Rabu, 29 Februari 2012

Rabu tanpa kata. #12



1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malamm.. mengantuk.. etc… That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang… That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang… That might be the last food that he/she eats.

Sejujurnya, setiap masa hargailah anak2 kita……Kita tak tau bila kita atau dia yang akan “pergi” dulu.

=,(

Sumber.



Rabu, 22 Februari 2012

Cerita ceriti ceritu.

1. Kerja oh kerja!

Teringat kata-kata Pendaftar time Pertemuan S/U dgn Pendaftar dulu:
"Kalau rasa tak nak kerja, malas, tak best, buat itu tak nak, filing tak nak, apa kejadahnya semua tak nak, senang je cara nak selesaikan. Pergi aras 3 (HR), hantar surat berhenti kerja. Kerja tak cari anda, tapi anda yang cari kerja. Hargailah apa adanya. =p"

FYI, ayat tu dituju untuk sipolan yang tak mahu menghargai kerja, tapi ayat ni i guna sebagai motivasi i untuk pergi kerja hari-hari ye. Setiap kali malas, tak suka, rasa tak best nak pergi kerja, mesti I akan ulang ayat tu. So bila teringat ayat ni, automatik akan sedar diri, sedar dari malas dan sedar dari segalanya.

Kalau suami malas nak pergi kerja pun, ayat ni yang I pompangpompang kat telinga dia beside, kalau tak kerja, takde duit lah.

Kadang-kadang, nak menegur manusia ni memang kena cakap direct macam tu kot. Baru lekat kat kepala otak. Cakap lembut-lembut taknak faham. Cakap macam tu senang, direct to the point.


2. Alergik

Malam tadi bawa Iman Raneeya pergi klinik. Naik ruam kat montot dia. Ingatkan ruam pampers. Rupanye, bila dah check, doktor bagi tau Iman Raneeya alergik seafood. Haishh, rugi lah awak Iman Raneeya, tak dapat merasa makanan laut yang sedap-sedap tu. =p

Haritu pun ada kena sekali, bila I bubuh sotong dalam bubur dia, terus naik merah-merah kat belakang badan dan kepala. Yang jadi kali ni, I tatau pula apa dia makan sebab setakat ini takda pula i bagi makanan yang berunsur seafood. Kata doktor, mungkin dia ada disuap makanan ringan yang ada sotong or udang kot. Tu yang menjadi ruamnya.

I dah bagi tahu dah kat Makcik lepas ni jangan bagi makanan lain dah selain daripada makanan yang i bekalkan je untuk elak ruam jadi melarat.


3. Pre-Wedding

Adik sedara I tanya dan minta pendapat kalau dia nak buat Pre-Wedding ok tak sebelum kahwin.

Hmmmm, nak jawab lebih-lebih pun tak berani sebab Pre-Wedding ni budaya barat yang diserap/ditiru oleh masyarakat kita termasuklah tuan punya blog ini sendiri. Haha.

Tapi kalau ditanya pada pandangan I sendiri, I rasa tak salah pun nak buat Pre-Wedding selagi tak melanggar hukum agama, tak kacau bajet kahwin kau dan tak menyusahkan sesiapa. Kan? Makesure lah gambar prewedding yang diambil tu tak over macam orang dah kahwin sebab kang orang confuse pulak, gambar yang diambil tu sebelum kahwin atau selepas. Jurugambar pun kena main peranan waktu ambil gambar tu. Jangan sebab duit, hukum agama habis semua dilanggar sebab nak dapatkan gambar cantik.


4. Utagha

B: Ikut I pi unimap ea.
A: Yelah. Takkan nak tinggal rumah. Takut. Kang hantu achikspin datang.
B: G unimap nanti boleh la pi Langkawi. *jeling
A: Erkkkkkk.

Hello Mr. B, barang yang lama usah dikenang. Kalau dikenang rosak lah ia. =)

Utaghaaaaa!! Tunggu saya datangg!


5. Rindu

Perasaan yang susah nak dibuang, sampai bila-bila tetap ada. Tapi kena simpan diam-diam dalam hati.

I miss my parents & siblings.
Rindu rumah kecik warna pink dekat Kg. Pulau Semut tu. Rindu ayam itik. Rindu pokok durian bergoyang di tiup angin. Rindu masakan ibu & mak! Rindu gelak-gelak dengan abah ibu. Rindu nak tidur 3 beradik sambil bercakaran.

Feeling anak abahibu yang belum kahwin yang masih mau dimanjai masih takmau hilang-hilang!

Haishhh!





Jumaat, 17 Februari 2012

Enjoyable!


Alhamdulillah,
dapat juga cari kolam ni untuk Iman Raneeya.

Sebelum ni, ingat nak beli kolam yang lebih kurang mcam ni dekat babymanja.com. Yang harga RM15.90 tu. Tapi takda stock pula.

So, jalan-jalan kat Tesco haritu, jumpa pula kolam ni. Terus lah beli satu dengan harga RM19.90. Balik rumah, singgah kedai motor jap, minta tolong Cina kedai motor tu tolong pamkan. Cina yang pam tu siap tanya kat mana beli kolam ni, berapa harga. Haha. Mesti nak beli juga letewww kan apek kan?

Seronok Iman Raneeya sebab boleh berendam seluas-luas kawasan dan tak payah berendam dalam baldi lagi dah.
Lepas kerja, sampai rumah je mesti dia sibuk bising-bising tengok luar, bagi signal yg dia nak mandi kolam.
=)


Rabu, 15 Februari 2012

Majlis Bacaan Yasin & Ngobrol-ngobrol.

Sabtu lepas, sekali lagi keluarga belah mertua buat Majlis Bacaan Yassin & Ngobrol-ngobrol. Kali ni buat dekat rumah Pak Lang Azreen, di Subang Jaya.

Oleh kerana, selepas kahwin dulu I tak sempat nak 'menyalang'*amalan melawat pakcik makcik di rumah mereka selepas majlis perkahwinan untuk kenalkan suami/isteri Pak Lang Azreen sebab masa tu sibuk dengan threatened miscarriage dan morning sickness, so, kali ini i mengambil peluang yang ada untuk melakukannya.


Sampai-sampai aja rumah Pak Lang pada haritu, dah Maghrib, so masing-masing sibuk lah pergi bersolat. I pun tak ketinggalan sibuk juga, menyuap si kecil yang dah kelaparan. Lepas orang semua dah selesai solat, barulah turn i pula terkedek-kedek menunaikan suruhanNya. Pssst, sejak jadi mak ni, I asyik jadi orang last je lah dalam semua perkara. =p =p =p


Selesai semua solat Maghrib, terus ja mula baca Yasin sebab dah malam kan, kang tunggu lama-lama, lambat pula balik Nilai nanti.


Majlis diteruskan dengan makan. Menu utama malam itu adalah Nasi Ayam terbaik Mak Lang. Sedap sangat ayamnya. Nasi ayam ni kalau kuah cili dia sedap, memang laju je lah menyuap kan?


Lagi gambar bersama makanan.
Apa kejadahnya tah I pose gitu. Azreen pula tak habis-habis dengan jersi MU nya sebab malam tu ada game MU vs Liverfool. Haha.

Sejak kena tarbiyah, Alhamdulillah, Azreen dah pandai dah beza mana yang wajib dihadiri dan ketepikan yg duniawi yang tak menjamin apa-apa pun di akhirat nanti.

Ark ark ark.
Syabbas Azreen betta!


Mummy yang makan terpaksa kepit Iman Raneeya yang dah tak boleh terlepas dan duduk diam.


Sambil makan dessert bubur kacang yang sangat sedap tu, majlis diselitkan dengan sesi pembentangan AJK Family Day.
Bermula dengan AJK Logistik,


Kemudian diikuti dengan AJK Sukaneka.
Ha, gempak tak kiteorang siap ada slaid bagai?
Semangattttttttttttt!!!!


Span Bocor Mak Jemah!
Kau mampu?
Haha.
Nama game kain main gempak walhal gamenya perah span berair ke dalam botolnye jeee puuunn.


Masa ni tengah buat apa tah. Tak ingat pula I.


Kan main khusyuk memasing dengan penerangan tentang acara sukaneka.


Dek kerana masing-masing yang terlalu happy mendengar kan tentang acara-acara sukaneka yang dipertandingkan, terus malam tu juga dibuat pembahagian kumpulan.

Setelah sebulat suara mengundi,
So, inilah hasil kumpulan yang akan bertanding di acara sukaneka family day nanti:


Kumpulan 4.


Kumpulan 1.


Kumpulan 2.

Untuk ahli kumpulan 3 tiada gambar sebab dorang tak dapat hadir time majlis ni. Tua muda kecil besar tak terkecuali ya kena join juga.
=)
Tak sabar nak tengok dorang bersukaneka awal Mac ni.
Haha.


Notalipscumel:

Psst hubby:
14 Februari 2012 ~ 2 tahun kita telah dipertunangkan.
=p


Isnin, 13 Februari 2012

Terasa, merasa dan perasa.

Bila putus cinta 5, 6, 7 kali, I positif.
Bila putus tunang disebabkan orang ketiga, I positif.
Bila tahu girlfriend kepada ex-boyfriend tak suka I, I positif.
Bila orang tak suka meluat kat kita tak tentu pasal padahal kita tak tahu pun apa masalah mereka hujung pangkal, I positif.
Bila orang mengata tentang hidup I dan mak bapak I, I positif.
Bila orang mengata I tiru itu ini waktu majlis perkahwinan padahal I dah tanya pun ok ke tidak boleh ke tidak bincang dengan tuan punya badan, I positif.
dan macam-macam lagilah,
I cuba jadi sepositif mungkin sebab I tahu, setiap perbuatan baik, nescaya Allah s.w.t akan membalas yang baik-baik juga walaupun dalam hati dah merah bernanah pedih menahan.

Susah hidup ni bila semua benda negatif kita cuba terima secara positif.

Kesannya, bila terlalu positif dan cuba buat macam takda apa-apa,
Sesungguhnya perasaan yang ditanggung itu memang tersiksa.

Lagi-lagi bila perkara itu diulang-ulang bagi tujuan menyindir nak bagi orang terasa boleh buat jatuh air mata, jatuh air muka.

Rasa yang menanggungnya?

Jatuh terduduk.
Sangat down.
Sedih tak terkata.

Biarlah orang buat kita.
Jangan kita buat orang.
Itu pesan abah.

Tapi sampai bila Bah nak macam tu?
Sampai bila nak menahan?
Simpan lama-lama boleh jadi dendam.

Hmm,
Dunia ini kan bulat.
Ada masa kita kat bawah. Ada masa kita kat atas.
Gelak dan sindir lah selagi boleh ya.
Suatu masa, kalau terkena kat batang hidung sendiri nanti,
Sebab,
Buat baik dibalas baik, buat jahat sampai orang terasa suatu hari nanti kita pasti akan termerasa juga.
Tak pada kita, mungkin pada anak cucu kita pula.

Amin.


Notalipscumel:

Teruskan senyum sampai hilang pedih di hati.
Walaupun pedih hilang, parut tetap akan kekal.