dapatkan tutu skirt tu juga.

Google punya google, terjumpa cara orang buat tutu skirt. Nampak macam takde lah susah mana. So, i cuba jugalah buat sendiri demi nak pakaikan si birthday girl tutu skirt itu.

I refer kat blog ini.

Bahan-bahan nak buat tutu skirt.

1. 2 meter kain net secukup rasa dan warna yang disukai. (I guna net bunga telur tu 3 warna. Haha. Net tu keras jegang, so, hasilnya tak berapa nak menjadi.)
2. Getah kain. (ikut suka nak guna getah yang tebal mana)
3. Gunting.
4. Pembaris.
5. Kalendar duduk atau buku.

Cara-cara:

1. Ukur pinggang anak. Lebihkan 2cm dari ukuran asal dan gunting getah ikut ukuran tersebut. Yang lebih tu digunakan untuk disimpul ketat dihujungnya.

2. Gulung net secara memanjang, kemudian ambil pembaris dan ukur lebar 6 cm dan potong.

LinkNi hasil net yang telah dipotong.


3. Guna kalendar duduk atau buku tu tadi macam dalam gambar ni. Ia dapat membantu proses menyimpul.


4. Ambil empat lapis net yang telah dipotong, ditindihkan, kemudian disimpul kepada getah. (makin banyak lapis net, makin kembanglah skirt tu nanti. I guna 5 lapis, sebab tu skirt raneeya kembang lain macam.)


Macam ni lah cara simpulnya.
Bila dah simpul, tarik bahagian hujung tu rapi dan ketatkan.


5. Proses nombor empat diulang sehingga selesai.


Ini hasil daripada blog yang jadi panduan I tu.
Blogger tu siap jahit dengan sepentot sekali. Tapi I tak buat macam tu sebab Iman Raneeya I pakaikan tutu skirt bersama rompers je.
Kalau rajin, hiaslah dengan hiasan tambahan seperti bunga atau reben ikut kreativiti masing-masing.


Inilah tutu skirt Iman Raneeya hasil dari keras tangan mummynya.
;p


Psst Iman:
Takpelah tak berapa nak menjadi,
janji mummy buat dengan kasih sayang ye sayang.

Gambar cara buat tutu, kredit to: Catatan si Aini.

Selasa, 8 Mei 2012

Tutorial: Cara delete word verification.

Orang lain I tak tahu lah, tapi I kalau nak tinggalkan komen kat blog orang mesti tak suka nak taip word verification (WV) tu. Lagi-lagi kalau dua tiga kali taip salah bila huruf keluar tah apa-apa, terus i delete je komen tu.

Lepas tu, kalau pi lagi blog orang tu, mesti I sekadar baca je tapi tak tinggalkan komen. Semua sebab WV tu lah.

Hmm, tok siapa yang nak delete WV tapi tak tahu macam mana cara nak buat, meh i ajar sikit macam mana cara nak delete kan. Tapi takde gambar-gambar lah ye. I bagi arahan je. Tak berapa nak rajin nak save-save gambar.

;p

Caranya:

1. Pergi ke Dashboard, cari setting dan klik setting.
2. Kemudian cari comments dan klik comments.
3. Skrol ke bawah sampai jumpa ini: Show word verification for comments?
4.
Klik no.
5. Lastly, save setting.

Selesai.

P/S: Pada bloger yang memang saja nak letak WV tu, sila abaikan je lah ye tutorial ni. =)

Isnin, 7 Mei 2012

Somewhere over the rainbow: Iman Raneeya is turning 1!

Dah nak masuk minggu birthday Mummy pun Iman Raneeya, barulah terhegeh-hegeh nak upload gambar majlis kamu. =p

Mintak hampun lah ye.

Ok, lets straight to the pictures je tak payah nak intro panjang-panjang.


Majlis ni berlangsung seperti butiran gambar di atas. Bacalah sendiri butiran tu ye.


Birthday girl. Sambut lewat sehari sebab tarikh hari jadinya jatuh pada hari jumaat.


Get ready nak potong kek.
Cekat crown tu dah 18 kali asek kena pakai kan je sebab tangan birthday girl dah pandai buka sendiri cekak tu. Almaklom lah kan, dah setahun, akal pun makin panjang sekarang. Macam-macam dia dah pandai.


Gelak besar I bila tetamu beriya-iya nyanyi lagu happy birthday, selamat hari jadi, Allah selamatkan kamu dengan kuat sekali.

Birthday girl pulak, macam tak sabar je nak meramas kek tu. Haha.




Birthday girl lagi.


Kek birthday.
Hmmm, kecewa dengan kek ni, tapi majlis dah berlangsung pun. So, kita lupakan saja apa yang berlaku. =)


Mummy happy, Iman Raneeya pula cuba nak melarikan diri.






Iman Raneeya si birthday girl with Mummy's DIY tutu skirt.
Haha.
Salah pilih net buat tutu ni, ditambah pula dengan jemari mummynya yang dah sedia keras, so nampak keras je lah tutu skirtnya.


Memang tak reti duduk diam!


Daddy's girl!


Hadiah pertama yang diterima daripada Mak Ngah.
Mak ngah bagi hadiah ni awal sebab dia tak dapat hadir time majlis.


Mummya dan baby. =)


Heshhh, payah betul nak suruh tengok kamera bila ada orang ramai.


Candid!


Birthday girl dah serabai dah.


Hubby's friends.

Sabtu, 5 Mei 2012

Lima hari bulan lima.

Daniyal,
Maklong suka nombor lima. Suka sangat. Sampai kalau time game bola tampar, tak dapat jersi nombor lima, rasa tak jejak court je main bola. Haha.

Alhamdulillah,
Mama Daniyal telah selamat lahirkan Daniyal pada lima haribulan lima.
Selamat melihat dunia Daniyal sayang.
Semoga menjadi anak yang soleh ya.

Kepada Ikin dan Faizal,
Tahniah kepada kamu berdua sebab sudah melangkah setapak lagi dalam fasa hidup berumah tangga. Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Dan selamat juga bermata panda melayan karenah si manja di malam hari. ;p

Pukul 4 pagi masuk hospital, hampir pukul 8 malamnya baru bersalin,
Kepada Ikin,
Serius, I kesian sangat melihat kamu menahan sakit. I tahu sakit tu macam mana. Sakit yang sama untuk semua wanita yang hendak melahirkan cahaya mata. Memang ia sakit sangat-sangat. Tapi i tak mampu tolong apa-apa.

Apapun, semuanya telah selamat.
Alhamdulillah.
Pssst, percaya lah, lepas ini kamu mesti hendak baby lagi. ;p


Oh Daniyal!
Iman Raneeya sudah ada adik sekarang ini. =)


Alhamdulillah juga, sempena kelahiran Daniyal,
Paklong telah bersungguh-sungguh mencari burger idaman hati Mak Long.


Gotcha!
Burger Bakar Daging Tebal Kajang.
Seeeeedappppppppppp Oooooo!


Alhamdulillah.

Pssst:
I dah jadi Mak Long tau =)