Isnin, 1 April 2013

Sambutan harijadi 5 orang sekali.

Tahun ni, tah apa pasal, tak berapa bernapsu sangat nak sambut harijadi ahli keluarga. Sekadar wish kat wassap je lah. Haha. Lepas tu, set-set tarikh nak sambut, then asyik postpon je lah kerjanya. Dan, akhir sekali, terus buat sambutan 5 orang sekali kau! Kahkahkah.

Nasib lah ye. Mak buyung tak berdaya.

Cake of the day - Raibow cake as requested  by birthday babies. Haha. Babies sangat khheeeeen! ;p

Yang sambut birthdaynya, Amy (18/2), Wan (1/3), Ikin (7/3), Abah (31/3) dan Azreen (2/4). I ada sekali tu sebagai wakil Azreen  sebab time orang sambut birthday ni, dia sibuk nak pi BBQ. So, ada takde, kita tetap sambut juga.

Rainbow cake. Since I malu nak suruh orang buat kek tu tulis nama ramai-ramai, I lukih je lah lah kad nama depa. Haha.

While we'ols mengelenjit bergambar dan nyanyi lagi birthday, budak dua orang ni, asyiklah bercekau sambil dipantau oleh Nenek. Yang sorang tukar rampas barang, yang sorang lagi barang dia tak boleh usik.  Sikit dia tak heran pun dengan sambutan tu.

Lastly, gambar ini di wassap oleh Azreen yang keriangan bereunion bersama-sama kawan-kawan tercinta dia. Kan main ko eaaaaa, bergolek-golek ayam dimakan.

Alhamdulillah, berjaya juga buat majlis ni. Jadilah kan. Walaupun sederhana, tapi bila bersama keluarga, ia tetap sesuatu yang bermakna. Keluarga kan adalah segalanya. Kan?

=)

Ok dah. Sekian.

3 ulasan:

  1. waahhh teruja tgk kek tu :)

    walaupun celebrate lambat, what counts is the thought kan?

    BalasPadam
  2. kek tu mmg nampak super yummy!!!

    BalasPadam