|
Gambar kenangan sebagai motivasi untuk mengecil selepas ini: Even I start jadi Setiausaha since 2006, tapi hanya ini je gambar yg ada dalam simpanan. Transformasi selama 7 tahun dari kecil, besar, besar dan terus membesar tak kecil-kecil balik dah. Kahkahkah. Eh, 2012 tu tak pregnant pun tau, cuma badan je tak mengecil. Plus, baju yang dipakai tu besar. ;p |
Ok, dah. Lupakan lah gambar kat atas tu. I letak sebagai selingan je. Peringatan untuk diri sendiri juga sebab suami I kan dah challenge I untuk kurus balik lepas bersalin nanti. Ele, macamlah dia tu kurus sangat kennnnn nak challenge2 I ;p Lempang sedas kang baru tahu!
Last Wednesday, I telah berjaya menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Hari Setiausaha kampeni I. Every year ginilah sambutannya. Sambutan secara sederhana, then Bos belanja SU dia makan. Tu je. Alhamdulillah, walaupun sederhana, merasa lah juga Bos belanja personally ok. =) Ko hengat senang nak minta Bos keluar duit?
|
This year sambutan di buat di Hotel Pullman, Putrajaya. |
This year juga, urusetia membuat sedikit kelainan dengan mengadakan sesi perkongsian ilmu terlebih dahulu sebelum kami diberi melantak sepuas-puasnya. Haha.
|
See, I duduk di row kedua. Ikut hati nak dok depan, tapi since pakai seluar, dan nak duduk pun tak boleh nak bersopan sangat sebab perut dah besar, kita mengalah lah dok belakang. Dok belakang gambar nan hado sangat orang capture uols ;p |
Bagus juga sesi macam ni diadakan sebab through this kami boleh berkongsi pendapat, meluah perasaan dan mendapat ilmu yang boleh dipraktiskan dalam kerjaya.
|
Sila cari orang tersembunyi bertudung pink! Kahkahkah. |
|
Sebahagian dari Setiausaha yang ada. Yang berdiri tu MC sesi pagi tu. |
|
Antara insan yang bertuah dipilih untuk membentangkan sesi perkongsian ilmu. |
|
Then lepas semua selesai, Pendaftar iaitu Ketua Bahagian Sumber Manusia kami membuat penggulungan, memberi nasihat dan berkongsi pandangan. |
Ingat ye kawan-kawan pesan Tuan Pendaftar: Jangan dress up like isteri Pengerusi JKK Kampung. Muahahaha. Warna Korporat tak lebih dari 3 warna. Kalau lebih-lebih tu dah macam pokok krismas.
Hmmmm, tu antara intipati pesan Tuan Pendaftar yang I paling ingat lah. Tak sangka, masih relevan lagi rupanya tentang penggunaan warna dan aksesori ni dalam tatarias ke pejabat. Ingatkan apa yang I belajar 8 tahun lepas tu dah takdo makno ea lagi sebab orang sekarang pergi ofis kan main, kalah pokok krismas tapi ternyata ia masih lagi relevan. Eh, nak tahu lebih lanjut, sila pergi belajar dengan Norma Norell lah. ;p
|
Lepas habis sesi perkongsian ilmu tu, kami proceed pula dengan Majlis Makan Tengahari yang bos dah bayar. Nasib tak bersalin lagi uols. Merasa I makan grill lamb yang sodap tu. =) |
|
Speech Penaung kami yang dibaca oleh Wakilnya. Si Wakil tu dulu Ex-bos I taw. =) |
|
The VIPs. Yang bertudung tu Penaung kami yang sampai sedikit lewat sebab busy dengan mesyuarat. |
Lunch pada hari itu turut diserikan juga dengan sesi cabutan bertuah dan sesi penyerahan hadiah dari Setiausaha untuk Bos.
|
Last but not least, kebiasaan dalam setiap majlis, ambil gambar beramai-ramai lah kan. =) Spot me yang dah kembang dan muka dah sembap tu. Hehe. |
Sebagai penutup, kepada semua si Tangan Kanan Bos, Selamat Hari Setiausaha I ucapkan walau di mana anda berada. Semoga sentiasa ikhlas, amanah dan jujur dalam menjalankan tugas anda. Ingatlah, kalau kita tak suka kerja kita, ramai lagi yang menanti nak mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersyukur lah apa adanya ye. Ewah! =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan