Isnin, 6 Mei 2013

Iman Reezqy: Pengalaman bersalin.



26 April 2013
Petang tu lepas kerja dan lepas cari hadiah harijadi untuk Iman Raneeya, I ajak Azreen pergi makan stimboat. Plan asal nak makan kat Jonis Seremban tapi last  minit tukar makan kat Nilai je sebab tak larat nak jalan jauh-jauh. Sambil makan tu tiba-tiba rasa sakit semacam je. So, sambil makan puas-puas sambil tu kira contraction jugak. Hambik kau, lepas makan siap berpapah nak pergi ke tempat parking kereta. Dalam kereta, i cakap kat Azreen, mungkin I akan bersalin malam ni kot ;p Berjagalah mamat tu sepanjang malam dengan mode standby tapi harammmm bukan masanya lagi keluar malam tu. Kesian husband jadi burung hantu. Haha.


27 April 2013
Lepas kemas rumah segala dan husband pun dah qada' tidur, weols gerak balik ke Melaka. 27 April adalah hari lahir Iman Raneeya yang kedua tahun.


28 April 2013
Pagi tu dah janji dengan Banglong nak shoot gambar pre wedding dia. So lepak kat pantai Pengkalan Balak. While husband shoot gambo, I melayan Iman Raneeya main pasir. Tengaharinya lak, weols celebrate birthday Iman Raneeya. Then petang balik semula ke Mantin sebab besok husband kerja. Sebelum balik Mantin, I sempat melantak tapai pulut dua bungkus.

On the way balik Mantin, husband buat sesi luahan perasaan. Dia sedih sebab dah dua minggu tinggal anak kat kampung, tapi i tak beranak-beranak lagi. Terus akakkk hangen ok. Ingat boleh main paksa-paksa beranak agaknya.

Sampai rumah dalam pukul 8 macam tu, masak nasi sebab husband lapar. Hangin-hangin pun nasi tetap kena masak ooo sebab tamo buat dosa ;p

Sebelum husband makan, i suggest something kat husband. Kakak ofis suruh bersama kalau nak cepat bersalin. Then kami cuba. Lepas habis projek kahkahkah, husband mandi dan pergi makan nasi sebab dah pukul 11 malam dan game MU pun nak start dah. Dia nak makan sambil tengok game. I yang masih kat katil tiba-tiba rasa sakit contraction datang. I cuba kira, ia datang 10 minit sekali. Gulp! Terus cemas dah time ni dan terfikir takkan dah sampai masa bersalin kot.

I cuba tenangkan diri dan bangun pergi mandi semua, pastu duduk dekat husband sambil cakap perlahan-lahan. B, awak makan slow-slow sampai kenyang, then kita pergi hospital. Haha. Terus husband tak jadi makan dan kami bergerak ke hospital. Dalam perjalanan I dah minta ampun sesiap dah sebab sedor diri petang tadi dah menghangen kan diri kennnn. Dalam 11.30 camtu sampai kat bahagian kecemasan hospital. Nasib I baik malam tu sebab ada attendan hospital yang tolak I ke bahagian bersalin.

Then time register, bila nurse suruh pi kencing, I cakap, tak boleh nak kencing dah ni sebab I sekarang rasa nak berak. Terus diorang cemas dan suruh baring nak cek bukaan. Bila check, dah buka 8cm ko ;p Tak lengah-lengah suruh I tukar baju then tolak I ke labour room.


29 April 2013 @ 12.01 a.m
Sampai labour room, nurse datang check bukaan lagi, dah 9 dah time tu dan i memang dah ulang banyak kali dah i nak berak. Tak tahan sangat dah ni. Since i masuk labour room tanpa dokumen bersalin yang lengkap, Doktor suruh i tahan dulu dalam setengah jam. Bila i perasan yang doktor nak sambut tu lelaki terus i cakap kat nurse boleh tak suruh husband saya masuk since doktor lelaki yang akan sambut baby saya. Saya nak suami saya ada sekali.

Nurse cuba cari husband kat luar tapi xde. Doktor lak siap bagi telefon dia suruh I call tapi call tak berjawab. Time ni dalam kepala i dah terfikir mesti mamat ni pi cari tv sebab ada game MU pagi tu. Baru rasa nak hangennn, tiba-tiba husband muncul dan explain dia pi settlekan registration.

Lepas husband sampai, Doktor suruh ready untuk push sebab bukaan dah complete 10. Disebabkan baby besar, kaki i terpaksa dipakai alat untuk letak kaki tu. Push kali pertama, i dah cuba sebaik mungkin tapi tak berjaya. Kali kedua pun macam tu. Kali ketiga nurse siap pesan suruh baca doa nabi yunus dan teran sekuat hati. Suami pula sambil lap peluh i, berkali-kali dia cakap awak boleh yang, awak kuat tapi cubaan push kali ketiga tetap tak berjaya.

Sebelum push kali keempat, Doktor datang kat sisi I sambil cakap apatah i tak berapa nak dengar. Tapi ayat dia yang sempat i tangkap, puan kami minta maaf, kami terpaksa potong sebab bahu baby sangkut.      i angguk je lah sebab i rasa elok potong tang bawah sikit daripada kena operate perut. Haha.

Push kali keempat, I cuba sekuat hati sambil push sambil curi tambah nafas sambil cakap dalam hati boleh ain boleh kalo tak bole kang ko kena operate perut.  Alhamdulillah, bila husband cakap kepala baby dah keluar terus i push lagi untuk keluarkan badan pula. Keluar-keluar je terus terdengar nurse cakap, baby puan memang besar.

Keluar-keluar je dari perut baby nangis dan baby diletak kat dada I. Lepas husband azan, Doktor tanya i jantina baby dan nombor ic. Bila i kata baby boy, doktor jawab eh pink la puan. Sempat lagi ko nak bergurau- gurau ea doktor.

Lepas dah confirm jantina semua, coktor suruh husband keluar sebab nurse nak teruskan jahit pula. Maka proses bersalin I ditamatlah dengan 20 jahitan yang kan main best lagi. ;p

Pada pukul 12.37 pagi, 29 April 2013, maka lahirlah Iman Reezqy dengan berat rasmi 3.8 kg. =)

Alhamdulillah, proses bersalin i dipermudahkan Allah, tapi ada bahagian lain yang Dia sedang uji. Tentang 'itu', next time i cerita k.

Ok, dah. Tata uols.


Selasa, 30 April 2013

Iman the second.



Assalamualaikum ;)

Nama: Iman Reezqy Mohammed Azreen
D.O.B: 29 April 2013 @ 12.37 a.m
Berat: 3.8kg

Sabtu, 27 April 2013

My two years strenght.


Selamat ulang tahun kelahiran yang kedua tahun Iman Raneeya.
Semoga sentiasa menjadi penyatu kebahagiaan Mummy dan Daddy dan sentiasa menjadi anak/cucu/sepupu/anakbuah/kakak to be  yang disayangi semua.  

Dan, semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati hidupmu di dunia dan di akhirat sayang.

Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu
Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak
Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu

Jumaat, 26 April 2013

Hari Setiausaha 2013.

Gambar kenangan sebagai motivasi untuk mengecil selepas ini:  Even I start jadi Setiausaha since 2006, tapi hanya ini je gambar yg ada dalam simpanan. Transformasi selama 7 tahun dari kecil, besar, besar dan terus membesar tak kecil-kecil balik dah. Kahkahkah. Eh, 2012 tu tak pregnant pun tau, cuma badan je tak mengecil. Plus, baju yang dipakai tu besar. ;p


Ok, dah. Lupakan lah gambar kat atas tu. I letak sebagai selingan je. Peringatan untuk diri sendiri juga sebab suami I kan dah challenge I untuk kurus balik lepas bersalin nanti. Ele, macamlah dia tu kurus sangat kennnnn nak challenge2 I ;p Lempang sedas kang baru tahu!

Last Wednesday, I telah  berjaya menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Hari Setiausaha kampeni I. Every year ginilah sambutannya. Sambutan secara sederhana, then Bos belanja SU dia makan. Tu je. Alhamdulillah, walaupun sederhana, merasa lah juga Bos belanja personally ok. =) Ko hengat senang  nak minta Bos keluar duit?


This year sambutan di buat di Hotel Pullman, Putrajaya.
This year juga, urusetia membuat sedikit kelainan dengan mengadakan sesi perkongsian ilmu terlebih dahulu sebelum kami diberi melantak sepuas-puasnya. Haha.

See, I duduk di row kedua. Ikut hati nak dok depan, tapi since pakai seluar, dan nak duduk pun tak boleh  nak bersopan sangat sebab perut dah  besar, kita mengalah lah dok  belakang. Dok belakang gambar nan hado sangat orang capture uols ;p

Bagus juga sesi macam ni diadakan sebab through this kami boleh berkongsi pendapat, meluah perasaan dan mendapat ilmu yang boleh dipraktiskan dalam kerjaya.

Sila cari orang tersembunyi bertudung pink! Kahkahkah.

Sebahagian dari Setiausaha yang ada. Yang berdiri tu MC sesi pagi tu.
Antara insan yang bertuah dipilih untuk membentangkan sesi perkongsian ilmu.

Then lepas semua selesai, Pendaftar iaitu Ketua Bahagian Sumber Manusia kami membuat penggulungan, memberi nasihat dan berkongsi pandangan.

Ingat ye kawan-kawan pesan Tuan Pendaftar: Jangan dress up like isteri Pengerusi JKK Kampung. Muahahaha. Warna Korporat tak lebih dari 3 warna. Kalau lebih-lebih tu dah macam pokok krismas.

Hmmmm, tu antara intipati pesan Tuan Pendaftar yang I paling ingat lah. Tak sangka, masih relevan lagi rupanya tentang penggunaan warna dan aksesori ni dalam tatarias ke pejabat. Ingatkan apa yang I belajar 8 tahun lepas tu dah takdo makno ea lagi sebab orang sekarang pergi ofis kan main, kalah pokok krismas tapi ternyata ia masih lagi relevan. Eh, nak tahu lebih lanjut, sila pergi belajar dengan Norma Norell lah. ;p

Lepas habis sesi perkongsian ilmu tu, kami proceed pula dengan Majlis Makan Tengahari yang bos dah bayar. Nasib tak bersalin lagi uols. Merasa I makan grill lamb yang sodap tu. =)
Speech Penaung kami yang dibaca oleh Wakilnya.  Si Wakil tu dulu Ex-bos I taw. =)

The VIPs. Yang bertudung tu Penaung kami yang sampai sedikit lewat sebab busy dengan mesyuarat.
Lunch pada hari itu turut diserikan juga  dengan sesi cabutan bertuah dan sesi penyerahan hadiah dari Setiausaha untuk Bos.

Last but not least, kebiasaan dalam setiap majlis, ambil gambar beramai-ramai lah kan. =) Spot me yang dah kembang dan muka dah sembap tu. Hehe.

Sebagai penutup, kepada semua si Tangan Kanan Bos, Selamat Hari Setiausaha I ucapkan walau di mana anda berada. Semoga sentiasa ikhlas, amanah dan jujur dalam menjalankan tugas anda. Ingatlah, kalau kita tak suka kerja kita, ramai lagi yang menanti nak mengisi kekosongan jawatan tersebut.  Bersyukur lah apa adanya ye. Ewah! =)

Selasa, 23 April 2013

Ujian sekecil zarah.

Pagi khamis kan main post IG gambar sendiri dengan caption shine bright like a diamond, sekali petang, ammekk kaw, terus bleeding kena naik nenonenoneno pergi hospital.

Ingatkan bila sampai hospital memang dah sampai masa nak bersalin dah (@36w4d) based on my 1st pregnancy experience dulu yang bleeding bila nak bersalin, tapi bila check, bukaan langsung nan ado maka dengan itu, teruslah I dijadikan bahan eksperimen untuk mencari punca bleeding. =,(

Terus trauma masa 1st pregnancy dulu datang balik. Ingatkan, dah takde dah kes bleeding-bleeding ni semua, sekali, dah nak hujung-hujung, tetap datang juga. FYI, pada sesiapa yang pernah tanya I lepas ni nak tambah lagi ke tak, dan I jawab tak,  ianya adalah  kerana kes bleeding ni lah antara benda yang buat I takut nak mengandung lagi. FOBIA. TRUMA. Hanya orang yang pernah mengalami situasi macam ni je faham apa yang i rasa. Mulut itik, mulut  hanjing, mulut biawak, semuanya ada sebagai alat untuk eksperimen tu. =,(

Since I dah cukup bulan, dan baby pun asyik mengeras sepuluh minit sekali dan tekanan darah I tinggi mencanak-canak, Doktor suruh I masuk wad untuk monitor keadaan I. Mau tak mecanak-canak naik darah kau bila kena jadi  bahan eksperimen! Sakit doww!

Maka, tinggallah I kat hospital malam tu sambil terus dijadikan lagi bahan eksperimen. Malam tu juga I hantar wassap ke Azreen,

B, im so sorry, but pleaseee, this is the last!
I nak tutup buku dah lepas ni. =,(
Cukup lah dua.

Terus Azreen call time tu juga untuk tenangkan I.
Huhu.

Esoknya pula (Jumaat), bila pakar datang buat pemeriksaan, dia tanya, kalau awak tak bersalin malam ni, kita bagi awak bersalin nanti nak? Ini atas faktor CTG yang tak berapa cantik dan keadaan baby yang masih lagi mengeras sepuluh minit sekali.

I geleng-geleng je. Kalau  boleh I tak nak. I nak bersalin normal, taknak paksa-paksa sebab India yang sebelah katil I tu pun dah induce 2 3 hari pun tak bersalin-bersalin lagi.

Time kat hospital I memang down gila. Wassap GCB, GCB bagi moral support semua. Tapi tetap rasa tak best.

Then, tah macam mana, terborak dengan seorang kakak yang kat sebelah lagi. Dia tegur I sebab malam tadi dia nampak I nangis. Dia tanya tak selesa ke sebab hospital ni memang panas. Dia pun dah sebulan lebih berumah kat hospital, so dia faham lah panasnya macam mana.

I geleng. Bukan panas yg jadi masalah. I tak tahan jadi  bahan eksperimen. Serius memang buat mental down.

Kakak tu senyum je. Then dia bercerita.

"Akak dah 10 tahun kahwin Dik. Dalam 10 tahun tu, dah macam-macam akak cuba untuk dapatkan anak. Cakap je cara apa, tapi dengan menggunakan khidmat hospital kerajaan je lah sebab akak bukan orang yang  berduit. Apa je yang akak tak kena. Doktor mana je yang tak selak seluk bawah  ni belek itu dan ini. Dan segala  alat yang pelbagai bentuk masuk ke bawah ni. Malu tak usah cerita lah. Almaklumlah, doktor sakit puan ni, yang ramainye lelaki. Tapi disebabkan nak juga zuriat yang satu itu, akak redha dik. Macam-macam orang cakap kenapa suami izinkan doktor ini, doktor itu tengok segala. Tapi nak buat cemana. Akak bukan orang berduit, tapi dalam masa yang sama, akan terlalu inginkan zuriat. Oleh itu, kami suami isteri redha dan usaha selagi terdaya.

Bila dah Tuhan izinkan akak mengandung, lain pula dugaan yang datang. Sepanjang mengandung, uri akak kat bawah. Sedih time tu tak usah cerita lah. Tapi tiap-tiap hari akan berdoa untuk anak ini. Berumah kat  hospital pun akak sanggup. Berjauh dengan suami pun takpe. Janji akak nak pastikan anak akak selamat. Sampai sekarang, akak masih kat sini lagi.  =) Lagi 4 minggu kandungan akak akan genap 36 minggu dan kalau ada rezeki, akak dipaksa bersalin secara pembedahan.

Tu, adik yang depan sana tu, lagi lah. Dah dua bulan kat hospital ni. Bila pregnant asyik gugur je. So mengandung kali ni, kena ikat rahim tak nak bagi gugur lagi. Dia tak boleh banyak bergerak. Baring duduk je lah kat hospital ni.

Dugaan Tuhan bagi Dik. Macam-macam. Dia nak test kita tu macam mana cara kita hadapi semua tu. Apa yang adik alami sekarang ni, perkara kecil je, tak sebesar mana. Kalau adik rasa teruk, ada ramai orang lagi yang teruk dugaanya dari adik. So, tak payah fikir sangat lah ye, tapi  bersyukur sebab Tuhan tu sentiasa ingat adik, dia turunkan ujian. =)"

Serius, lepas akak tu habis cerita, I rasa muka I panas je macam baru lepas kena tampar. Baru lah tersedar, dan tak ikut perasaan dah. Tah apa-apa tah kan, ujian sebesar zarah pun nak down-down macam kena apa je.

Hmmmm, I ni kalau dalam keadaan tertekan, memang tak boleh nak kawal perasaan. Tak boleh nak berfikir dengan betul. Walhal, kalau nak ikutkan ramai je kawan-kawan I yang diuji lagi hebat dari apa yang I alami, tapi I boleh terlupa tentang itu. Terlalu ikut perasaan sendiri.

Rileks lah Dakpink, kalau kau rasa teruk dengan apa yang kau hadap, ada ramai lagi orang yang menghadap lagi besar ujian dari Dia. Rileks ok! Just folllow the flow je la.

Dua malam je I bermalam kat hospital, then pagi besok pakar bagi I 3 options since semuanya dah ok:

1. Boleh balik, tapi apa-apa jadi, tanggungjawab sendiri.
2. Induce untuk  bersalin since dah cukup bulan.
3. Duduk kat hospital sampai bersalin.

Dalam semua pilihan tu, dah tentu lah I pilih yang pertama sebab I tak kuasa nak jadi bahan eksperimen dah & ahkakkkk tak suka dok hospital lah. I is takut antu ok! ;p