Rabu, 24 Ogos 2011

Masakan terakhir di bulan Ramadhan.

Berbuka semalam, adalah berbuka yang terakhir kena masak sebab lepas ni berbuka puasa adalah berbuka di luar je bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. So, menu terakhir tok di bulan Ramadhan ini yang dimasak adalah:


Ketam masak lemak cili padi bernenas,
Ikan masin bos bagi digoreng bersama cili padi dan bawang,
Sardin masak kicap *my feveret,
Kailan goreng ikan masin dan,
Ayam goreng boh rempah kari. *ark ark ark, dah hujung-hujung puasa baru sebok nak buat posting lauk-pauk =p



Malamnye, disebabkan Iman Raneeya telah dipinjam neneknya pulang ke Melaka, ai pun menerailah resipi Puan Fad, Cornflakes Madu sebagai mengisi masa ai yang lapang tu. Alhamdulillah, jadi meskotnya.

Nak resipi?

Nah, hambik!
Sebuku butter dengan secawan gula dikacau sehingga cair. Masukkan 10 sudu madu, kacau lagi hingga rata. Kemudian, masukkan sekotak cornflakes. Kacau dan gaul rata. Sudukan cornflakes dalam mangkuk kertas. Akhir sekali, bakarlah dalam 3-4 minit.


Semalam juga dapat parcel dari Bribbons. Headband (HB) Iman Raneeya dah sampai. Yey, tak sabor nak tengok Iman Raneeya pakai HB walaupun warna HB tersebut lari dari tema warna baju kurung dia. Haha. =p

1 ulasan:

  1. lepas ni makan besar bersama insan2 tersayang.. syok kan!

    BalasPadam