Rabu, 30 Mei 2012

Rabu tanpa kata. #13



Iman Raneeya @1 tahun 1 bulan / 13 bulan:

1. Masih belum berjalan tapi terkini dia suka bangun sendiri, berdiri, lepas tu joget-joget goyang bahu.

2. Dengar azan ke, orang mengaji ke, mesti tadah tangan.

3. Suka tidur menonggeng. Ada cacing dalam perot agaknye kot.

4. Gigi sudah ada 6 batang.

5. Berdrama swasta macam kena pukul kalau suruh minum Scot's Emulsion.

6. Sesekali akan terdengar dia sebut Aaaaapppeee?

7. Masib tak pandai sebut Mummy. Bila ajar mumm mmy, dia akan sebut mammm ma.

8. Masih kekal dengan perangai perlukan selimut dia untuk dihidu2 nak bagi tidur.

9. Sangatlah aktif sampai kadang-kadang rasa tak terkawal.

10. Hanya mampu bertahan 5 minit sahaja dalam stroller baby atau stroller kat supermarket tu. Lepas tu, pelbagai cara dia akan cuba nak lepaskan diri.

11. Pantang nampak makanan, mesti akan jerit mamam! Kalau baca buku, ada gambar buah dalam tu, kita sebut buah, dia sebut mamam.

12. Makan boleh tahan banyaknya, tapi susu kurang.

13. Last checkup haritu, graf BMI dia, satu line je lagi nak sampai ke kurang zat. Berat dengan tinggi tak sepadan.

14. Suka buat perangai sekarang ni, nak Mummy mengadap dia saja. Kalau marah, dia akan buat sengih lebar.

15. Haihhh, dah sampai nombor 15? Haha. Rabu tanpa kata lah sangat kan? ;p

4 ulasan:

  1. 6 batang gigi..sama macam ammar..hehe..tapi ammar belum pandai cakap lagi..suka sengih je memanjang..

    BalasPadam
  2. cutenya!!!
    anak aku pulak si adik tu, kuat minum susu, makan pulak tak nak...huhu...

    BalasPadam
  3. comeyyy nyaaa iman raneeya....

    BalasPadam
  4. Haiqal pun sekarang ni dah ada 6 batang gigi...
    dia pun suka sebut mamam.. suruh sebut ibu dia sebut baa..baa...
    dia sekarang ni pun lebih manja dengan saya.. suka kejar2 saya taknak lepas... hehehehehe..

    BalasPadam