Selasa, 24 November 2020
Office reshuffle, hello again JC!
Isnin, 9 November 2020
PKPB lagi hingga Disember 2020
Salam semua,
Semalam telah dimaklumkan yang PKPB untuk semua negeri kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis sehingga Disember 2020.
Allahuakhbar!
Banyak benda yang rasa terbeban bila dengar announcement tu. Tapi pujuk hati sendiri.
Referensi: https://tafsirweb.com/1052-quran-surat-al-baqarah-ayat-286.html
Layukallifullahu nafsan illawusa'ha (2:286)
Ibu akan transfer ke Hospital Ampang pada 16 November 2020 ni untuk stem cell transferred, dan pada tarikh yang sama juga I akan bertukar ke jabatan baru. Moga segala urusan Ibu, I dan kita semua dipermudahkan, Insha Allah.
Lepas settle di Hospital Ampang, Ibu transfer lagi ke Hospital Kuala Lumpur pula untk PET ct scan. Kalau tak sebab pandemik ni, takdalah kami risau sangat. Di kala pandemik ni, prosedur melawat hospital jadi makin ketat. Mana nak treat patient covid, patient biasa lagi hmmm, Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Jauhkanlah kami semua dari wabak covid dan penyakit yang merbahaya.
Referensi: https://tafsirweb.com/1052-quran-surat-al-baqarah-ayat-286.html
Semalam juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah announce sekolah akan ditutup sehingga Januari 2021. Walaupun sekolah tutup, sesi pembelajaran tetap berjalan seperti biasa.
Cabaran untuk kita semua. Dengan bekerja, kerja rumah lagi, ditambah tugas menyelia kerja sekolah anak, kadang rasa nak kemurungan aja. Nasiblah ada group Whats App sesama kawan-kawan, kadang terluah juga kat mereka. Rupanya, situasi kita semua sama ja. Apapun, all the best Umi, Mama, Emak, Ibu, Amma, Mommy, Mummy, Bonda, Omma, Muqin semua 🤪
Stay strong, healthy and safe ❤️
#motherhood #segalatopiadani #ehparabapakpungoodluckjugak
Last week juga I dapat peluang balik ke Melaka selepas mohon kebenaran dari Balai Polis. Hilang sikit segala gundah bila dapat tengok muka ibu dan abah. Harap lepas ni dapat balik dua kali seminggu pun jadilah. If tak dapat balik semua, dapat I balik seorang pun ok je.
Terluah juga kat Abah semalam,
Sambung lagi PKPB bah. Hmm, penatnya rasa. Rumah dah la tak besar mana. Dengan kerja lagi, dengan anak-anak lagi, nak masak lagi, penatnya rasa.
Abah jawab pendek je, Kau nak macam mana lagi? Kalau macam Abah ni lagi la ha. Terbaring aja atas katil, kau nak macam ni? Lagi menyusahkan orang. Bersyukurlah kak. Sekurang-kurangnya kau boleh bergerak ke sini sana. Tak payah harapkan orang.
=,(
Bukanlah tak bersyukur bah. Saja meluah nak berkongsi rasa dengan Abah. At least Abah bagi setepek gitu, takdalah rasa down sangat =p Terima kasih sedarkan akak. Dapat meluah pun dah rasa lega =)
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah maafkami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
Selasa, 27 Oktober 2020
PKPB Zon Nilai dan PKPD Putra Point Nilai
Salam semua,
Semalam, kes Kobid ni naik lagi empat angka dan semalam juga announcement PKPB di Zon Nilai serta PKPD di Putra Point Nilai. Area kawasan I la tu.
Macam-macam rasa lak ada semalam. Announcement tu dibuat time I tengah potong bawang, basuh ayam nak goreng mee. Lepas je dengar, terus rasa malas, masukkan ayam dalam peti ais, terus keluar rumah join jenjiran lepak petang. Dahulukan jumpa jiran sebab lepas ni nanti tak boleh dah nak berborak petang. Kena berkurung 2 minggu. Office pun dah announce dah, yang bahagian kritikal je boleh datang. Yang baik, kita ikutkan ajelah.
2 minggu aja PKPB. Harapnya kes tak makin meningkatlah. Elok aje habis, 13 haribulan tu patutnya majlis nikah cousin I di Senawang, tunangnya orang Shah Alam. Tak tahulah tangguh ke tidak atau teruskan aje nikah, majlis tak payah. Cousin I pun dah bertangguh dari bulan Jun haritu.
20 November lak, seorang lagi cousin nak nikah di Melaka. I pula tukang gubah hantarannya. Dah ada plan B dah, if kes kobid makin teruk. Dia gubah lah sendiri nanti. Sorry lah ye =(
Tak berani nak jangka dah kobid ni. Dah capai empat angka. Yang politik negara tu pun satu hal. Hailahh, apa ajelah dalam fikiran korang tu kan! Orang sibuk perangi kobid, kau sibuk nak rebut kerusi.
Staf safe semua. Moga yang baik-baik aja untuk kita dan negara!
Isnin, 19 Oktober 2020
Warung Bam Bam, Seremban
Salam semua,
Harap sihat la semua. Kes covid sekarang makin meningkat. Semalam je kes naik 800 lebih. Stay strong orang orang-orang Sabah.
Azreen pun sekarang bosnya tak bagi datang kerja since Selangor sekarang PKPB. Maka, kesempatan yang ada ni kita gunakan untuk spent time bersama la.
Sabtu pagi tu dia ajak naik Gunung Angsi, tapi I malas. I pula ajak di pi sarapan kat Warung Bam Bam. Baca post orang kat IG kata best makan kat sini. Tapi takda rezeki kami hari sabtu tu. Orang 'berbulu' ramainya bila kami sampai dalam pukul 9 lebih.
So, kami cuba lagi nasib pagi Ahadnya. Alhamdulillah, ada tempat duduk walaupun orang dah mula ramai. Warung Bam Bam ni terletak kat Bukit Chedang, Seremban. Nak cari pun senang je. Exit tol Seremban, limat minit macam tu sampai dah.
Masuk aje warung ni, terasa macam ada kat Gedung Pakaian Hari-Hari =p Pekerja di Warung ni akan greet kita selamat datang! Balik pun dia ucap terima kasih.
Menu yang ada kat sini. Roti canai takda ye. Mee sup pun takda. Nasi lemak dan roti bakar dia punya main menu.
Sarapan kami! Ambik satu jenis, then rasa-rasa. I ok je Sarapan macam ni. Variety kan, banyak benda boleh rasa. Azreen lak pagi tu sakit kepala, so dia tak berapa enjoy the food.Pilihan kuih-muih pun banyak. Senang kedai makan macam ni. Semua ada di bawah satu bumbung.
Pekerja dia pun ramai. Order, sekejap aja sampai, so tak lama menunggu.
If Azreen ajak datang lagi sarapan kat sini, I suka je. Roti jala dan kari tu sedap. Roti cicah kaya pun sedap kat tekak I.
Thank you Warung Bam Bam. Ada rezeki kita datang lagi.
Till then, wassalam.
Jumaat, 16 Oktober 2020
Hello Pulau Pangkor!
Salam semua,
Early October haritu, kami ke Pulau Pangkor, Perak. Actually, ini program office, tapi kita letak gambar family kita ajelah ya. Demi menjaga kesejahteraan dan emosi semua pihak ;)
Since dari awal lagi banyak halangan nak buat program ni. Campur pula musim covid, lagi la takut dan rasa bersalah tu ada juga. Lastly I cakap, kalau ada rezeki, adalah Ya Allah. Kalau takda, bukan rezeki kami. Letih handlenya. Kejap jadi, kejap tak jadi. Dah jadi, tak proses-proses. Penat kita yang mengurus ni. Kang cakap lebih, kau juga yang kena. Lesson learned from the previous event so we just go with the flow.
Apapun, bersusah-susah dahulu orang kata, Alhamdulillah, the program & everything went well. Cuma cuaca on day 2 ajelah tak berpihak pada kami.
Dulu belajar kat Sri Iskandar. Pernah dok kampus manjung juga. Ikutkan dekat aja kalau nak ke Pangkor ni tapi tiga tahun kat sana tak pernah jejak pun. Haha! Lagi rela balik kampung dan pergi dating aja di hujung minggu =p
Pulau Pangkor ni kecik aja. If stay Lumut then esoknya pi Pangkor pun sempat aja I rasa explore semua. If nak ke Pangkor boleh ambil feri dari dua jeti iaitu Jeti Lumut dan Jeti Marina.
Silalah guna Jeti Marina sebab I rasa lagi cantik dan tak crowded. Tengok orang bergambar kat Jeti Marina tu lawa je.
Bercuti di musim orang tak boleh ke luar negara ni, bertabahlah ajelah dengan crowd yang ramai. Semua tempat 'berbulu' manusia.
Safely arrived at Pulau Pangkor dengan menaiki feri yang penuh manusia bertopeng muka. Kat belakang tu teksi merah jambu, public transport famous kat Pulau Pangkor!Kami stay kat Puteri Bayu Beach Resort. Office dah pernah pergi sebelum ni, so repeat lagi ajelah. The Imans, macam biasa, bila check in, kolam ajelah yang ditujunya.Rumah ni Reezqy suka. Haha. Nak rumah macam ni Mami. Abang suka rumah kayu. Kumpul la duit banyak-banyak bang, nanti boleh design rumah ikut suka hang. Nak kayu, nak batu, duit ada semua jadi.Lepas check in petang tu, kami pi cari makan dulu sebelum anak-anak terjun kolam. Keluar dari hotel belah kanan, banyak ada gerai makan. Tak sempat nak try laksa pangkor, kawan-kawan kata sedap. Kat situ juga ada pantai tumpuan orang awam, Pantai Pasir Bogak.
![]() |
| Day 2, morning view. Sementera nak tunggu breakfast dan bengkel start, kita layan sun rise kat pantai. Budak-budak ni happy aja main pasir pagi-pagi. |
Pantai apa tah ni, tak ingat dah. Guider tinggalkan kita kat sini untuk berpiknik. Sila berhati-hati dengan monyet ye. Pantang nampak makanan monyet kat sini, direbutnya dengan kita.
Berhenti sat untuk melihat Selat Melaka. Hai orang-orang Melaka =p
Melawat Kota Belanda. Kecik aja kawasan ni. Time ni mood Rayeesa memang tak ok. Sekadar bergambar ajelah tanda dah jejak sini. Nak naik pun ramai orang kat atas tu. Malas nak bersesak-sesak.
![]() |
| Masjid Terapung Pulau Pangkor. I takat berhenti di pintu masuk je. Malas nak berjalan sampai ke dalam masjid. Rayeesa lak bad mood sebab penat kot, so tungguh ajelah kat depannya. |
Malamnya ada dinner dengan ahli keluarga. Takda tema-tema pun. Kami pun pakai apa yang ada ajelah. Lepas makan sesi tukar hadiah. I dapat hadiah jam dari Fatin. Dia tak bawa hadiahnya. Balik office baru dia bagi.
![]() |
| Bergambar sebelum Dinner. All white. |
Senja di Pulau Pangkor. Cantik!
Ahad tu, pukul 12.00 check out! See! Time nak balik kan main cantik cuaca. Saje je kan =p
Time nak balik singgah beli hasil laut kat Kedai Jamilah. Beli ikan bilis ni untuk mak mertua kita dan ibu juga.
If nak shopping, pihak hotel kata, elok shopping di Lumut je. Kat Pulau mahal kata mereka. So i ikut saranan orang hotel, beli buah tangan di Lumut. Lagipun malas nak berangkut-angkut naik feri dengan barang banyak.
Till we meet again Pulau Pangkor! Mana tahu kot husband nak bawa pi Pangkor Laut tu kan ;p
Till then, wassalam!
































