Isnin, 21 Mei 2012

Iman Raneeya @ Bukit Broga.

Hello lovely aunties and handsome uncles.
=)

Aunties semua dah pernah mendaki Bukit Broga?

Saya sudah!
Mummy and Daddy bawa saya pergi mendaki sabtu lepas.
Seronok sangat pergi mendaki. Lagi bertambah-tambah seronok sebab Daddy yang carry saya.


Thank you so much Daddy sebab carry saya.
Thank you kat Mummy dan Uncle Fazz juga sebab sepanjang pendakian, sentiasa suap saya makan dan menghiburkan saya dengan bermacam-macam ryhmes dan lawak. So, saya takdelah cranky dan menangis.


Bergambar dekat buaian angkasawan negara. ;p
Saya dan Mummy tak naik sampai puncak pun sebab Daddy tak bagi. Daddy cakap, jalan menuju puncak bahaya sikit dan orang time tu ramai pulak. So, saya dan Mummy tunggu Daddy dan kawan-kawan Daddy kat sini saja.

Abaikan Mummy yang bam bam tu ea. Bam-bam pun, dia steady je mendaki. Mentang-mentang lah Bukit Broga tu tempat latihan dia nak fit.

Psst, pagi tadi Mummy emo sikit bila baca berita pasal Aishwarya Rai gemuk tu. Haha. Mummy cakap, orang tak tahu betapa payahnya nak kurus balik lepas bersalin. Payah! Mummy siap cakap, gemuk lepas bersalin ni pun satu pengorbanan juga untuk suami tau sebab nak bagi anak, badan sendiri terkorban. Tak semua orang boleh kembali dapatkan badan asal macam lepas bersalin. Kalau ada pun, boleh dikira.


Saya!
Gambar dari pandangan atas.


Camwhore dengan Mummy.
Menghabiskan masa dengan bergambar sambil menunggu Daddy.


Penat bergambar, saya berpiknik pulak.
Lapar dan hauss sangat lepas mendaki.


Manalah Daddy ni, lama dah tunggu kat sini.


Lepas Daddy dan kawan-kawan dia selesai bergambar kat puncak. Kami pun turun. On the way turun, saya tertidur dalam carrier.

Sampai je kat kereta Mummy dokong saya dan letak dalam kereta.
Tapi, saya tidur sekejap je pun dalam kereta.


Dah bangun, terus saya ajak Daddy jalan-jalan.
Kat sini ada cendol sedap tau. Cendol sawit nama dia. Masa saya jalan-jalan ni, kawan-kawan Daddy tengah makan cendol sedap tu.


Sebelum saya bertolak pulang, saya singgah di air terjuan Sg. Tekala. Saya berpiknik dengan kawan-kawan Daddy. Seronok sangat berpiknik sebab Mummy bawa bekal nasi lemak dan sandwich telur. Yummy!

Eh,
sebelum saya berhenti menaip,
saya dah naik Bukit Broga.
Aunties & uncles bila pula nak ke sana?
=)

Tata.

Love,
Iman Raneeya

12 ulasan:

  1. Raneeya sangat2 comel ar..... auntie belum pegi lagi la. sebab jauh sangt nak seberang laut lagi. hikhikhik.. nanti auntie pegi dalam mimpi k.. :)

    BalasPadam
  2. Gemuk? Rilek la Ain... Just enjoy life ni.... Yg penting family sentiasa ada di sisi..

    Psstt... Akak fit lg Levis zaman anak dara dulu. Huhu :p

    ~ustajah ;)

    BalasPadam
  3. Bukit Broga? rasanya tempat last aku pegi sbb malas nak mendaki...hahaha...

    cendol sawit? cer amek gambar sikit..nak tgk...

    aku pun sentap kalau org kata gemuk lepas bersalin..ingat senang kot nak dpt balik bentuk bdn mcm asal kot...huhu...

    BalasPadam
  4. wah..dh smp IR kat situ ye =p
    jauh sgt antie nk g bukit broga tu,g bukit jambul penang dah le IR ye..=p

    erkk..nti IR bgtau mummy x yah emo2 lah eh pasal gemuk lps bsalin tu,kan pengorbanan tu...mummy ttp vogue lg tu :)

    BalasPadam
  5. best x yang naek broga tue??cam best jer..penat x?

    BalasPadam
  6. neeya, auntie xnaik lagi broga tu..hihihi gemuk pn its ok jnji sihat.. tp ain mande gemuk..dah kurus dah tu.. aku ni lg laa anak dh 3 taun dah xjg kurus2 hhihihih apa pun kita enjoy ^_^

    BalasPadam
  7. salam kenal..

    teringin gak nak naik ke sana tu. tapi tak yakin boleh coz of my back bone problem ni..INSYALLAH..

    kat mana cendol sawit tu.

    BalasPadam
  8. Riena,
    Pergi dalam mimpi pun ok je auntie.


    Ustajah,
    Muahahaha. Bukan selalu emo pun. Haritu je sebab kesian kat Ashu. ;p


    Wahida,
    Tak sempat dehhh nak ngambik gambo makan bila ada anak kecik.


    Mizsha,
    Best pada yang suka pd aktiviti2 macam ni lah. Tak penat sangat pun sebab rendah je bukitnya.

    BalasPadam
  9. Aini,
    Naik bukit bendera pun ok je. Lebih kurang dgn Bukit Broga.


    Feeza,
    Ark ark ark. Memang kurus sangat punnnn. *tgn di dada mata ke atas.


    Azian,
    Oo, Insya-Allah, kalo problem tulang belakang tu dah ok,boleh kot naik. Cendol sawit tu dalam kawasan sebelum mendaki bukit tu.

    BalasPadam
  10. Kak, aku paling suka tang pengorbanan nak bagi anak tue. HAHA

    BalasPadam
  11. auntie jeles sama kamu!! sebab auntie sendiri belum naik bukit broga tu.. hihihi...

    mummy awk x bam bam la.. cun jer auntie tgk.. tp xleh lawan kamu punya cun.. hihihi

    BalasPadam
  12. wuu naik broga dukung si kecik ni??gigih sungguh :)

    BalasPadam