Khamis, 18 April 2013

Pengalaman 'mereka' bersalin.

Eh, ini posting 19 April, 2011 dulu tau. Tapi, i repost  balik sebab saje je nak baca-baca semula.
;)

---------------

Menghitung hari, detik demi detik. *Nyanyi dengan suara bergetar-getar. Nebes mami nak oi!

Di ketika ini sedang menghitung hari untuk bersalin. Ikut perkiraan doktor, dalam 3 minggu sahaja lagi.
Debar. Seram. Eksaited. Cemas. Semua perasaan bercampur jadi satu.
Macam-macam yang difikirkan.

1. Tentang sakit nak bersalinnya. Dah sedia tahu cemane sakitnya, so dah rasa nak =,( bila fikirkannya
2. Tentang kehadiran ahli keluarga baru dan tanggungjawab yang bakal digalas. Bertambah lagi seorang ahli baru dan  bertambah lagi tanggungjawab.
3. Tentang rutin hidup yang bakal berubah. Bakal berubah lagi sebab dah tambah lagi seorang ;p
4. Dan segala macam tentang lagilah.

Semoga diri ini mampu menggalas semuanya dengan sebaik mungkin dan semoga Dia permudahkan segala urusan I  nanti, Insya-Allah.

Ayat motivasi tok diri sendiri:
Kalau hotmami lain boleh handle, ai pun boleh juga!
=)

Bercakap tentang perkara satu dalam macam-macam yang difikirkan kan tu, series, kecut-kecut perut ok ai mikiorkannya walaupun dah buat ayat motivasi tok diri sendiri. Walaupun motivate diri kata boleh, tapi dalam hati totap ada taman, eh, takut!

Tapi, dalam takut-takut itu, ai tetap tabahkan diri dan cuba baca pengalaman orang. Haha. =p Bukan apa, supaya dalam takut-takut, ai tetap bersedia. Almaklumlah, first timer Seboleh-bolehnya ai kena tau macam mana pengalaman orang lain supaya ai boleh jadikan panduan tok masa ai bersalin nanti.

Antara pengalaman orang yang ai dah baca ialah ini:

1. susudalambotol - suka bace penulisan lain dalam blog dia ni juga. bez. dia jujur bila menulis.
2. nuruljamian - taching je baca pengalaman nurul. nurul ni kalau menulis guna bahasa melayu betul tau. takdo campur-campur.
3. amymizzunderstood - dulu folo dia ni sebab wedding dia yg cantik, tapi terbawa sampai dia dapat baby lak. =p
4. diahlicious - kawan kepada amy. wedding dia pun cantik. macam kes amy, folo sebab blog kahwin dia dan terbawa sampai ke dapat baby tetap bace blog dia.
5. pakbidan - pak bidan tak bersalin, tapi blog dia banyak tips tentang kehamilan. so, suka baca sebab banyak dapat info dari situ.
6. hannahjohary -  blogger mummy yang share byk pengalaman dlm membesarkan anak dan kehidupan berumahtangga. Tapi sekarang mcm dah senyap je. Bz kot.

=)

Tu je yang dapat disenaraikan sebab ada juga pengalaman blogger lain yang ai bace. Tapi ai lupa dah kat mana. So, xdapat nak senaraikan kesemuanya lah.

Apapun, semoga ai akan bersalin secara normal, selamat, tabah dah sabar ketika bersalin nanti seperti mereka-mereka di atas.

Dan....,
Semoga ai  berjaya tak menangis atau meraung  macam bersalin yang pertama dulu juga  =p

Posting ini ditamatkan dengan ayat feberet Nurain Syazrin:
Semoga semuanya kan baik-baik sahaja, Insya-Allah.

5 ulasan:

  1. Hi Ain! I pun baca cerita Hidd - susudalambotol & NurulJamian time nak bersalin dulu.

    Kalau free nanti singgah blog I, ada cerita pasal delivery juga:

    http://hannahjohary.blogspot.com/2010/01/my-delivery-detailed-version.html

    Moga kita boleh share stories & may you have a smooth delivery! :)

    BalasPadam
  2. hi pengalaman bersalinkan raina itu memang sungguh mengusik hati nurul sehingga kini. moga pengalaman ain juga begitu. pengalaman bersalin ini sebenarnya sungguh indah bila diingat dan disimpan sebagai memory yg terhebat

    BalasPadam
  3. hai salam kenal :)

    tgh tggu hari nak bersalin yeh?
    semoga selamat semuanya..

    btw marilah singgah blogshop saya kalau nak beli baju baby syomel, branded & murah.jez klick http://qies-syomelicious.blogspot.com

    BalasPadam
  4. hannah:
    dah singgah & dah bace dah.
    tq sbb sharing.
    =)

    nurul:
    setuju dengan nurul. moga pengalaman ain nanti pun akan jadi pengalaman yang terindah juga. Insya-Allah.

    mamaqiestina:
    hai. =)
    tq, moga selamatlah semuanya nanti.

    dah tau gender yg betul nanti baru ai g shopping ye. =p

    BalasPadam