Selasa, 23 Ogos 2011
Si Perempuan.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google.
Perempuan,
Makhluk Tuhan yang paling seksi. Eh, bukan nak taip tu lah!
Tapi, nak taip ini sebenarnya,
Perempuan adalah makhluk Tuhan yang paling senang nak masuk syurga.
Tak percaya?
Silalah baca Indahnya menjadi seorang wanita.
Perempuan,
Sinonim dengan banyak cakap, suka membebel tak reti diam setiap masa.
Kenapa?
Itu fitrahnya.
Nak info tambahan sila baca di sini.
=)
Perempuan,
Dijadikan agar dapat berpasangan dengan si Adam. Agar si Adam itu tidak sunyi kehidupannya.
Sebab itu dia disatukan dengan Adam dalam sebuah ikatan perkahwinan.
Perempuan,
Walaupun senang nak masuk syurga, tapi kalau dia tersalah langkah sedikit sahaja, nerakalah tempatnya.
Membelakangkan suami ketika tidur tanpa izin pun sudah mampu memarakkan api neraka, apatah lagi kesalahan besar lain, lagilah teruk azabnya nanti.
Perempuan,
Bila sudah berkahwin, keluarga bukan lagi perkara utama tetapi suami yang harus dilayan bagai raja.
Kata nak masuk syurga kan?
Oleh itu, layanlah suami dengan sebaik-baiknya. Buatlah perkara yang disuruh oleh Nya agar dapat menreserve tempat suamimu dan kita juga di syurga.
Perempuan,
Jangan terlalu ghairah nak berkahwin kerana takut lanjut usia.
Fikirlah sematangnya kerana berkahwin bukan nak hidup sehari dua.
Berkahwin, akan mengadap muka setiap saat dan ketika,
Berkahwin, bukan untuk bersama ketika gembira saja,
Berkahwin, si isteri perlu lipat gandakan kesabaran untuk bahagia,
Berkahwin, ada ketika tergigit lidah juga,
Berkahwin, tidak manis sentiasa,
Berkahwin adalah sehingga menutup mata,
Berkahwin sampai ke syurga.
Perempuan,
Berkahwin juga perlu dalami ilmu agama.
Fahami hukum secukupnya dan bersedia mental fizikal,
Insya-Allah, segala badai dugaan akan berjaya diharungi berdua.
Oleh itu,
Untuk seorang perempuan yang saya sayang,
Bersabarlah atas dugaan mendatang,
kerana perjalananmu masih panjang.
Untuk perempuan-perempuan lain pula,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin,
Ehem-ehem,
Ada nak tambah apa-apa?
;p
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan