Jumaat, 29 September 2017

Alhamdulillah, dapat RM RM RM!

Walaupun I selalu rasa I ni jarang bertuah, yelah, masuk pertandingan apa pun susah nak menang, lucky draw susah nak sangkut, tapi masuk pertandingan  kat office kali ni berjaya juga lah menang sesuatu.

Alhamdulillah, walaupun tak menang tempat pertama, janji dapat menang wang tunai, dah besar rahmat dah. Ingat senang ke orang nak bagi duit tunai kan?

Add caption
Pertandingan Idea Kreatif dan Penulisan Esei sempena Sambutan Hari Kualti. Tahniah untuk diri sendiri sebab menang tempat kedua Kategori Pelaksana.  Gigih menaip esei dalam satu hari je, cari ayat Al-Quran yang bersesuaian dengan tajuk esei, lepas tu time nak submit terfikir-fikir, nak hantar ke tak, hantar ke tak, tapi pejam mata je send. Haha.

I target tempat ketiga, tapi rezeki Allah, dapat tempat kedua. Dan rezeki kawan sefakulti juga sebab yang baju kelabu tu menang tempat kedua kategori Pegawai dan yang baju kuning tu pelajar dari Fakulti I, pun menang tempat kedua. Dapatlah kami wang tunai RM350. Masing-masing senyap-senyap je masuk pertandingan, sekali, menang bersama-sama. Haha!

Next daynya, belanja budak-budak office makan. Rezeki dikongsi bersama kan. Balance duit hadiah masuk #tabungomanain.


Penyampaian hadiah, wakil pada suami je sebab office I ada terima tetamu dari Indonesia.

Gambar untuk pertandingan beserta caption. Tq husband, dalam terpaksarela  awak ambil gambar, kita menang juga tau wak ;p
+
Pertandingan kedua yang I sertai adalah pertandingan Ekspresi Merdeka USIM. Kena ambil gambar bersama bendera, then sertakan caption yang menarik. Since pertandingan ni open, dan student ramai join, I memang tak letak harapan apa-apa. Iyalah, gambar student semua hebat-hebat kot. Budak-budak hebat IT sekarangan kan. Dengan yang melompatnya lah, pelbagai teknik hebat bergambar  yang macam-macam lagi, so, hakak hanya mampu pasrah dah redho ajelah dik.

Sekali, dapat mesej menang hadiah saguhati dan dapat RM100.
Alhamdulillah, yippe yey!

Walaupun tak menang hadiah utama RM500, tapi bila dimaklumkan dapat hadiah saguhati tu pun dah senyum lebar dah. Berbunga-bunga hati oi! Riang tak terkata. Siapa tak suka dapat hadiah? Cuba habaq mai! Lagi riang sebab #duittabungomanain bertambah lagi isinya =)

Alhamdulillah, rezeki hujung-hujung tahun ni.
Syukran ya Allah.
Syukran juga pada suami yang tukang snap gambo dengan paksarela. 
Haha.


1 ulasan: