Khamis, 16 Januari 2014

Balkidz, the bloger

Sepanjang I menulis blog ni, dari zaman clash dengan boyfriend dulu, sampai dah beranak dua ni, I akui, I memang hanya menulis tapi tak pernahnya join mana-mana pertemuan dengan para bloger, baik yang famous, suam-suam kuku atau tak berapa glamorous di arena perblogan. Bersahabat dengan bloger pun tak adanye pun. Sekadar komen-komen kat blog, takpun gi skodeng-skodeng mereka kat IG. Itu jelah. Berkawan secara maya je gitu. Takdepun join mana-mana pertubuhan yang bernaung di bawah dunia blog ni.

Ada juga antara schoolmate I dan officemate yang menulis blog, diorang ni, memanglah ada jumpa. Tapi sebab dah kenal kan, tapi kalau terjumpa pun, perasaan tu biasa-biasa je lah sebab diorang ni memang dah kita kenal. Kot-kot buat excited jumpa diorang ni, terkejut pulak diorang tu kang. Haha.

Seingat I, antara bloger yang I pernah jumpa adalah Zila Ziman (Sifu Make Up I), Rina (beli set makeup dengan dia), Kak Zimah, Kozam dan Kozul (sebab diaorang ni rakan maya teratak dulu), hmmm tu je lah kot. Boleh dikira dengan jari jumlahnya.

So, bila si Balkidz ni menjemput I untuk ke majlis dia haritu, perasaan time tu, Ya Allah, macam nak pergi first date gamaknya. Kahkahkah. Dupdapdupdap dalam hati ni. Siap fikir, nak react cemane, nak cakap apa, alahai, nak pergi ke tak, haishhh, tentu arah jadinya.

Bila dia wassap, aku nak jumpa ko kak, dan I reply, tengok lah kalau aku tak sesat  nanti aku sampai. Terus dia zaassss, hoi aku dah bagi GPS koordinat nak sesat apanya. Hahahazabedah punya budak.

Nak dijadikan cerita, memang sesat pun I di hari majlis itu. :p Tak sesat, tak Ain Ya Nun kan lah namanya. Beriya I tunjuk gambor kad jemputan kat Guard tu, sekali Guard jawab, bukan sini lah dik. Ni taman depan tu, adik keluar  dari sini, dalam 200 meter masuk kanan. Azreen dah menjeling menjeling memandang je dah sebab time ajak haritu dia cakap dia tak tahu jalan tapi I siap-siap jawab dah, takpe I tahu. Confident ok menjawab sebab I yakin ada GPS :p 

Ampunkan lah isterimu itu ye Suamiku yang ganteng macam Keith Foo! :p :p :p

Nasib baik  direction yang Guard tu bagi dan GPS I yang seterusnya itu tak salah jalan dah. Betul dan tepat siap masuk kat parking sesama ahli keluarga Balkidz lagi dekat laman dia. Haha. Dari luar dah nampak muka si Balkidz tu, so teruslah I seret suami dan anak-anak masuk ke rumah. Reaksi time tu, belakon je macam dah lama kenal. Salam gelak-gelak dan pandai-pandai bawa diri.

Inilah Puan Balkidznya  dengan Badriena, perantin pada haritu  =)



Candy Buffet

The pelamin yang simple, comel, cantik dan tak 'berbunga' nau! I likeee.

Cik Pengantin yang sedang enak dilambung ombak bulat-bulat pink.

Bergamba dengan tuan rumah dan perantin. Anak Balkidz dengan anak I, dua-duanya sedarjah (lahir tahun yang sama).

Lepas ambil gambar, makan dan dapat goodies bag yang putus tali tu :p kami pun minta diri nak balik. I ingat, kot la dapat jumpa bloger lain kat majlis ni, tapi takde pun. Takde rezeki kot nak memanjang jodoh dengan bloger lain.


Apapun, terima kasih Puan Balkidz dan suami ye kerana sudi  jemput I. Moga dapat berjumpa lagi di lain masa. Mana tau, kot I sesat sampai Sarawak nanti, dapat lah jumpa ko kat sana pulak ye.

=)

Isnin, 13 Januari 2014

Duit poket: Boleh ke dapat duit tanpa berusaha?

Blog walking kat blog Feeza, terbaca post dia pasal duit poket dan ter register.

Kahkahkah.
Benda senang kan, klik klik klik terus terjebak.

Tapi,
Betul atau tidak, tidaklah diketahui kesahihannya.
Yang penting, dalam akaun I dah ado US$25 katanya.

Kemain.
Duduk atas kerusi,  klik itu klik ini,
Tiba-tiba dapat US$25.
Kau boleh percaya?

Cuba korang klik  kalau nak cuba: DUIT POKET


Jumaat, 10 Januari 2014

Body treatment Ariana Rose yang handsome :p #10

Body Treatment.

Caller: Hello, boleh bercakap dengan Puan Ain.
Ain: Ya, saya bercakap. Siapa ni?

Caller: Oo  Puan Ain, saya D*** dari **** Slim Centre. Saya dapat nombor puan ni dari rakan Puan yang mendapatkan khidmat di tempat kami. *tah sesape lah kawan I yang bagi nombor tu khennnn Saya ingin menawarkan kepada Puan sesi body treatment secara percuma kepada puan. Puan boleh datang ke pusat kami dengan membawa seorang lagi kawan. Secara percuma puan.. bla bla bla bla bla...
Ain: Sorry En. D***. Saya rasa saya tak perlukan sesi tersebut. Saya dah dapat berat badan ideal dah pun. Saya pun, Alhamdulillah sihat walafiat ni. *confident je cakap sambil Azreen dah jeling-jeling.

Caller: Boleh saya tahu cara apa yang Puan guna untuk dapat berat badan yang ideal?
Ain: Alah En. D*** sekarang ni kalau nak kurus dah ada macam-macam cara. Berlambak dalam youtube tu. Rajin tak rajin je nak download dan buat exercise. Lagipun saya baru lepas bersalin, memang dah workout untuk slim balik lepas pantang tu.

Caller: Oo begitu. Takpe Puan, kalau puan nak datang suka-suka dengan keluarga pun takpa. Nanti saya call puan lagi ye untuk set appointment.
Ain: Ok.

Azreen: Siapa tu? Kemain confident je ko kan berat badan ideal. Ideal lah sangat. *kerut hidung sambil lubang hidung dikembangkempiskan.
Ain: Sibuk je. Hidup kena confident beb walaupun badan ko besar tong. Tah sesape lah bagi nombor fon aku kat mamat lembut tu tah. Haishhhh.


Ariana Rose

Lepas siri drama Filipina yang I minat tu tamat, I memang dah jarang lah tengok tv kecuali America's Next Top Model tu. So, balik kerja, buat kerja rumah, siap kan benda-benda  utk besok, then terus tidur jelah. Tapi ada sekali tu, tertengok pula cerita Ariana Rose tu dan terfollow lah pulak. So, lepas habis cerita tu semalam:

Ain: Duhaiiii kekasih hatiiiii.. *nyanyi lagu drama tu.. B, Keith Foo tu handsomeee nyeeee kannnnnnn
Azreen: Kau dah kenapa?
Ain: Ishhhh handsome lah. Sesuai lah dia jadi hero.
Azreen: Ni handsome depan mata ni tak nampak ke?
Ain: Siapa?
Azreen: Azreen dan Iman Reezqy
Ain: Ceh! *kombang lubang hidung arah ke Azreen
Azreen: Kahkahkahkah. Pi lah bawa-bawa solat Maghrib tu Yang. Mintak ampun dengan Tuhan sekali sebab muji laki lain handsome dari suami sendiri. Dah lah Maghrib hujung-hujung jo...

Kahkahkah.
Padan dengan muka den!
^OO^


Handsome

Mummy: Nama awak siapa?
Iman: Iman Raneenyaaa.

Mummy: Pandai. Nama Mummy?
Iman: Ainnn!!!

Mummy: Good girl. Nama adik?
Iman: Lijiikii! (Reezqy)

Mummy: Pandainyaa. Nama Daddy?
Iman: Emsyemm! (Handsome)

Mummy: Eh, nama Daddy Azreen lah. Nama Daddy siapa?
Iman: Emsyemm lah Mummy

Siapa pulak yang mengajo Emsyemm. I ajar Azreen.
*_*


Rabu, 8 Januari 2014

Yellow, yelly, yeynadeyyyyy: tema baju raya


1.  Makcik I call dari Bandung tanya warna dan nak kain jenis apa, lace ke atau apa-apa yang sewaktu dengannya untuk kain baju raya nanti, dia nak cari. Tapi  I macam tak tahu nak jawab apa. Tak terfikir lagi lah. Bukan sebab tahun ni beraya di side Azreen buat I tak fikir lagi, tapi mood nak tempah baju raya, tempat jahit semua tak datang pun. Bila tanya Azreen nak warna apa, dia jawab dengan happynya, Kuning! 

2. Tentang jenis kain dan lace bagai yang orang dok gila cari kat Indonesia tu, I takut-takut je dengan pilihan makcik I tu. Bukan apa, I ni kalau boleh tentang baju raya, nak sesimple2 yang  boleh. Senang nanti. Lepas habis raya boleh terus buat pakai pergi office. Kot lah buat baju raya sarat marat dengan lace bagai, maniknye lagi, dah macam apa pulak nak pakai pergi office. Ada yang baju raya terperap je dalam almari macam baju nikah tu.

3. Sekali lagi, I takde hati dah nak pergi tempah-tempah baju raya. =( Tak pernah ok, I menangis sebab tempah-tempah baju ni, tapi tahun lepas jadi. Terus mood tempah menempah nak cari kain baju raya ni tak berapa nak ado dah. 

4. Sejak dari kecil lagi, I dan family, memang dah biasa baju raya bertema dan senada. Tak warna kain sama atau material kain boleh je sama tapi lain warna. Dari dulu lagi, kalau orang tengok baju kami adik beradik dan makpak yang sama, automatik orang akan kata, oooo tu family Pak Abu. Orang memang akan kenal. Berbaju senada ni menunjukkan kita sekeluarga berpadu bersatu gitu. Tapi since tahun lepas  dan dah ada keluarga masing-masing, kebiasaan tu dah jadi lain. Ada pulak yang terlain, tak nak sama tema semua. Hmmm, takpelah keluarga masing-masing. So, this year, kita ikut suka hati masing-masing lah ye semua. Alah, tengok muka kita sama pun orang dah kenal anak Pak Abu kan kan kan? :) *cuba adapt semua benda secara postive lah kononnya.

Ok dah. Tu je.

Selasa, 7 Januari 2014

Family Day: Bersukaneka pulak dah!

There are no perfect families, but a family will always love perfectly.

Buruk ke kau, baik ke, hitam ke, bulat ke, mengembang ke, menguncup ke, jatuh ke, bangun ke,
kasih sayang keluarga takkan pernah kurang. 

**Quote tu, i sangat suka, so I ingat la sampai bila-bila.
=)

Ikut hati, malasnya nak update pasal cerita family day ni. Lepas tu tengok pulak photog update gambar kat FB ada 500 campur dengan BBQ dekat nak 100 kot gambarnya, hmmm, terus lagi jadi double triple malasnya.


Tapi,

Disebabkan Azreen dah tanya beribu kali apasal tak update cerita FD, dan malas nak dengar dia tanya, meh lah kita gagahkan update. Memori yang harus di save di sini kan, so, cargasssss Ain! Eh Azreen ni, sape punya blog tah nak paksa-paksa lak kan?

Tetiap tahun kami memang selalu buat family gathering ni. Biasanya, pilih tempat (PD paling selalu), sewa apartment, bakar2, gelak-gelak, makan-makan, gosip-gosip, gaduh-gaduh manja, merajuk lah bagai, lepas tu memasing pulang ke rumah memasing. Itu lah aje agendanya. So, this year, makcik i bagi cadangan suruh buat sukaneka pulak, tak payah nak gi tidur-tidur apartment ke chalet ke dah. Dan yang terpaling best, I dan Azreen dilantik jadi urusetia. Kan mainnnnnn semua, pakat-pakat setuju dengan cadangan itu.


Ok, sakit pula hati kita mereka lantik kita, so, siap siagalah kau semua ye!


Maka, untuk pertama kalinya, inilah hasil usaha suami isteri berdua bergabung meletup ni. Tiga bulan plan kau, sampai semua sedara mara I tak larat nak tengok reminder kat Wassap Group dah tentang sila ambil cuti pada 29 Disember 2013 :p 


Moh kite, layan gambo.



Details Family Day dan Puan Penaung: TS Family = Tijah Salim. Hanya Puan Hjh. Tijah je lah yang tinggal. Nenek I pun dah tak kuat, tak ingat, tak larat semua. Even dia dah tak faham apa-apa pun, I harap, bawa dia datang situ, tengok kami anak cucu ni happy-happy, I harap dia pun happy lah juga. 


Acara dimulakan dengan senaman regangan dan Chicken Dance. Lawak tengok Pakcik Makcik Sepupu-sepupu menari. Jarang ok nak tengok depa beraksi begitu. Haha. Yang penting diorang semua supporting nak juga buat. =) Eh, gambar instructor takde la pulok!

Acara Burok Lantak (susunan acara tak teratur). Group yang boleh habiskan roti Gardenia sebuku panjang tu, dialah pemenang. Amek kau, tak cukup napas memasing makan roti tu. Haha. Vote lagi kami jadi urusetia :p



Ni gambar dah hujung-hujung program ni. Tetiba nak gambar grouping lak kan, rumah biru, rumah merah, rumah hijau dan rumah kuning. Siap dah dapat hadiah semua. 

Acara Kedua: Hembusan Kabus Awan Nano Dewasa

Acara Pertama: Hebusan Kabus Awan Nano - Kanak-kanak

Acara Kembar Siam -  Kemain tau main acara ni sampai siap jatuh bedebuk dan melecet kaki memasing.

Acara Ketupat Mak Jah. Nampak senang acara ni, tapi kalau dah kena anyam ketupat guna reben yang licin tu, kau mampu? Apapun, ibu I juara untuk acara ni. Like daughter like mother lah kan, eh?

Acara Lambung Belon Mail Lambung. Nama acara ni semua idea Azreen, so jangan nak tanya kenapa nama acara kemain lagi.

Acara kanak-kanak: Lari Kepit Ketipak Ketipung: Dewasa tiup belon, bagi kat kanak-kanak suruh pass ke Dewasa yang lain. Dewasa yang lain tu kena pecahkan. Siapa pecah belon dulu dialah pemenang. Ewah, kan main siap bagi description game sekali.

Ni acara wajib ada dalam semua sukaneka, boling kelapa.



Game last: Semakin jauh semakin rindu atau nama saintifik dia, siapa terpanjang. Haha.

Lepas habis semua game, masing-masing boleh buat acara bebas dah. Bukan takat yang kekanak je nak main pasir, yang dewasa pun sama juga.

Sesi mentekedarah sampai lebam. Makanan time ni memang syurgaaaa. Melambak banyaknya.

Sesi Penyampaian Hadiah. Disebabkan Nenek tak berdaya, kita wakilkan jelah yang datang lambat untuk bagi hadiah. So, Encik Edi lah yang kena.

Game Span Bocor Mak Jemah.

Game Tijah Salim Next Top Model. Sebagai peminat America's Next Top Model sampai cycle 2.0 Men VS Women pun I tengok, acara ni memang akan wajib ada dalam setiap sukaneka yang I kelola. Kahkahkah. 

Game timba perigi untuk kanak-kanak. Tapi yang excited, orang tua yang bebenornya. :p 



Family potrait for 2013.

Last but not least, si Pengurus Setia yang menjalankan tugas. Kalau side Azreen, kami dipanggil pasangan sedang bercinta sebab selalu berkepit, kat side I, memang taksempat nak kepitnya dah ha. Kena buli ado lah. Apapun, thanks suami sebab supporting melayan kehendak pakcik makcik I dan terima kasih kerana menerima semua ahli keluarga I apa adanya. =)