Selasa, 8 Mei 2018

Selamat tinggal FEMily =,)

I'm officially ex-FEM on 2nd May 2018.
=,)
Bye bye bos dan jabatan lama.
Walaupun sedih dan berat hati nak tinggalkan jabatan lama, hidup dan kerja tetap perlu diteruskan dan kenangan bersama rakan kerja yang lama akan tetap terpahat di ingatan.

Sekarang dah berpindah ke jabatan baharu. Masih dalam fasa penyesuaian. Masih lagi  dalam fasa mengenali hati budi bos serta rakan kerja baru, masih mencuba ikut rhythm bos, biasakan diri dengan senarai fail dan lain-lain lagi.
Insha Allah, kita cuba.
Cuba untuk ikhlaskan diri dalam segalanya supaya segala kerja kita jadi ibadah dan dapat pahala.

Jabatan lama ditinggalkan dengan pelbagai perkara manis serta tangisan sedih I. Haha, I belanja muka buruk menangis pada semua. Kat FB dan IG memang ada post pasal semua benda ni, tapi kat blog pun I cuba rajinkan diri untuk mencoret. Sebab kat sini lagi dekat di hati untuk diingati.

 Tugasan terakhir I untuk Fakulti sebagai urusetia program. Alhamdulillah, semua happy dan seronok hadir program tu. Alhamdulillah, I tinggalkan Fakulti dengan senang hati.

Gelak dalam sedih. Terima kasih Team Admin! Mereka yang pertama meraikan berita reshuffle I. Haha. Lepas tahu kena reshuffle tu memang kerja I throwback ajelah. Nyampah agaknya siapa yang jadi friend I sebab terpaksa baca.

Maaflah korang. Itu ajelah cara I mengadap sedih. Nak meraung, dah tua bangka pun =p

Dah nak keluar, memang ko kena paksa lah bagi ucapan. Maka, berucaplah kita sambil tersedu-sedu. Sedih weh! 9 tahun kat jabatan lama. Kalau tak sedih, memang kau jenis takde perasaan lah. Hakak ni dah lah hati tisu dik, lagi sedih, lagi deras air mata turun laju.

Terima kasih semua atas kerjasama hebat kita sepanjang bersama. There's up and down, tapi itulah yang menguatkan kita dan mengeratkan teamwork.

 Their appreciation untuk I terlalu banyak. I pun tak sangka akan dihargai seperti ni. Dulu, bila organize majlis orang, I selalu terfikir, siapa pula nak organize untuk I kalau I keluar? Terima kasih semua, semoga Allah swt membalas budi baik kalian semua.
Team Admin with the Dean and Deputy Dean (Students). Ada dua tiga orang lagi tak turut serta bergambar. Selamat maju jaya semua. Semoga terus menaikkan nama FEM dan USIM.

 Lepas menangis kena potong kek! 

 Thank you Admin FEM dan Management FEM. Apa ajelah korang membazir duit bagi hadiah. Doakan kebahagian I sekeluarga dunia akhirat dah lah =p

 Rindu korang semua. Haha. Time dekat bercekau, time dah takde nak rindu-rindu lak=p

 Gambo potong kek lagi. Birthday i bulan May, tapi rezeki tahun ni Allah swt bagi potong kek awal.

 Geng makan, geng pantry, geng kutu seratus! Semoga murah rezeki korang dan Allah swt kurniakan ketabahan dan kekuatan iman untuk setiap cabaran mendatang, aamin.

My bos! Thank you  bos untuk segalanya. Kekalkan kecemerlangan walaupun kata tak nak sambung dah tahun ni. Semoga bos dimurahkan rezeki anak lagi, haha, dan semoga bos sekeluarga sentiasa dirahmati dan dilindungiNya selalu, aamin. Selamat menunaikan haji juga pada tahun ini.

 Dah macam penceramah program motivasi dah ni. Haha. Walhal bagi ucapan selamat tinggal je pun =p

 Part of FEMily! All the best semua! 

 









 Thank you semua! Thank you untuk segala hadiah dan kenangan indah sewaktu bekerjasama =)



 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat 8am-5pm kau bertapa setiap hari. Good bye office =)














Alhamdulillah, pengakhiran yang husnul-khotimah di jabatan lama. Terlalu banyak perkara manis di pengakhirannya. Terima kasih semua, terima kasih Allah.

There's drama behind the reshuffle. Macam-macam hal. Takpelah, kita harung ajelah. Nak dapat pelangi, memang kena hadap kemarau ribut petir dulu kan? ;)

About the drama, biarlah I, dia dan Allah je yang tahu. Apapun, I percaya segala yang direncana Dia, itulah yang terbaik untuk diri I, Insha Allah. Dia lebih mengetahui. Terima kasih teman atas  sokongan. Terima kasih suami, sebab memahami.

Semoga I akan terus gembira, bahagia, produktif (agaknya), dan ceria di jabatan baharu, aaaamin.




Sabtu, 5 Mei 2018

Bukit Batu Putih, Port Dickson

It's Saturday anak-anak!
Jom hiking, jangan malas-malas. Tak elok membuto lama-lama, nanti otak tak cargas.
Please support Ommak kau ni sikit nak loose weight. Haha!
Konsep dia, makan sesama, susah senang sesama, nak sihat pun sama-sama juga.
So, moh le kita mendaki Bukit Batu Putih, yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan

Satu, dua, tiga, empat, lima. Ok, cukup lima pasang, kaki semua ada. Rayeesa pun kena kira pasang kaki juga walaupun dia berdokong je lebih pun, berjalan kurang.

Ingat nak mendaki awal pagi, tapi bila dengan keluarga ni, faham-faham je lah, dia punya urusan rasmi di pagi hari tu, hmmmm. Dalam pukul 8 juga sampai. Beli tiket RM1 kat pintu masuk, then terus mula berjalan.

Track di Bukit Batu Putih kena lalu jalan tar dulu. Kalau nak ke rumah api yang ada di sini, so memang kena lalu jalan tar ni lah.

Then, cari pintu masuk ikut track dalam hutan lak. Ada dua jalan yang boleh diikut. Track mudah atau track susah. Since bawa anak-anak, kami pilih easy track lah demi kesejahteraan keluarga. Family first kannn!


See, memang easy breezy aje track dia. Reezqy pun happy je tak buat perangai. Siap tak minta dokong pun. Good abang! Lepas ni boleh pi mendaki Gunung Tahan lak. Kahkahkah!

Untuk ke puncak, part sini challenging sikit sebab akan kena daki batu. Kalau time orang ramai, kena take turn untuk naik. So, silalah beratur dan bersabar.

Since Azreen dah pernah naik, dia suruh I naik sorang je lah. Bahaya bawa budak-budak katanya.

Dari puncak kita akan dapat menikmati pemandangan pantai Port Dickson. Kalau datang awal, bolehlah tengok sunrise, takpun pi petang untuk tengok sunset.

Jadilah, minta tolong orang snapkan. Next time kita pergi berdua je ye suami. Haha. Tak feel naik bukit lah minta tolong orang snapkan =p


Tempoh pendakian Bukit Batu Putih  dalam 30 ke 45 minit je. Macam kami sebab santai-santai aje, so memang tak terkira lah jam dia.

Lepas keluar dari track Batu Putih kami berjalan pula ke Rumah Api Tanjung Tuan. Layan budak-budak ni tengok-tengok rumah api, then turun pi cari port mandi lauk lak.

Wassalam.

Khamis, 5 April 2018

Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur

Visit ke hotel lagi!
Yey =)

This time kita ke Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. I hate KL sebab jammed selalu, tapi dah kena pi, kita redah ajelah.

Hotel yang masih mengekalkan tradisi Melayu di tengah bandar Kuala Lumpur yang pesat membangun. Di tambah dengan interior nya dengan segala kerawang-kerawang dan kayu kayan yang ada, lagi konsep tradisional itu terserlah!

Yes, that was my first impression bila melangkah masuk ke lobi dan bilik hotel.

Hello Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur! Thank you for having me here ;)
Kahkah! Mementang masuk Key El, terus nak speaking ;p

The katils! Nyenyak tidur sebab bantal best! Twin sharing dengan office mate!

Penimbang pun ada dengan pesanan penaja, lepas makan breakfast hotel, sila timbang berat anda. Kahkah! Almaklumlah, bila dok hotel ni, perasaan diet tu terbang terus bila nampak lambakan makanan yang ada di sini.

Hai sexy mexxy see through shower room! ;) La la la..

Balcony view. Suka tengok yang macam daun tu. Panggil apa tah. Bukan kerawang. Ukiran. Eh, entahlah. Tapi cantik dan nampak klasik.

If nak smoking boleh keluar ni. Tapi partner I tak smoking dan suami sendiri pun tak smoking juga. =)



Lengkap semua. Tapi kita pagi petang semua makan ditaja, langsung tak sentuh bahagian ini.

The best part! Senang ada penunjuk kiblat.

Thank you Hotel Royale Chulan!

As this month is the last month I dekat jabatan sekarang, tak tahu dah lepas ni ada lagi ke berjalan-jalan ke hotel sana sini dah.
Doakan yang baik-baik untuk I, Insha Allah.
=)

Selasa, 3 April 2018

Hello April!

Alhamdulillah, beralih ke bulan April sudah!
Next month dah masuk Ramadhan, dah habis ganti puasa semua?
=p

Bulan April ni, memang Mami kopak la jadinya. Dengan birthday si bapak awal bulan, lepas tu hujung bulan menyusul pula birthday anak pertama dan kedua. Yang anak-anak dah siap request dah nak kek apa untuk birthday masing-masing walaupun makan kek tak seberapa pun.

Semalam, sambut birthday Azreen lagi untuk kali kedua sebab sebelum ni dah sambut birthday dia dengan Abah time ke Sungkai. Rasa macam tak best pula combine birthday dia dengan abah sekali. So, semalam, kita sambung dengan famili kecil kita ajalah.

Fikir punya fikir, tempat mana yang sesuai untuk bawa budak-budak ni, tempat yang tak jauh, tak  berantakan, boleh balik cepat ke rumah, so kita tuju ke Nom ajelah di Mesa Mall since kat sini pun ada kek. Beli sepotong kek aje, kita share makan berlima.


Menu, dah tentu lah healthy food for birthday boy! Haha. Besday makan sandwich je.

Since kat sini ada family card and board games disediakan, so budak-budak ni dapatlah bertenang dalam setengah jam duduk diam-diam.

Happy birthday suami ;) 1 4 3 as always.  Awak jaga saya baik-baik, saya jaga awak balik ye! Haha. Ok dah. Cukup lah wish camtu je kat sini.

Hai adik! Budak senang handle tak banyak ragam. Tapi kalau kau usik dia, memang dia balas tak ingat punya. Si Reezqy selalu kena. Haha.

One happy family celebrating Dedi's birthday at Nom! 
Happy birthday Dedi!
Semoga Allah swt rahmati dan lindungi awak selalu untuk kami semua, Insha Allah.
1 4 3 2 4
=)