Isnin, 8 Ogos 2011

Monday yang mereng.

1. Penat+ngantok = Nak tido. * ark ark ark

Sebab:
a. Sabtu ada class. Class pagi. Even class start at 10am, tapi lepas sahur dah terus siapkan barang-barang Iman Raneeya, iron baju, siapkan baju tok tidur rumah MIL dan pukul8.30 dah gerak hantar Iman Raneeya ke rumah MIL dan terus ke class.

b. Ahad pula pergi menyedekahkan duit dan mengelenjit kat Jusco Balakong serta berbuka puasa kat sana dengan Banglong.

c. Iman Raneeya bangun pukul 3pagi nak menyusu, lepas tu boleh pula dia tanak tido ajak borak sampai pukul 4.00. =p

Psst: Perkara nombor dua tu ai rasa antara faktor penyumbang kot kenapa ramai orang suka EL pada hari Isnin.


2. Bulan puasa adalah bulan jimat lah. Kan?

Sebab:

a. Ai tak tau lah uols tapi ai, untuk berbuka ai akan masak satu dua lauk. Even simple, tapi Alhamdulillah, mengenyangkan. Kalau beli pun, hanyalah kuih muih dalam dua tiga hengget. Tepung pelita adalah kuih wajib!

b. Dalam bulan puasa tak perlu nak sarapan pagi dan makan tengahari. Kat situ dah jimat seploh doploh ringgit dah.


3. "Gemoklah kau ni" ~ ayat yang selalu ditujukan tok ai selepas bersalin ni. =|

a. Sentappppppppp*sebut ikut nada semput sepah tu. Nak wat guanno, dah itu kenyataan, terpaksa lah telan. Hmmm, gemuk-gemuk ai pun, gemuk ada isi lah. Iman Raneeya tu hasilnya.

b. It takes 9 months untuk ai jadi sebesar sekarang ni, oleh itu, bukan sesenang ok nak turun balik seperti sediakala. 9 bulan lah juga ai perlukan untuk turun semula. Tu pun kalau nafsu makan boleh di ejas-ejas lah. =p

pssst: Gemuk ke kurus ke, yang penting sihat dan hati senang sudah.


4. Petang ni nak buat bubur kacang durian tok sedekah ke surau. Hmmm, tak sabar nak melantak seguni durian dari ibu sambil buat bubur kacang. Rambutan pun. Nak kena di makan dan sedekah ke surau juga.

psst: telur goreng kicap, sambal sardin atau sambal tempoyak pun best juga kan kalau dimasak untuk berbuka petang ni? =p

2 ulasan:

  1. hi mummy salam perkenalan ;)

    elin pun jd malas nak g keje bila munculnya ISNIN!!

    ;)

    BalasPadam
  2. hai elin.

    Monday blues mmg ta bez.

    BalasPadam