Selasa, 2 Ogos 2011

Berpuasa hari pertama.

Di Bazar Ramadhan:

Me: B, kuih. Beli ea?
Dea: Ok.

Me: B, laksa. Beli ea?
Dea: Ok.

Me: B, beli kuih tu sikit tok mama ea?
Dea: Ok.

Me: B, tanak beli lauk tok tambah-tambah?
Dea: Tak payahlah. Ni pun dah banyak.

Me: B, tembikai...
Dea: Yang, ada 29 hari lagi ni. Nanti-nanti beli la ye?
Me: Erkkk, baiklah!

Haha. Nafsu membeli-belah memang tak terkawal walau di mana berada.


Di rumah:

Me: Ain masak, awak jaga Iman Raneeya tau.
Dea: Ok

IR: Ek, ek, ek, huwaaaaaa *nangis macam kena cubit

Me: Apasal tu?
Dea: Ntah lah. Menangis ni tanak minum susu.

Me: Pujuk-pujuk lah sikit, baru dia nak minum tu kang.
Dea: Sayangggggggg anak Daddy. Minum susu ye. Daddy tak marah. Mana ada Daddy marah dia. Minum susu ye baby.

IR: Huwaaaaaaa, uwekk!

Dea: Yanggggggggggg, Iman Raneeya muntah.
Me: Alahaiii, cemano nak masak ni.

Alhamdulillah, tahun lepas berpuasa berdua, tahun ni pula bertiga.
Tapi bila berpuasa bertiga ni, dugaan nak berbuka hari pertama agak mencabar juga lah.
Ibu pun siap telefon tanya Iman Raneeya ok ke time berbuka puasa.
Apapun, seronok menghadapi pengalaman indah ini.

Kepada semua umat Islam di mana juga anda berada,
Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menikmat juadah berbuka dengan berhemah. Pastikan perut tak terik tok bertarawikh ye. =)

2 ulasan:

  1. alahai sonoknye berpuasa bertiga. sy tahun depan lah merasa pose bertiga. time tu baby dah setahun insyallah :)

    BalasPadam
  2. sama la.
    kadang2 tengah masak je encik suami bawak anak ke dapur. kalau dengan anak kecik cepat pening kepala sebab time baby ni anak2 'panas' skt dgn dia...

    tp yg penting... seronok bila ada baby kan?

    BalasPadam