Ahad, 28 Ogos 2011

Aidilfitri 1432H



Kepada rakan taulan, teman seperjuangan, blogers, stalker, secret admirer *haha, dan semua umat Islam di mana jua anda berada, SALAM AIDILFITRI 1432h diucapkan.

Maaf zahir dan batin.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Iftar di luar.

Sepanjang bulan Ramadhan ni ada lah 7 8 kali berbuka di luar. Antaranya ialah:

1. Berbuka bersama Banglong di Johnnys Jusco Balakong.

2. Berbuka di rumah FIL. Menu: Asam Pedas Ikan duri, Tomyam, Ayam Goreng Berempah, & etc. *haha. boh etc sbb tak hengat dah.

3. Berbuka di Melaka. Menu: Sup Tulang, Asam Pedas Ikan Parang, Ketam Masak Lemas Bernenas, Badak Berendam *kecuali Ketam, yg lain sume my feveret =)

4. Berbuka dengan AJ & Raneeya di Kedai Tom Yam sebab tak sempat masak lepas habes kelas.

5. Berbuka di Rumah Puan Yanee dengan membawa potluck memasing.


Puan Yanee = Yang berbaju hitam.


Iman Raneeya berbuka dulu daripada orang lain. =p


6. Berbuka dengan rakan sepejabat di Majlis Berbuka Puasa Fakulti Ekonomi dan Muamalat kat Bangi Golf Resort.



7. Berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Ai tak boleh tengok anak-anak Yatim. Series sedih. Lagi-lagi bila ai bayangkan macam mana lah dorang beraya tanpa makpak di sisi. Haishhhh. =(

Dan yang terakhir yang ai ingat,

Pemenang Majlis Terbuka Terbaik pada tahun ini adalah,

8. Majlis Berbuka Puasa dan BBQ Kelam Kabut Fakulti Sains & Teknologi. Terbaikkkkkkkkkkkk wok! Tak caye sila tengok gambo bawah ni. Meleleh dak air liur?


Rasa toksah cakap lah. Sedap hingga meleleh air mata terharu time makan. Haha.


Ayam pun ada juga.


Bakar ayam pakai baju opis. Siap pakai tai lagi, kooo ada?


Ha, USIM setia di sisi! Sambil bakar, sambil pakai Kad Staff.


Geng pembakar. Ai pun sibuk ada juga.


Tak pecaya ai turut bakar sama. See! Gambar adalah buktinya. *Walaupun duduk seminit dua sahaja.


Menunggu waktu berbuka dengan Tetuan Rumah.


Dengan Tukan Azan merangkap Tuan Rumah sambil makan jagung.


Dengan Tuan-tuan rumah lagi sebelum operasi bungkus-bungkus.

Pixas kredit to: Lefty Hollow.


Notalipscumels:

Majlis-majlis yang takde gambar adalah disebabkan:

1. Jurugambar propesonal ai melahap dengan rakusnya diwaktu berbuka puasa. *Ampun B! =p
2. Sejak ada anak kecik ni, tak sompek doh nak snap2 weh!

Nasi Arab.




Sana sini sibuk bercerita tentang Nasi Arab (NA). So, last week Banglong telah bawa ai pergi merasa NA di Dima, Melaka.

Kata Dakpink tentang Nasi Arab:

1. Boleh lah rasa dia. Rasa macam Nasi Minyak pun ada gak. Nasi & lauk kambing diboh sekali dalam pinggan besau. Kemudian, disertakan dengan sepiring kecil kuah cili (sos kot) & semangkuk sup ala2 mamak tu dalam hidangan.

2. NA tak boleh jadi makanan feveret ai sebab ai perlukan Coke untuk menelan nasi tu. Haha.

=)

Khamis, 25 Ogos 2011

Mode: Rindu =(


Lagi 2 hari nak balik Melaka,
Lagi 2 hari baru dapat lepaskan rindu.

Rindu nak dengar Raneeya cakap 'Aaaaaaa aaaaaa burrrrrrssss' sambil sembur air liur dia. Haha.
Rindu nak dengar Iman Raneeya merapu membebel sambil menjerit-jerit.
Rindu nak kelam kabut buat susu bila Iman Raneeya meraung nak susu.
Rindu nak gomol-gomol Iman Raneeya.
Rindu nak tukar diapers dia. =p

Haishh, susah nak describe perasaan bila berjauhan dengan anak ni. Bercampur-baur. Tapi buat-buat cool je lah macam takde pape.


Notalipscumel:

Tengah risaukan sesuatu ni selain daripada rindu Iman Raneeya. Adakah peristiwa Syawal tahun lepas bakal berulang kembali? Erkkkkkk..!

Rabu, 24 Ogos 2011

Masakan terakhir di bulan Ramadhan.

Berbuka semalam, adalah berbuka yang terakhir kena masak sebab lepas ni berbuka puasa adalah berbuka di luar je bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. So, menu terakhir tok di bulan Ramadhan ini yang dimasak adalah:


Ketam masak lemak cili padi bernenas,
Ikan masin bos bagi digoreng bersama cili padi dan bawang,
Sardin masak kicap *my feveret,
Kailan goreng ikan masin dan,
Ayam goreng boh rempah kari. *ark ark ark, dah hujung-hujung puasa baru sebok nak buat posting lauk-pauk =p



Malamnye, disebabkan Iman Raneeya telah dipinjam neneknya pulang ke Melaka, ai pun menerailah resipi Puan Fad, Cornflakes Madu sebagai mengisi masa ai yang lapang tu. Alhamdulillah, jadi meskotnya.

Nak resipi?

Nah, hambik!
Sebuku butter dengan secawan gula dikacau sehingga cair. Masukkan 10 sudu madu, kacau lagi hingga rata. Kemudian, masukkan sekotak cornflakes. Kacau dan gaul rata. Sudukan cornflakes dalam mangkuk kertas. Akhir sekali, bakarlah dalam 3-4 minit.


Semalam juga dapat parcel dari Bribbons. Headband (HB) Iman Raneeya dah sampai. Yey, tak sabor nak tengok Iman Raneeya pakai HB walaupun warna HB tersebut lari dari tema warna baju kurung dia. Haha. =p