Rabu, 3 Ogos 2011

Memang Allah sengaja....


Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

sumber: blog cik epal

Hmmm, kata-kata tu diambil dari blog cik epal yg ditulis untuk ex-tunang keeper pujaan malaysia tu. Ia memang tok orang yang putus cinta, tapi tah mengapa, ai suka dengan kata-kata tu. =)

Dan diketika ini juga, ai teringatkan seorang teman yang sangat baik, sentiasa rendah diri dan supporting dalam segala hal. Rindu kat dia. Tapi tulah, kekangan komitmen dan masa menjarakkan ai dan dia.

Tuhan,
Kau temukanlah jodoh yang baik buat temanku itu agar dia gembira dan bahagia seperti aku dan teman-teman lain juga. Kau rahmatilah kehidupannya di dunia dan akhirat. *Selalu doakan ini untuk dia.
=,(

2 ulasan:

  1. cantiknyer awak ni..blog pun so comels mcm tuannyer!i bru follow,dan akan terus singgah,do follow me back eh!nice to read your blog!=)

    BalasPadam
  2. salam kak mata lebam.
    ini blog ejam tau. heheh..ini tidak privasi dan diketahui oleh tok penggawa juga. nway selamat berpuasa bertiga. syioknyeee!

    p/s : ces, apsal gambar panten sebelah ni mcm shila amzah?wekkk!

    BalasPadam