Reezqy bangun tidur pagi tu, dia kata dia demam dan sakit tekak. I ingatkan dia saja guna alasan tu taknak pergi sekolah tapi bila belek muka dia nampak macam pipi hingga ke leher sebelah kiri dia kembang sebelah. I tekan-tekan terasa macam ada biji-biji lak leher dia.
Terus Doktor Mami mengesahkan sendiri Reezqy kena 'beguk' dan tak payah pergi sekolah.
I post kat group taska inform yang Reezqy kena beguk dan tanya penyakit ni berjangkit ke tak? Mostly parents inform tak berjangkit tapi ada juga maklum yang anak mereka sedang menghadapi penyakit ni dan ada yang baru baik. Then ada seorang parent ni PM i dan bagi info yang penyakit ni memang berjangkit. So, untuk elak kawan-kawan Reezqy yang lain kena, I kuarantin kan lah Reezqy dari pergi sekolah.
Metod tradisional yang i guna since Reezqy tak demam: I sapukan campuran nila baju dengan cuka makan kat tempat yang bengkak.
Terus teringat kan arwah mak time sapu ni. Lagi-lagi bau masam cuka tu kan, terus macam terasa dan terbayang time arwah mak ada. Miss you mak
=(
Semoga arwah mak tenang di sana, Insha Allah, amin.
Alhamdulillah, dua tiga hari tu ok, tapi hari keempat beguk serang leher yang sebelah kanan pula. Sepanjang Reezqy kena beguk atau beruk (Iman Raneeya sebut beruk haha), dia aktif je seperti biasa. Terlompat sana sini. Menyakat adik dan kakak macam biasa. Takde melepet terbaring pun. Cuma dia ada mengadu yang bila makan susah nak telan so, nampaklah kurang sikit selera makannya.
I tak bawa klinik pun. Seminggu lepas tu Reezqy ok dan sihat dah. BFF Reezy, Mia, pun kena juga sama hari dengan Reezqy. Maknya bawa pergi ke klinik, Doktor minta kuarantin seminggu.
Sedikit info mengenai BEGUK:
SUMBER
Beguk dan wabak parotitis merupakan penyakit disebabkan virus bagi manusia, disebabkan oleh virus beguk (RNA Paramyxovirus). Sebelum pembangunan vaksin dan pengenalan vaksin beguk, ia merupakan penyakit kanak-kanak yang biasa berlaku di seluruh dunia, dan masih merupakan ancaman kesihatan di dunia ketiga.
Bengkak pada kelenjar liur (secara klasik dikenali sebagai kelenjar parotid) merupakan ciri penonjolan biasa. Bengkak yang menyakitkan pada bahagian kerandut zakar (orchitis) dan rash juga mungkin berlaku. Simptom ini biasanya tidak teruk pada kanak-kanak. Bagi remaja dan orang dewasa, komplikasi seperti mandul atau separa mandul adalah lebih biasa, sungguhpun masih jarang dari segi bilangan mutlak. Penyakit ini biasanya terhad, mereka yang sakit sembuh sendiri, tanpa rawatan khusus selain mengawal simptom dengan ubat penahan sakit.
Simptom
Radang Parotid inflammation (atau parotitis) dalam 60–70% jangkitan dan 95% pesakit ada menunjukkan simptom. Parotitis menyebabkan bengkak dan sakit setempat, terutama apabila mengunyah. Ia boleh berlaku pada satu sisi (unilateral) tetapi lebih biasa berlaku dalam 90% kes pada kedua-dua sisi (bilateral).
Demam
Sakit kepala
Orchitis, merujuk kepada keradangan menyakitkan pada buah zakar. Lelaki melepasi matang yang mengidap beguk mempunyai 30 peratus risiko orchitis.
Simptom lain beguk termasuk mulut kering, muka dan/atau telinga perit dan kadang kala dalam kes lebih serius, kehilangan suara. Tambahan lagi, sehingga 20% orang yang dijangkiti dengan virus beguk tidak menunjukkan apa-apa simptom, dengan itu mampu dijangkiti dan menyebarkan virus tersebut tanpa disedari.
Waktu terdedah sehingga timbul gejala penyakit ialah dari 14 sehingga 25 hari. Tempoh pengasingan yang disarankan selama 9 hari setelah bengkak timbul.
Pencegahan
Melalui imunisasi (MMR) pada usia 12 bulan dan 4 tahun.
Penyebaran
Beguk merupakan penyakit berjangkit yang merebak antara orang kepada orang melalui hubungan dengan lendir pernafasan seperti dari air liur orang yang dijangkiti. Apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin, titisan menjadi semburan dan mampu memasuki mata, hidung, atau mulut orang lain. Beguk juga boleh tersebar melalui perkongsian makanan, minuman, dan bercium. Virus ini juga mampu hidup pada permukaan dan tersebar selepas hubungan dalam cara yang sama.
Mereka yang dijangkiti beguk mudah menjangkiti sejak sekitar 6 hari sebelum timbul simptom sehingga 9 hari selepas simptom bermula. Tempoh pengeraman (masa sehingga simptom timbul) boleh dari 14–25 hari tetapi biasanya 16–18 hari.
Rawatan
Tidak terdapat rawatan khusus bagi beguk. Simptom mungkin diringankan melalui penggunaan air batu atau haba sekali sekala kepada bahagian tengkuk yang terkena dan penggambilan acetaminophen/paracetamol (Tylenol) bagi meringan kesakitan. Aspirin tidak digunakan kerana kaitan hipothetikal dengan sindrom Reye. Berkumur dengan air garam suam, makanan lembut, dan pengambilan lebih cecair boleh membantu mengurangkan simptom.
Pesakit dinasihat untuk mengelakkan air buah atau sebarang makanan berasid, kerana ini akan merangsangkan kelenjar liur, yang boleh menyakitkan.
Isnin, 2 Oktober 2017
Jumaat, 29 September 2017
Alhamdulillah, dapat RM RM RM!
Walaupun I selalu rasa I ni jarang bertuah, yelah, masuk pertandingan apa pun susah nak menang, lucky draw susah nak sangkut, tapi masuk pertandingan kat office kali ni berjaya juga lah menang sesuatu.
Alhamdulillah, walaupun tak menang tempat pertama, janji dapat menang wang tunai, dah besar rahmat dah. Ingat senang ke orang nak bagi duit tunai kan?
Pertandingan Idea Kreatif dan Penulisan Esei sempena Sambutan Hari Kualti. Tahniah untuk diri sendiri sebab menang tempat kedua Kategori Pelaksana. Gigih menaip esei dalam satu hari je, cari ayat Al-Quran yang bersesuaian dengan tajuk esei, lepas tu time nak submit terfikir-fikir, nak hantar ke tak, hantar ke tak, tapi pejam mata je send. Haha.
I target tempat ketiga, tapi rezeki Allah, dapat tempat kedua. Dan rezeki kawan sefakulti juga sebab yang baju kelabu tu menang tempat kedua kategori Pegawai dan yang baju kuning tu pelajar dari Fakulti I, pun menang tempat kedua. Dapatlah kami wang tunai RM350. Masing-masing senyap-senyap je masuk pertandingan, sekali, menang bersama-sama. Haha!
Next daynya, belanja budak-budak office makan. Rezeki dikongsi bersama kan. Balance duit hadiah masuk #tabungomanain.
Alhamdulillah, walaupun tak menang tempat pertama, janji dapat menang wang tunai, dah besar rahmat dah. Ingat senang ke orang nak bagi duit tunai kan?
![]() |
| Add caption |
I target tempat ketiga, tapi rezeki Allah, dapat tempat kedua. Dan rezeki kawan sefakulti juga sebab yang baju kelabu tu menang tempat kedua kategori Pegawai dan yang baju kuning tu pelajar dari Fakulti I, pun menang tempat kedua. Dapatlah kami wang tunai RM350. Masing-masing senyap-senyap je masuk pertandingan, sekali, menang bersama-sama. Haha!
Next daynya, belanja budak-budak office makan. Rezeki dikongsi bersama kan. Balance duit hadiah masuk #tabungomanain.
![]() |
| Penyampaian hadiah, wakil pada suami je sebab office I ada terima tetamu dari Indonesia. |
![]() |
| Gambar untuk pertandingan beserta caption. Tq husband, dalam terpaksarela awak ambil gambar, kita menang juga tau wak ;p |
+
Pertandingan kedua yang I sertai adalah pertandingan Ekspresi Merdeka USIM. Kena ambil gambar bersama bendera, then sertakan caption yang menarik. Since pertandingan ni open, dan student ramai join, I memang tak letak harapan apa-apa. Iyalah, gambar student semua hebat-hebat kot. Budak-budak hebat IT sekarangan kan. Dengan yang melompatnya lah, pelbagai teknik hebat bergambar yang macam-macam lagi, so, hakak hanya mampu pasrah dah redho ajelah dik.
Sekali, dapat mesej menang hadiah saguhati dan dapat RM100.
Alhamdulillah, yippe yey!
Walaupun tak menang hadiah utama RM500, tapi bila dimaklumkan dapat hadiah saguhati tu pun dah senyum lebar dah. Berbunga-bunga hati oi! Riang tak terkata. Siapa tak suka dapat hadiah? Cuba habaq mai! Lagi riang sebab #duittabungomanain bertambah lagi isinya =)
Alhamdulillah, rezeki hujung-hujung tahun ni.
Syukran ya Allah.
Syukran juga pada suami yang tukang snap gambo dengan paksarela.
Haha.
Khamis, 28 September 2017
Jom naik MRT!
Kami ni, time MRT buat promotion tambang free haritu, takda pula sibuk nak naik, tapi bila dah kena bayar, baru gegeh haihh nak cuba.
Sedang elok pula, lepas anak-beranak tengok movie Train to Busan, Dedinya offer ajak naik MRT. Iman Reezqy happy ajalah. Iman Raneeya drama sikit sebab dia takut ada zombi dalam train.
Please lah kak Iman!
Tu semua cerita je ok. Zombi tak wujud lah.
Kami pergi time weekdays, so keluar dalam pukul 10.00 pagi. Parking kat stesen Sg. Jernih, Kajang, then pergi beli token untuk naik MRT.
Semua fasiliti masih baru, so memang sangat selesa lah menunggu di stesen Sg. Jernih ni. Aircond bangunan pun sejuk sangat. Toilet kat bangunan bersih, surau pun selesa.
Untuk beli token, kalau ada touch&go, boleh je guna. Dapatlah diskaun 10sen. Kalau takda, guna cash money pun boleh. Mesin tu terima duit paling besar RM10 sahaja ya.
Our first experience naik MRT. Kami menuju ke IKEA Cheras, so kena turun di Stesen Cochrane. Ok lah. Iman Reezqy seronok sangat. Asyik sebut wow aja, lepas tu tak duduk diam. Sekejap bangun, sekejap duduk, berjalan lagi. Sama dengan aja perangai dengan Iman Rayeesa.
Iman Rayeesa orang terpaling bahagia naik MRT. Sengih memanjang. Seronok sangat kot dapat keluar melihat dunia luar.
I tak sempat nak tengok berapa lama masa diambil untuk sampai ke Stesen Cochrane. Almaklumlah kena memantau yang tiga ketul tu. Tapi yang penting, perjalanan smooth and steady je without traffic jammed. I likee!!! Haha.
Kami suka naik MRT sangat-sangat, so, next time boleh try naik pi IKEA Damansara lak. =)
Sedang elok pula, lepas anak-beranak tengok movie Train to Busan, Dedinya offer ajak naik MRT. Iman Reezqy happy ajalah. Iman Raneeya drama sikit sebab dia takut ada zombi dalam train.
Please lah kak Iman!
Tu semua cerita je ok. Zombi tak wujud lah.
Kami pergi time weekdays, so keluar dalam pukul 10.00 pagi. Parking kat stesen Sg. Jernih, Kajang, then pergi beli token untuk naik MRT.
Semua fasiliti masih baru, so memang sangat selesa lah menunggu di stesen Sg. Jernih ni. Aircond bangunan pun sejuk sangat. Toilet kat bangunan bersih, surau pun selesa.
Untuk beli token, kalau ada touch&go, boleh je guna. Dapatlah diskaun 10sen. Kalau takda, guna cash money pun boleh. Mesin tu terima duit paling besar RM10 sahaja ya.
Selesai beli token, maka, silah menunggu MRT sampai. Seram juga pergi time takda orang ni. Orang tak ramai, stesen tu pula baru kan, so sunyi semacam aje. Haha. Dah terpengaruh macam kak Iman. Tiba-tiba teringat zombi lak :p
Our first experience naik MRT. Kami menuju ke IKEA Cheras, so kena turun di Stesen Cochrane. Ok lah. Iman Reezqy seronok sangat. Asyik sebut wow aja, lepas tu tak duduk diam. Sekejap bangun, sekejap duduk, berjalan lagi. Sama dengan aja perangai dengan Iman Rayeesa.
Untuk tambang boleh klik: TAMBANG
I tak sempat nak tengok berapa lama masa diambil untuk sampai ke Stesen Cochrane. Almaklumlah kena memantau yang tiga ketul tu. Tapi yang penting, perjalanan smooth and steady je without traffic jammed. I likee!!! Haha.
Kami suka naik MRT sangat-sangat, so, next time boleh try naik pi IKEA Damansara lak. =)
Jumaat, 25 Ogos 2017
Sambutan kemerdekaan di sekolah.
Bila cikgu bagi makluman yang akan adakan sambutan kemerdekaan di sekolah, haha, emak-emak ni biasalah, macam-macam dah future plan dia.
Kahkahkah.
Kita kan support cikgu. Kalau kita yang tak bersungguh, siapa lagi kan?
Jadilah ya anak-anak. Mak tak suka fashion yang complicated. Serabut nanti tengok. So, memang pilih tema, less is more. Mak kau pun bukan tukang jahit profesional. Maka, mendapatlah semua hasil-hasil jahit jelujur lurus, transform jadi ikut apa yang mak suka.
Selamat Hari Merdeka semua!
Semoga Allah s.w.t sentiasa lindungi nasib negara dan anak bangsa kita.
Semoga Malaysia terus aman dan makmur, dijauhkan dari segala bencana dan perkara yang tidak baik, Insha Allah.
Kahkahkah.
Kita kan support cikgu. Kalau kita yang tak bersungguh, siapa lagi kan?
![]() |
| Kakak dengan kawan twins nya. |
![]() |
| The boys at Abang's school. Tengok yang depan pakai spec tu, comel macam Profesor. |
![]() |
| Awat marah tu abang? Haha. |
![]() |
| Before go to school. Si kenit tu, pandai dah buat perangai kalau nak snap gambo dia. |
![]() |
| The girls. Senior adik kat taska ni. Adik tak perlu pakai pun ikut tema, tapi Mami tetap gigih jahit skirnya. Haha. |
![]() |
| Lil' Rayeesa! |
![]() |
| Mini me sungguh ni. Haha. Perangai pun sama. :p |
Jadilah ya anak-anak. Mak tak suka fashion yang complicated. Serabut nanti tengok. So, memang pilih tema, less is more. Mak kau pun bukan tukang jahit profesional. Maka, mendapatlah semua hasil-hasil jahit jelujur lurus, transform jadi ikut apa yang mak suka.
Selamat Hari Merdeka semua!
Semoga Allah s.w.t sentiasa lindungi nasib negara dan anak bangsa kita.
Semoga Malaysia terus aman dan makmur, dijauhkan dari segala bencana dan perkara yang tidak baik, Insha Allah.
Isnin, 7 Ogos 2017
Meh lipat kain!
Weekend kali ni memang dah plan nak buka kelas lipat kain pada Raneeya dan Reezqy. Dah tak larat dah nak hadap kain baju bertimbun. Maka, meh la kita ajar lipat kain supaya anak pandai berdikari.
Iman Raneeya ok je, cepat je dia hadam dan tak banyak bunyi pun. Perempuan kot, dia dah faham tugas perempuan.
Iman Reezqy berdrama sikit. Agak hangin juga nak melayan, tapi kita buat hati kering je lah.
Abang kecil lagi mami, tak boleh lipat kain.
Abang tak reti.
Abang penat.
Abang nak tidur.
Abang lapar.
Grrrrrrr!
Sabar je lah dengar dia punya alasan.
Layankan aje lah dia punya drama, sambil tolong tunjukkan juga mana yang dia tak reti lipat.
Alhamdulillah, ni lah hasilnya untuk cubaan kali pertama.
Iman Raneeya =)
Iman Reezqy =)
Good job abang dan kakak.
Usaha lagi untuk lipatan bertambah kemas ye.
Langgan:
Catatan (Atom)



















