Jumaat, 19 September 2014

The Dusun dan Tanah Aina

I suka hutan. Suka kehijauan. Suka sungai. Dulu masa kecil selalu berangan, ada rumah sendiri, ada sungai kat belakang rumah, nanti petang-petang boleh minum petang kat tepi sungai. Haha. Berangan kemain!

Sampai sekarang pun, tetap sama. Masih suka hutan. Masih suka mendaki. Masih suka piknik kat sungai. Even ada pengalaman yang buruk time masuk hutan seperti kena histeria la di Lata Kijang, nampak nenek kebayan lah time daki Gunung Tahan, tapi tu semua tetap tak mematahkan semangat I untuk tetap suka nak masuk hutan. Dah suka kan, apa saja sangguh ku redahi juga lah.

Haritu ada ajak Azreen daki Bukit Broga untuk hilangkan gian. Tapi disebabkan anak tak tahu nak suruh siapa jaga, dan Azreen sendiri pun tak berani nak bawa sebab Reezqy tu bukan jenis boleh dukung lama-lama, maka hasrat tu ditangguh dulu la. Nantilah, tunggulah Reezqy dah 2-3 tahun baru boleh diheret sama kot untuk aktviti outdoor ni.

Takpun, sekarang kan dah ada resort dalam hutan. Mungkin boleh dicuba kot. Salah satu resort yang I jumpa, dekat yang amat dengan rumah ialah The Dusun: Tropical Rainforest Resort. Kot tak nak camping, mungkin boleh cuba masuk hutan dan tinggal di resort kot. Haha. Cumanya kena sediakan duitlah kot nak bayar sebab harga sebilik untuk semalam agak boleh tahan. =)

Cantiknyaaa lahai. Kat Pantai, Negeri Sembilan je. Harapnya, yang real pun secantik macam dalam gambar juga lah.

Rabu, 17 September 2014

Piknik di Sungai Tekala.

Banyak perkara yang terjadi di sekeliling sekarang ni buat I rasa bersyukur atas segala nikmat yang turunkan setakat ini. Alhamdulillah juga atas setiap dugaan yang melanda, walaupun terkadang rasa down sangat-sangat, tapi bila lihat orang lain yang diuji dengan ujian yang lebih berat lagi, terus sedar diri yang ujian Dia bagi takdelah sehebat mana pun.

Sehingga hari ini, I masih terkejut lagi dengan berita itu. Tetapi atas sebuah persahabatan, I cuba handle sebaik mungkin sebab di ketika ini pepatah kawan gembira, kawan menangis bersama itu amat elok diguna pakai.

Hargailah semuanya yang ada di sekeliling kita, yang dipinjamkan Dia. 

Jumaat, 12 September 2014

Temptation - Drama Korea 2014

Nak share keminatan I dengan Azreen tentang cerita ni, dia macam layan tak layan, dengar tak dengar je. Nasib baik ada Cplud :p

Cerita korea ni bukanlah pilihan pertama kalau nak tengok drama ke movie ke. Pelakon korea pun I tak berapa kenal. Banyak-banyak drama korea yang ditayang, dua drama je yang I follow hingga habis. Satu, Full House sebab cerita ni I tertengok episod satu then terfollow sampai habis. Kedua, My Girl. I tengok sebab adik I kata, heroin tu macam muka I. Disebabkan itu, i tengoklah cerita tu sampai habis. Haha.

Rabu, 10 September 2014

Akademi Fantasia 2014


Tak semua orang suka rancangan hiburan ni. Ingat dulu, I pernah berkawan dengan academician dan dia pernah tarbiah I dengan hebatnya bilamana satu hari dia tanya I tengah buat apa, I jawab, tengok Akademi Fantasia (AF)!

Kahkahkah.
Jangan buang masa tengok rancangan tak berfaedah katanya kat I!.

Lain orang lain pendapatnya. Lain orang lain kegemaran dia. Tak semua sama. 

Isnin, 8 September 2014

Mewangi.


Selamanya…
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu…
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu…
Dengarkanlah…
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah…
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya…
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah


Mewangi ][ Akim