Isnin, 2 Oktober 2017

Beguk: sejenis penyakit berjangkit

Reezqy bangun tidur pagi tu, dia kata dia demam dan sakit tekak. I ingatkan dia saja guna alasan tu taknak pergi sekolah tapi bila belek muka dia nampak macam pipi hingga ke leher sebelah kiri dia kembang sebelah. I tekan-tekan terasa macam ada biji-biji lak leher dia.

Terus Doktor Mami mengesahkan sendiri Reezqy kena 'beguk' dan tak payah pergi sekolah.

I post kat group taska inform yang Reezqy kena beguk dan tanya penyakit ni berjangkit ke tak? Mostly parents inform tak berjangkit tapi ada juga maklum yang anak mereka sedang menghadapi penyakit ni dan ada yang baru baik.  Then ada seorang parent ni PM i dan bagi info yang penyakit ni memang berjangkit. So, untuk elak kawan-kawan Reezqy yang lain kena,  I kuarantin kan lah Reezqy dari pergi sekolah.

Metod tradisional yang i guna since Reezqy tak demam: I sapukan campuran nila baju dengan cuka makan kat tempat yang bengkak.

Terus  teringat kan arwah mak time sapu ni. Lagi-lagi bau masam cuka tu kan, terus macam terasa dan terbayang time arwah mak ada. Miss you mak
=(
Semoga arwah mak tenang di sana, Insha Allah, amin.

Alhamdulillah, dua tiga hari tu ok, tapi hari keempat beguk serang leher yang sebelah kanan pula. Sepanjang Reezqy kena beguk atau beruk (Iman Raneeya sebut beruk haha), dia aktif je seperti biasa. Terlompat sana sini. Menyakat adik dan kakak macam biasa. Takde melepet terbaring pun. Cuma dia ada mengadu yang bila makan susah nak telan so, nampaklah kurang sikit selera makannya.

I tak bawa klinik pun. Seminggu lepas tu Reezqy ok dan sihat dah. BFF Reezy, Mia, pun kena juga sama hari dengan Reezqy. Maknya bawa pergi ke klinik, Doktor minta kuarantin seminggu.

Sedikit info mengenai BEGUK:

SUMBER

Beguk dan wabak parotitis merupakan penyakit disebabkan virus bagi manusia, disebabkan oleh virus beguk (RNA Paramyxovirus). Sebelum pembangunan vaksin dan pengenalan vaksin beguk, ia merupakan penyakit kanak-kanak yang biasa berlaku di seluruh dunia, dan masih merupakan ancaman kesihatan di dunia ketiga.

Bengkak pada kelenjar liur (secara klasik dikenali sebagai kelenjar parotid) merupakan ciri penonjolan biasa. Bengkak yang menyakitkan pada bahagian kerandut zakar (orchitis) dan rash juga mungkin berlaku. Simptom ini biasanya tidak teruk pada kanak-kanak. Bagi remaja dan orang dewasa, komplikasi seperti mandul atau separa mandul adalah lebih biasa, sungguhpun masih jarang dari segi bilangan mutlak. Penyakit ini biasanya terhad, mereka yang sakit sembuh sendiri, tanpa rawatan khusus selain mengawal simptom dengan ubat penahan sakit.

Simptom

Radang Parotid inflammation (atau parotitis) dalam 60–70% jangkitan dan 95% pesakit ada menunjukkan simptom. Parotitis menyebabkan bengkak dan sakit setempat, terutama apabila mengunyah. Ia boleh berlaku pada satu sisi (unilateral) tetapi lebih biasa berlaku dalam 90% kes pada kedua-dua sisi (bilateral).

Demam
Sakit kepala
Orchitis, merujuk kepada keradangan menyakitkan pada buah zakar. Lelaki melepasi matang yang mengidap beguk mempunyai 30 peratus risiko orchitis.
Simptom lain beguk termasuk mulut kering, muka dan/atau telinga perit dan kadang kala dalam kes lebih serius, kehilangan suara. Tambahan lagi, sehingga 20% orang yang dijangkiti dengan virus beguk tidak menunjukkan apa-apa simptom, dengan itu mampu dijangkiti dan menyebarkan virus tersebut tanpa disedari.

Waktu terdedah sehingga timbul gejala penyakit ialah dari 14 sehingga 25 hari. Tempoh pengasingan yang disarankan selama 9 hari setelah bengkak timbul.

Pencegahan

Melalui imunisasi (MMR) pada usia 12 bulan dan 4 tahun.

Penyebaran
Beguk merupakan penyakit berjangkit yang merebak antara orang kepada orang melalui hubungan dengan lendir pernafasan seperti dari air liur orang yang dijangkiti. Apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin, titisan menjadi semburan dan mampu memasuki mata, hidung, atau mulut orang lain. Beguk juga boleh tersebar melalui perkongsian makanan, minuman, dan bercium. Virus ini juga mampu hidup pada permukaan dan tersebar selepas hubungan dalam cara yang sama.

Mereka yang dijangkiti beguk mudah menjangkiti sejak sekitar 6 hari sebelum timbul simptom sehingga 9 hari selepas simptom bermula. Tempoh pengeraman (masa sehingga simptom timbul) boleh dari 14–25 hari tetapi biasanya 16–18 hari.

Rawatan
Tidak terdapat rawatan khusus bagi beguk. Simptom mungkin diringankan melalui penggunaan air batu atau haba sekali sekala kepada bahagian tengkuk yang terkena dan penggambilan acetaminophen/paracetamol (Tylenol) bagi meringan kesakitan. Aspirin tidak digunakan kerana kaitan hipothetikal dengan sindrom Reye. Berkumur dengan air garam suam, makanan lembut, dan pengambilan lebih cecair boleh membantu mengurangkan simptom.

Pesakit dinasihat untuk mengelakkan air buah atau sebarang makanan berasid, kerana ini akan merangsangkan kelenjar liur, yang boleh menyakitkan.

1 ulasan: